Followers

Isnin, Ogos 10, 2009

6 dan 9 Ogos 1945..

Bom Atom

Hiroshima dan Nagasaki

Perkara ini sepatutnya ditulis pada 6 dan 9 Ogos bagi mengenang peristiwa 64 tahun pengguguran bom atom yang telah menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki di Jepun. Atas faktor kesihatan maka terlupalah saya akan peristiwa tersebut. Sebenarnya kisah sejarah akan selalu bergerak mengikut zaman dan sentiasa relevan.

Abraham
Lincoln ada berkata, orang tidak dapat lari daripada Sejarah. Bung Karno tegaskan bukan saja tidak mungkin orang lari daripada sejarah, tetapi jangan sekali-sekali kita meninggalkan sejarah. Apa yang sebaiknya dilakukan oleh generasi berikutnya, dan berikutnya bukan saja tidak melupakan sejarah, tidak pula sekadar jangan meninggalkan sejarah, tetapi mesti berdialog dengan sejarah...

Apa pun kita semua tahu mengenai sejarah gugurnya bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, tak perlulah saya ulanginya lagi..

Cuba kita fikir sejenak, kenapa bom atom digugurkan di Jepun? Kenapa tak digugurkan di Jerman? Mereka mengatakan terpaksa gugurkan bom atom supaya Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia ke-2 tapi kenapa tidak gugurkan bom atom di Jerman? Adakah sebab agama? Budaya? Entahlah..

Beratus ribu nyawa maut sebab bom atom tu, beratus ribu nyawa juga terpaksa menanggung kesan radiasi uranium bom atom tu..

Cuba bayangkan kita semua berada di Hiroshima dan Nagasaki masa tu, seperti mana ayahanda Naib Canselor (USM) kita. Masa tu cuma ada dua pilihan sahaja iaitu Hidup ataupun Mati..

Itulah tindakan paling bodoh pihak Barat untuk menamatkan Perang Dunia ke-2..

3 ulasan:

  1. Hmm..sejarah memang patut di ingati sebagai panduan kehidupan hari ini.

    Sejarah pengeboman Hiroshima dan Nagasaki adalah pengeboman yang dahsyat. Ramai manusia menjadi korban disebabkan dua butir bom itu. Rakyat dunia mengecam tindakan itu. Seluruh bandar musnah.

    Dalam kita membenci dan mengecam pengeboman itu, tapi kenapa hari ini ramai yang masih boleh bergambar di hadapan tugu peringatan perang di bandar itu. Siap tersenyum lagi.

    BalasPadam
  2. Fikir-fikirkanlah..kemanusiaan atau keduniaan?

    BalasPadam
  3. .... tapi, cuba kita bayangkan sebaliknya, andainya tiada pengeboman tersebut, Jepun tidak menyerah kalah, kita terus dijajah Jepun, di mana kita agaknya sekarang ini... apakah kita mcm yang ada sekarang, berbangsa dan berbudaya Melayu, atau ????... patutkah kita pinjam ungkapan Tun Mahathir... Melayu mudah lupa... (tambah sikit) dan terlalu pemaaf...

    BalasPadam