Followers

Sabtu, Januari 30, 2010

BerDUKA la TARUNA...

Salam.. Salam Sejahtera..

Semalam di Mahkamah Sesyen Seremban seorang penulis blog telah di dakwa kerana menghina Al-Marhum Sultan Johor, Al-Marhum Sultan Iskandar.

Saya telah menulis mengenai penulis blog tersebut sebelum ini.

Laman blog tersebut ialah adukataruna.blogspot.com yang secara jelas menghina Al-Marhum Sultan Johor. Sudah jelas dan tidak perlu di suluh-suluh lagi mengenai penghinaan yang dilakukan oleh Aduka Taruna.

Aduka Taruna atau nama sebenarnya ialah Khairulnizam Abdul Ghani berumur 29 tahun ini khabarnya akan melangsungkan persandingan hari ini selepas sebulan bernikah.

Kita semua seharusnya sedar bahawa media baru seperti blog ini perlulah digunakan sebaik mungkin dan bukan hanya untuk menghasut mahupun menghina individu atau kumpulan-kumpulan tertentu.

Undang-undang yang ada di Malaysia seperti Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Dengan adanya undang-undang seperti ini pun sudah ada insan yang berani berlaku biadab dan kurang ajar, saya tidak tahulah apa akan jadi terhadap keharmonian negara ini jika sekiranya Malaysia mengamalkan KEBEBASAN seperti mana yang dilaung-laungkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kebebasan apakah yang diperlukan??? Untuk apakah kebebasan itu??? Adakah hanya untuk menghina orang lain???

*Aduka Taruna perlu memohon maaf secara rasmi terhadap Kerabat Di Raja Johor...

**Tahu pula tutup muka.. Berani kerana benar, takut kerana salah..

6 ulasan:

  1. digital yang tak bermoral. agamannya pun boleh dipertikai kerana ia juga menghina Nabi Momahad. kesian ibunya mengandungkan dia.

    BalasPadam
  2. aduka ... karma is a bitch beb!
    merasalah ko, sblum ni kutuk
    semua org .. rasakan ...

    BalasPadam
  3. urusan dia dengan Allah S.W.T itu biarlah Yang Maha Adil mengadilinya..

    inilah balasan selepas terlalu bebas menghina orang lain dengan sesuka hati..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Salam Muhammad Syukri..

    Inilah akibatnya kerana tidak menghayati pepatah Melayu : "Terlajak Perahu Boleh Berundur, Terlajak Kata Badan Binasa".

    Apa yang penting, si Aduka tu mestilah "Berani buat, berani tanggung" untuk dijadikan contoh teladan kepada bloger-bloger yang lain (termasuk kita).

    http://selempangmerah69.blogspot.com/

    wALLAHu a'lam.

    BalasPadam
  6. Salam Selempang Merah..

    saya setuju dengan anda.. kita juga kena sentiasa beringat dengan apa yang kita tulis di dalam blog..

    BalasPadam