Followers

Isnin, Ogos 10, 2009

21 tahun dalam kezaliman???

Bagaimanakah caranya untuk kita tidak membincangkan isu berkaitan perkauman? Menurut sesetengah pihak isu berkaitan perkauman cukup sensitif.

Suka ataupun tidak isu perkauman akan terus diperkatakan. Salah satu punca tercetusnya isu ini ialah parti politik yang berasaskan kaum. Banyak pihak khasnya golongan cerdik pandai yang berstatus pendidik mahupun mahasiswa mengaitkan parti-parti politik berasaskan kaum adalah penyebab wujudnya masalah perkauman.

Rakan saya mengatakan UMNO pendokong kuat kepada perkauman kerana hanya mementingkan Melayu sahaja. Begitu juga MCA yang bercakap hanya mengenai kepentingan orang Cina dan MIC yang dipelopori Singa Tuanya yang kepatahan taring hanya bercakap mengenai orang India sahaja. Suka ataupun tidak inilah kenyataan sebenarnya. UMNO, MCA dan MIC diwujudkan untuk menyatukan kaum masing-masing. Sememangnya UMNO parti khas untuk orang Melayu/Bumiputera. Akan tetapi kita kena sedar bahawa UMNO, MCA dan MIC bergabung dalam satu organisasi iaitu Barisan Nasional bagi menjaga kepentingan semua kaum di Malaysia.

Ramai juga kawan saya mengatakan bahawa BN kerajaan yang zalim. Ayahanda saya pernah terlibat melawan Dr. Mahathir dalam UMNO pada tahun 1988. Ayahanda saya meletak jawatan sebagai guru disebabkan berbeza ideologi dengan BN dan menyertai Parti Semangat 46. Kadangkala saya berfikir tindakan yang dilakukan oleh ayahanda saya adalah tindakan yang bodoh tapi dia ada prinsip iaitu tak nak maki hamun kerajaan tapi ambil gaji dari kerajaan jugak.

52 tahun BN memerintah Malaysia. Saya dilahirkan pada tahun 1988 bererti dah lebih 21 tahun saya merasai pemerintah BN. Saya lebih gemar kepada pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tegas dan tiada dasar yang 'sekejap ada, sekejap tiada'.. Sebenarnya tiada yang zalim pada pemerintahan BN kecuali undang-undang dari penjajah iaitu ISA yang tiada bicara untuk tahanannya, dan mungkin undang-undang lain yang dirasakan terlalu mengongkong mereka yang ingin membuat kacau.

Walau apa pun saya cukup bersyukur berada di Malaysia, kalau diberi peluang saya ingin kekalkan pemerintahan yang sedia ada tapi ini mungkin khayalan sahaja kerana tulisan ini mungkin mengundang rasa kurang senang daripada 'haluan kiri'.

Satu baris ayat yang membuatkan saya tertarik ialah "ganti BN kepada PR, ubah kerajaan yang zalim..". Sebenarnya mereka ini termasuk dalam golongan orang-orang yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diperolehi. Sebagai contoh di Iraq, walaupun Saddam Hussein pemerintah yang kejam dan diktator tetapi dia berjaya menjadikan Iraq sebagai negara yang kaya raya, aman dan membangun. Saddam juga berjaya menjadikan Iraq digeruni musuh khasnya Israel. Tetapi apabila sesetengah rakyat Iraq inginkan perubahan maka Iraq berjaya diubah dengan kejatuhan Saddam, tetapi apa yang berlaku pada hari ini? Yang berlaku adalah kekacauan dan perang saudara di Iraq. Adakah ini yang akan berlaku di Malaysia? Entahlah..

Tidak dapat dinafikan bahawa PKR dan DAP parti berbilang kaum. Tetapi adakah mereka benar-benar memperjuangkan nasib semua kaum? Belum nampak lagi.. PKR dan DAP bercakap soal bangsa Malaysia dan mempertikai konsep Satu Malaysia.
Saya pelik, kenapa PKR dan DAP tidak mencadangkan kepada kerajaan BN supaya memansuhkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).. Melentur buluh biarlah dari rebung. Didiklah anak-anak dari kecil mengenai hubungan antara kaum sejak sekolah rendah lagi. Tutup semua jenis sekolah tu dan wujudkan Sekolah Wawasan. DAP parti yang mula-mula bantah mengenai Sekolah Wawasan tapi mereka sibuk nak hak yang sama rata.

*Berani kritik berani tanggung..

9 ulasan:

  1. Saya setuju dengan pendapat Shukri. Mengenai cadangan supaya 'ganti BN kepada PR, ubah kerajaan yang zalim' yang telah di laungkan oleh sesetengah pihak saya rasa ia tetap tidak akan membawa perubahan apa-apa juga kalau ditukar kerajaan sekalipun.

