Followers

Khamis, Ogos 27, 2009

Bila nak bayar..tangguh lagi?..

Islam adalah agama yang mengharuskan seseorang itu berhutang ketika kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama juga Islam menggalakkan umatnya supaya memberi bantuan atau pertolongan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Hutang ini tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit sahaja, malahan ada juga hutang dalam bentuk budi dan lain-lain lagi.

Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu terjebak dalam budaya berhutang, antaranya ialah :

1) Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.

2) Pengaruh daripada rakan atau jiran tetangga yang sering memberi galakkan untuk berhutang. Maksudnya menerima pujukan untuk membuat pinjaman walaupun pinjaman tersebut tidak diperlukan sebenarnya.

3) Sikap tidak merasa puas dan cukup dengan apa yang telah dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak serta hajatnya tanpa memikirkan akibat yang akan berlaku.

4) Inginkan sesuatu benda yang melibatkan kebendaan dengan cepat walaupun pada hakikatnya ia tidak mampu untuk memilikinya.

Amalan hutang akan membawa beberapa implikasi, antaranya ialah :

1) Berhutang, akan menjadi budaya dalam kehidupan yang akan mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melangsaikan hutangnya.

2) Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya akan sentiasa gelisah.

3) Seseorang yang dibebani hutang mungkin akan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melangsaikan hutangnya.

4) Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meninggal dunia sehinggalah dilangsaikan hutang-hutangnya.

5) Mereka yang berhutang walau sebanyak mana pun amalan kebaikkan yang dilakukan oleh mereka, ia tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya"
(Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai' dan Ibn Majah)

Apabila seseorang itu berhutang maka ia wajib membayarnya dengan kadar segera setelah berkemampuan berbuat demikian.

Islam menganjurkan antara perkara yang wajib disegerakan di atas dunia ini ialah membayar hutang. Selain itu menyegerakan pengebumian jenazah dan mengahwinkan anak perempuan.

Seseorang yang gemar melewat-lewatkan membayar hutang akan mendatangkan kesan buruk kepada dirinya sama ada di dunia mahupun di akhirat. Antara kesannya ialah :

1) Kehilangan maruah diri
2) Hidup tidak mendapat keredhaan Allah S.W.T
3) Perbuatan ini tergolong dalam perbuatan zalim
4) Amalan kebajikan tidak akan diterima.

*Jika seseorang yang berhutang itu telah berjanji untuk membayar hutang mengikut tempoh yang telah dipersetujui, tetapi ia tidak menepatinya, maka ia tergolong dalam golongan orang yang munafik sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Tanda-tanda orang munafik itu ada empat, iaitu :
1) Apabila berkata dia berdusta
2) Apabila berjanji ia mungkiri

3) Apabila diberi amanah ia khianati

4) Apabila bergaduh ia berlebih-lebihan".


Dalam konteks masyarakat kita pada hari ini terdapat segelintir daripada mereka yang berhutang dan amat sukar untuk membayarnya.

Sudah menjadi kelaziman orang-orang kita "SATU MALAYSIA" ni apabila hendak meminjam bukan main cantik dan manis ayat-ayatnya, tetapi apabila tiba masa untuk membayar hutang, macam-macam alasan yang diberi.

Walau apa pun kita tidak boleh menafikan hak mereka untuk berhutang. Selain itu kita juga tidak boleh menafikan hak mereka untuk membuat pelbagai alasan untuk tidak membayar hutang. Habis tu macam mana pula dengan pihak yang memberi hutang? Hak pemberi hutang telah dinafikan apabila hutang tidak dibayar.

**Post ini ditujukan kepada mereka yang gemar berhutang tetapi 'LUPA' untuk membayarnya. Negara merdeka hampir 52 tahun tapi mentaliti segelintir rakyatnya masih belum merdeka.

***Maaf, emosional sikit..sikit je

1 ulasan:

  1. Post ini hanya ditujukan kpd mereka yg berkenaan shj.

    tiada kena mengena dgn mereka yg telah 'dihalalkan' pinjamannya..

    segala salah faham amat dikesali..

    BalasPadam