Followers

Ahad, Ogos 09, 2009

Fikirkan Sejenak..


Sebenarnya dah lama nak masukan post ni, tapi ada masalah sikit dengan maxisbroadband ni.. Maklum la tak bayar bil.. Ini berkaitan dengan demonstrasi di Kuala Lumpur masa 1 Ogos lepas yang membuatkan Kuala Lumpur lumpuh..bukannya Kuala Lumpur berlumpur tapi lumpuh tau..

Kat bawah ni ada keratan surat pembaca yang di ambil dari surat khabar milik UMNO iaitu Utusan Malaysia.. Nak ambil dari Harakah, Suara Keadilan & Malaysiakini macam kurang menarik jadi ambil dari Utusan la..

Kalau tak nak fikir lama-lama anda fikirlah sejenak..


Tukar lokasi perhimpunan haram ke Petaling Street, Brickfields

PERASAAN marah saya kepada penyokong perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA masih belum reda. Sakit hati melihat sikap umat Melayu/Islam yang beria-ia menunjuk perasaan Sabtu lalu.

Peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Jalan Masjid India, Jalan Tun Perak terpaksa tutup kedai. Habis rosak rancangan saya untuk membeli-belah di sana bersama isteri dan anak-anak.

Bukan sahaja banyak kedai dan gedung beli-belah menutup premis mereka, lebih teruk lalu lintas pun sesak.

Semuanya kerana tunjuk perasaan. Dan buat kali kedua saya lihat Melayu Pas, Melayu PKR jadi kuda tunggangan DAP dan Hindraf.

Selepas ini kalau Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) berhajat mengadakan perhimpunan, pastikan lokasinya bukan di tempat banyak orang Melayu berniaga. Cuba GMI buat perhimpunan haram di Petaling Street atau Brickfields.

Bertempik, berpekik dan menjeritlah di Cina Town atau di Little India itu pula supaya adil.

Kalau asyik-asyik tempat yang sama, Kampung Baru, Kompleks Beli-Belah Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Negara, macam mana orang Melayu nak berniaga? Kalau diteruskan di sana, dan hanya orang Melayu yang menyertainya, nampak sangat orang Melayu diperkudakan.

Kalau benar demonstrasi itu disokong oleh semua kaum seperti yang didakwa oleh pemimpin pembangkang, kenapa orang Melayu sahaja yang nampak beria-ia menyertainya?

Umum mengetahui demonstrasi desak mansuhkan ISA itu merupakan perjuangan DAP dan Hindraf. Tetapi pada Sabtu lalu, ke mana hilangnya penyokong Cina DAP dan India Hindraf?

Jangan marah kalau penunjuk perasaan Melayu terbabit dikatakan sudah kena cucuk hidung seperti lembu oleh pihak tertentu.

Kalau berani, berdemonstrasilah di Petaling Street, Bukit Bintang, Brickfields atau di kawasan peniaga bukan Melayu.

Cuba kita buka mata, kenapa setiap kali perhimpunan haram bermula zaman ‘reformasi’ lagi ia mesti diadakan di sekitar kawasan Jalan TAR dan Masjid Negara.

Kenapa pilih lokasi-lokasi yang sememangnya menjadi tumpuan orang Melayu dan peniaga kecil Melayu sahaja? Salahkah kalau dikatakan memang Melayu telah diperkudakan?

Gombak Selangor..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan