Followers

Selasa, Ogos 25, 2009

Kemenangan yang telah dijangka..

Seperti di jangka banyak pihak hari ini 25 Ogos 2009, Barisan Nasional (BN) berjaya mengulangi kekalahan dalam siri pilihanraya kecil Permatang Pasir.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa DUN Permatang Pasir adalah merupakan kubu kuat PAS. Apa-apa pun tahniah kepada calon yang bertanding terutama sekali kepada calon PAS iaitu Mohd Salleh Man. Diharapkan selepas ini wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang ini akan menjadi anggota EXCO, kerana di Kedah wakil tunggal daripada DAP pun boleh jadi EXCO.

Pertandingan dua penjuru melibatkan calon PAS iaitu Mohd Salleh Man dan calon BN iaitu Mohd Rohaizat Othman. Undi yang diperolehi oleh PAS ialah sebanyak 9,618 undi manakala calon BN memperolehi 5,067 undi. Kemenangan berpihak kepada PAS dengan majoriti sebanyak 4,451 undi.

Selepas pilihanraya umum diadakan pada 8 Mac 2008 yang lalu, telah berlaku beberapa siri pilihanraya kecil. Pilihanraya kecil terpaksa diadakan disebabkan perletakkan jawatan penyandang dan kematian penyandang kerusi tersebut.

Dah jelas bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menjalankan peranan yang baik dan telus dalam mengendalikan proses pilihanraya di negara ini.

*Kepada sesiapa yang belum mendaftar sebagai pemilih cepat-cepatlah daftar kat pejabat pos..tu pun kalau dah cukup umur..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan