Suruhanjaya Reid dibentuk bagi membuat Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan merupakan Undang-undang Tertinggi Malaysia. Hal ini secara jelas dapat dilihat kerana SPB Yang Di-Pertuan Agong sendiri berada di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka rupanya masih ada individu yang tidak memahami perkara-perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Secara jelas dinyatakan bahawa ISLAM adalah AGAMA RASMI Persekutuan Malaysia dan agama-agama lain bebas diamalkan. Apa yang menjadi kemusykilan di sini ialah wujud individu-individu yang masih JAHIL @ BODOH mengenai perkara ini. Mereka secara jelas menghina Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Penghinaan terhadap Islam jelas dilihat apabila terdapat pihak yang mempertikai laungan azan subuh dan tazkirah pagi pada hari minggu di masjid. Kemudian terdapat juga pihak yang cuba menggunakan wang kutipan zakat untuk urusan pentadbiran negeri. Selain itu terdapat juga pihak yang menggalakkan penjualan arak di kawasan Melayu Islam. Walaupun arak-arak di kawasan tersebut telah dirampas tetapi kemudian arak-arak tersebut telah dikembalikan semula penjualannya.
Apa yang cukup menarik di sini ialah Islam juga telah dihina secara jelas apabila salah seorang pemimpin politik secara terbuka menghina Islam. Saya rasa tidak perlulah saya nyatakan perkara tersebut disini. Saya begitu tertarik dengan ulasan daripada Menteri Besar Kelantan YAB. Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS apabila beliau mengulas perkara berkaitan penghinaan terhadap Islam oleh orang bukan Islam. Tok Guru kata orang bukan Islam tak tahu apa-apa mengenai Islam sebab tu dia hina Islam, orang Islam yang menolak Islam tu sebenarnya lebih menghina Islam. (Ini sedikit mengenai kenyataan beliau).
Bila saya dengar kenyataan daripada Ulama’ Besar Kelantan ni saya teringat satu iklan mengenai pendidikan di jalanraya oleh seorang kanak-kanak di radio, “Orang ramai betul atau cikgu saya yang salah?”. Saya nak tukar sikit ayat tu, “Tok Guru betul atau Guru Agama saya yang salah?”. Mengikut tafsiran daripada orang ramai kenyataan Tok Guru tu boleh ditafsirkan bahawa jika seseorang tu jahil mengenai Islam maka dia boleh menghina Islam. Saya agak tertarik dengan kenyataan Tok Guru. Saya begitu kagum dengannya. Hari ini saya nak mengaku bahawa setelah berumur lebih 21 tahun saya sebenarnya agak jahil mengenai agama Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya, jadi adakah saya boleh menghina agama-agama tersebut? Guru Agama dan atok saya sendiri mengajar saya supaya menghormati penganut dan agama lain. Baginda Rasulullah S.A.W juga menyuruh kita menghormati penganut dan agama lain.
Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka adakah mereka begitu jahil mengenai Islam? Guru saya mengajar saya supaya tidak memanggil orang bukan Islam dengan panggilan ‘KAFIR’. Hal ini kerana mereka ‘mungkin lebih Islam’ berbanding kita yang Islam. Saya mempunyai kawan bukan Islam tetapi dia begitu memahami mengenai Islam dan menghormati saya dan rakan-rakan Islam lain.
Tok Guru begitu berani menyatakan bahawa Islam yang diamalkan oleh UMNO adalah Islam palsu, dan tidak akan masuk syurga. Saya insan yang jahil di sini ingin menyatakan bahawa saya tak setuju dengan pendapat Tok Guru. Saya begitu hormat dengan Tok Guru. Syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T.
Adakah Islam yang diamalkan oleh PAS itu benar-benar Islam? Bagaimana pula Islam yang ada pada PKR? Adakah Islam itu pada mulanya dimulakan dengan Nama Allah S.W.T dan kemudian disusuli dengan maki hamun terhadap individu-individu yang tidak sependapat dengan perjuangan politik? Adakah Islam itu membolehkan kita menghina raja dan pemerintah? Adakah Islam itu membolehkan kita menggelar seseorang dengan gelaran yang menjijikkan?
Sebagai orang Islam saya betul-betul malu apabila melihat terdapat orang yang berceramah memakai kopiah dan serban tetapi memanggil bekas mufti Perlis Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin sebagai ‘Bapak Setan’. Hal ini adalah perkara yang amat memalukan. Terus terang
saya katakan disini kalau ikut pemikiran saya yang tak rasional saya akan pukul kepala penceramah tu supaya kopiah dan serban dia tanggal. Tapi tak elok main-main kepala ni. Begitu juga dengan penghinaan terhadap mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Asri dan Tan Sri Harussani yang ‘membelasah’ kerajaan BN tetapi BN menerima dengan terbuka. Hal ini begitu berbeza dengan PAS, mereka menempelak teguran yang dibuat oleh kedua-dua tokoh ini seolah-olah hanya mereka saja yang betul.
Saya menghormati Tan Sri Harussani Zakaria bukan sahaja kerana beliau seorang mufti dan ulama’, tetapi sebagai Kulaan. Banyak kenyataan berani beliau terhadap kerajaan dikeluarkan berlandaskan ajaran Islam. Begitu juga dengan Dr. Asri yang sememangnya berani mengeluarkan hujah berserta fakta. Saya mengenali salah seorang rakan Dr. Asri di Batu Pahat yang sememangnya mempunyai pemikiran kritis sama seperti Dr. Asri. Rakan Dr. Asri adalah guru saya yang banyak mengajar mengenai Islam. Walaupun ilmu yang diajar adalah ‘ilmu kolot’ (ajaran ikut kitab lama) tetapi Islam adalah agama yang sesuai untuk setiap zaman.
Sebagai insan yang jahil mengenai Islam saya masih perlu belajar mengenai Islam. Setakat hari ini saya masih belum menemui dalam Al-Quran dan kitab yang mengatakan bahawa undi PAS masuk syurga, undi UMNO masuk neraka. Yang saya jumpa cuma kita akan masuk syurga dengan RAHMAT ALLAH. Walau sempurna mana pun solat kita, andainya amal jariah kita tinggi melangit tapi kalau tiada rahmat Allah tidak ke syurgalah kita.
Apabila seseorang itu mempunyai ilmu Islam maka ia akan dapat mengetahui atau membezakan perkara yang hak dan perkara yang bathil. Perkara yang benar adalah pahit untuk diterima.
Berfikirlah secara waras. Rasional dan bukannya emosional.
*Syurga dan neraka adalah milik mutlak Allah S.W.T, bukannya milik individu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan