Sempena Hari Pahlawan 31 Julai yang lalu..
"Perbuatan mana-mana individu Muslim sama ada pemimpin mahupun rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan".
Ini merupakan kenyatan bekas Mufti Perlis iaitu Dr. Mohd Asri Zainul Abidin terhadap upacara kalungan bunga di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan yang diadakan setiap 31 Julai.
Istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara dikatakan sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air.
Dr. Asri ada mengatakan bahawa perbuatan seperti itu seakan-akan menjadikan tugu berkenaan seperti berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak ada sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.
"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan Musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberi manfaat kepada keamanan, kedamaian roh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang nyata".
"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapapun sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan kembali kepada Islam yang sebenar," kata Dr. Asri.
Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.
(Petikan kenyataan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)
Mufti Perak dah banyak kali ingatkan dulu tapi perkara yang sama masih berlaku lagi. Berkenaan dengan artikel tentang arak tu, bukan sebab arak dah murah tapi sebab orang Islam iman dah nipis, tak endah halal haram, nak jadi moden. Alangkah malang sekali bangsa Melayu-Islam tambahan pula mahasiswa berperangai sebegitu. Amat memalukan.
BalasPadamSalam Ziarah
Islam hanya pada mykad sahaja..
BalasPadam