    Apa yang saya fikir la, kalau dah negara ni berkerajaan, kalau nak kekalkan,kekalkan je lah. Cuma kita perlu memperbaiki kerajaan yang sedia ada. Apa yang kurang, kita lebihkan. Apa yang betul,kita betulkan. Kalau nak cari kerajaan yang betul-betul perfect kat dunia ni memang susah. Malahan tak ada pun.

    Kalau PR jd kerajaan sekalipun, sy belum tentu yakin dia boleh memerintah. PR sendiri pun banyak kekurangannya.

    PR saya nampak hanya bersungguh-sungguh dalam isu tertentu sahaja untuk memberi tekanan kepda pihak kerajaan yang sedia memerintah Malaysia sekarang ni. Pasal isu kaum, belum tentu dia perjuangkan semua kaum juga. Mengenai isu sekolah wawasan yang dinyatakan oleh saudara tu ada betulnya juga. Agak pelik kenapa PR tak memperjuangkannya.

    Aku juga percaya, kalau dapatlah PR jd kerajaan dan ISA masih wujud ketika itu, mereka sendiri pun mungkin menggunakannya. Sekarng ni, apa yang aku perhatikan kebanyakan isu yang di mainkan oleh PR adalah isu-isu yang nyata untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada dan mereka hanya mempunyai kepentingan peribadi juga. AH, ramai lagi rakyat yang tak terbela..

    Politician perlulah ikhlas dalam menjalankan kerja.. Tidak harus kita pentingkan kepada parti sahaja. Rakyat tu penting. Kesejahteraan rakyat tu yang perlu diutamakan.

    BalasPadam
  2. Terima kasih encik izzuddin atas ulasan anda..

    Melentur buluh biarlah dari rebungnya, jadi kerajaan wajar meneruskan konsep sekolah wawasan bagi memupuk keharmonian kaum sejak dibangku sekolah rendah lagi..

    Atas sebab politik maka sekolah wawasan gagasan Tun Dr. Mahathir nampaknya hanya tinggal nama sahaja kerana banyak pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang tidak bersetuju dengan konsep sekolah wawasan.

    BalasPadam
  3. Saya memang setuju kalau semua kaum disatukan dalam sekolah lagi. Saya juga percaya, dengan cara ni, kita akan dapat kurangkan perasaan perkauman. Anak-anak dibangku sekolah dapat bergaul dengan semua kaum tanpa sifat prejudis.

    Dari dulu lagi aku setuju dengan langkah macam ni. Bukan apa, dengan adanya konsep pengasingan ni, sejak aku dari sekolah rendah, sampai lah sekolah menengah, aku mana ada kawan cina atau india. Masuk USM ni baru ada kawan-kawan cina dan india. Hepi sanagat..yea..yea..yeaa..!!

    BalasPadam
  4. ko ni kejap saya kejap aku..nasib baik tak bubuh hamba, patik, ana, unta..

    Jom buat demonstrasi desak kerajaan hapus semua sekolah berunsur perkauman..(ni tindakan paling bodoh dari aku)

    jangan seronok sangat sampai melambung ke langit..ingat2 sikit nanti jatuh sakit

    BalasPadam
  5. hmm...1st time saya baca blog ni...menarik...sgt menarik sebenarnya...dan terus terang saya katakan,klu saya diberi pilihan,tidak mungkin saya mahu menukar kerajaan...katakanlah apa sahaja...saya mmg tidak mahu berubah kerajaan...lihatlah apa yang kita nikmati sekarang...nikmati dgn hati,bukan sekadar mata....

    BalasPadam
  6. Terima kasih ks30069 atas ulasan anda..

    Walau apa pun kita sepatutnya bersyukur dengan apa yg kita ada pada hari ini..mereka yg gemar kepada kekacauan perlu dibanteras..

    BalasPadam
  7. Kita hapus semua sekolah.. dah! tak payah belajar lagi! tanam ubi! Buat kerepek... susah sangat nak belajar ramai sangat nak perhatikan.. Rimas i....

    BalasPadam
  8. Syukri..syukri...Tak boleh cakap sikit, dah melenting..siap nak memerhatikan orang pula.. pelik..pelik...brapa gaji?

    BalasPadam
  9. Nampaknya saudara Izzuddin tak memahami apa yg saya lontarkan..

    Kita hapus semua aliran sekolah seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan bagi membentuk sekolah wawasan yg menyatukan semua kaum didalamnya..didikan mengenai perpaduan perlu dipupuk sejak kecil lagi..

    Saya tak akan melenting dengan teguran dan sindiran..segala apa yg saya tulis adalah atas tanggungjawab saya sendiri..

    Untuk makluman saudara Izzuddin tiada gaji yg saya perolehi untuk menulis di blog ini..

    Terima kasih..

    BalasPadam