Followers

Sabtu, Januari 16, 2010

'PARLIMEN' BUBAR???

Salam.. dan Salam Sejahtera..

'Parlimen' dibubarkan?

Sengaja saya gunakan perkataan 'Parlimen' di sini.

Maaf sebenarnya tiada kaitan dengan Parlimen yang mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi hanyalah Parlimen di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

'Kerajaan' pimpinan Saudara Shafiq Abd. Aziz baru sahaja dibubarkan pada 15 Januari 2010 iaitu hari Jumaat yang lalu.

'Kerajaan' yang saya maksudkan ialah Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM).

Tahniah di atas kepimpinan barisan MPPUSM sesi 2008/2009 kerana telah menjalankan tugas yang diamanahkan.

Bila pula Pilihanraya Kampus nak diadakan? Tunggu sahajalah..

2 ulasan:

  1. Dik maner leh tunggu dan lihat... x demokratik ler camni... padalah HEP x de calon aspirasi yang berkelayakan... sebab tu tangguh PRK...
    tipu dak tahun satu leh ler...
    kalu rase aspirasi tu kuat sangat bagi tahu jer awl2 prk usm bila nak wat...
    HEP dal langgar peraturan PRK,, haha bodoh2!!

    BalasPadam
  2. kira demokratik la jugak tu sebab PRK akan diadakan cuma tak tau bila..

    saya yakin pelajar tahun 1 ada yg layak bukan dari Aspirasi je tapi dari Pro-M pun ada.. jgn nafikan hak mereka yg di tahun 1..

    kalau ikut peraturan pilihanraya, umum bubar dulu baru cari tarikh bila nak buat pilihanraya.. sabar ye Tanpa Nama jangan tergesa-gesa sangat menggelar pihak atasan sebagai BODOH..

    andainya anda adalah pelajar saya harap perlu mematuhi setiap arahan yg dikeluarkan sama ada anda suka ataupun tidak..saya akui ada juga tindakan mereka yg saya tidak setujui tetapi sebagai pelajar kita kena patuhinya..jika asyik hendak membangkang eloklah keluar dan cari tempat yg boleh sependapat dan sealiran dengan kita..

    Mereka yg tidak demokrasi atau penentang yg tidak demokrasi???

    BalasPadam