Followers

Isnin, Ogos 03, 2009

Main Baling Batu, Tangan Tiada..

Tangan siapakah ini? Entahlah Pak Belalang..

'Baling batu sembunyi tangan'.. Agak cantik peribahasa ini, pandai orang-orang dulu mereka ayat ini. Maaflah kali ini hamba ingin menulis dengan gaya penuh skema mengikut bentuk karangan bentuk bebas..

Orang kata bila kita sanggup mengeluarkan idea maka kita kena sedia untuk dikritik, sama ada kritikan itu hadir daripada sekutu mahupun seteru kita wajar menerimanya dengan hati yang terbuka. Buang perasaan negatif terhadap kritikan yang dilempar terhadap idea-idea kita..

Bila kita dikritik oleh orang yang sama adakah kita yang bersalah atau orang yang mengkritik itu mempunyai masalah?

Penulis buku politik ada menyebut bahawa "berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik". Tapi kalau asyik berbeza dan tiada yang sependapat pun susah juga..

Setiap insan yang bergelar warganegara di Malaysia ini mempunyai hak untuk bersuara, hatta mereka orang bisu pun mereka ada hak untuk melontarkan bantahan terhadap apa yang mereka tidak puas hati.. Salah satu bentuk bantahan itu ialah menulis di blog. Hal ini sudah menjadi satu tabiat kepada anak-anak muda masa kini.

Suka atau tidak kita kena mengakui kuasa blog-blog ini terhadap situasi sekeliling.. Sememangnya diakui bahawa banyak juga blog yang dibuat hanya untuk melepaskan geram tetapi adalah lebih indah sekiranya si penulis blog itu menunjukkan identitinya supaya berani menghadapi kesan akan penulisannya itu..

Sememangnya kritikan tidak dapat dielakkan..Hal ini kerana sebagai manusia kita mempunyai akal untuk berfikir dan nafsu juga selalunya menguasai akal. Apabila nafsu menguasai akal maka berlakulah seperti mana yang dikatakan sebagai tindakan 'MEMBABI BUTA'.

Hamba sendiri pernah ditegur oleh rakan hamba di UiTM supaya jangan meletakkan identiti hamba yang sebenar di blog ini, tetapi pada hamba lebih elok kita berani menghadapi cubaan dan dugaan dengan apa yang kita lakukan ini..

Jangan baling batu terhadap orang lain dan kemudian sembunyikan tangan di dalam poket.. Ingatlah kita semua sedang berada di dalam rumah kaca, jika kita baling batu terhadap orang lain maka orang itu juga akan membaling batu terhadap kita.. Masa itu habislah pecah rumah kaca kita..

"Pecah kaca pecah gelas, dah baling batu jangan pula sembunyi tangan dalam beg galas.."

*Dah lama tak buat ayat macam ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan