Followers

Selasa, Mac 22, 2011

Takut Wartawan - "Bank Islam, kami hilang kepercayaan..."

Salam.. Salam sejahtera..

Kuasa media atau pun kuasa wartawan. Hal ini berkaitan dengan dua tajuk sebelum ini iaitu berkaitan dengan isu kehilangan wang di dalam bank.

Hari Jumaat lepas (18 Mac 2011) adalah merupakan hari ke-14 bekerja bagi Bank Islam. Apakah kes tersebut? Sila rujuk tajuk sebelum ini.

(gambar hiasan)

Cuma saya ingin kongsikan bersama dengan anda semua bahawa semalam saya bersama rakan pergi ke Bank Islam Bayan Baru untuk menyelesaikan masalah yang dijanjikan akan dapat diselesaikan selepas 14 hari bekerja. Malangnya, tempoh 14 hari bekerja itu hanya tinggal hari dan janji sahaja. Saya beranggapan mungkin 14 hari bekerja itu pada mereka yang bekerja sahaja dan pihak yang menguruskan kes itu tidak bekerja. (ponteng rasanya)


(gambar hiasan - dalam skrin tu ada cctv ya)

Pada mulanya rakan saya itu 'malas' hendak pergi ke Bank Islam Bayan Baru kerana yakin pihak Bank Islam Bayan Baru belum menerima rakaman CCTV daripada pihak ibu pejabat di Kuala Lumpur. Tetapi atas desakan saya akhirnya rakan saya itu pergi juga mengadap pegawai Bank Islam Bayan Baru.

Masuk saja Bank Islam, pegawai bank itu terus senyum dan menyebut nama rakan saya. Pegawai itu senyum dan memberikan jawapan "saya belum dapat apa-apa pun daripada HQ, saya dah email dan telefon setiap hari tapi belum ada maklum balas, mungkin sikit hari lagi". Pada awalnya dimaklumkan pegawai tersebut mengatakan bahawa tempoh maksima untuk mendapatkan rakaman CCTV itu adalah 14 hari bekerja. Saya ulang ya, MAKSIMA 14 hari bekerja. Hasilnya hanya SENYUM dan MAAF.

Berbagai 'helah' dan idea cuba saya fikirkan supaya 'dapat' mempengaruhi pihak Bank Islam mempercepatkan urusan yang dijanjikan. Akhirnya dapatlah idea dalam masa yang singkat itu. Kalau nak tahu apakah idea bernas daripada saya, bolehlah baca di sini KLIK

Sebelum ini guna nama polis, siap bawa polis pergi Bank Islam Bayan Baru tapi tiada apa-apa tindakan lanjut. Semalam, kami guna nama wartawan sebab ada 'kakak angkat' sebagai wartawan di Pulau Pinang ini. Dengar nama wartawan, mereka terus 'bertindak segera'. Saya sendiri menghubungi pihak HQ dan dengan kadar segera jugalah mereka menjawabnya. Terima kasih kepada abang yang menjawab panggilan hot Bank Islam kerana menjawab dengan penuh sopan setiap pertanyaan saya. (yang lepas tu macam nak tinggi suara je kan)

Sebenarnya rakan saya itu tidak mahu melibatkan media kerana pegawai bank awal-awal lagi beritahu kami bahawa jika masuk media sekalipun kalau HQ tak beri maka kes tidak akan selesai. (wahhh nampak macam ada unsur-unsur ugutan walaupun kami cuba dapatkan bantuan pihak-pihak tertentu di 'atas' sana).

Semalam juga saya terserempak dengan seseorang di Taman Tun Sardon, super senior yang bersekolah di sekolah menengah yang sama dengan saya di Yong Peng, Johor. Biarlah saya namakan dia sebagai Abang Iki (tak nak sebut nama penuh dan organisasi yang dipimpinnya). Dia sendiri secara spontan kata "masukkan je dalam media kes tu, biarlah dengan Bank Islam..". Waaahhh orang besar pun bagi idea yang sama macam saya.

Apa-apa pun kena tunggu lagi untuk minggu ini sama ada kes ini dapat diselesaikan atau pun tidak. Bukanlah hendak celupar, cuma kalau makin lama kes ini dibiarkan, rasanya duit hampir '6 riban' itu mungkin dah tinggal beberapa 'riban' sahaja.

Saya belum mahu meneruskan serangan lagi terhadap Bank Islam kerana ada nama ISLAM di situ. Masih menunggu masa yang sesuai untuk terus 'menyerang' mereka.

Maklum sajalah duit-duit biasiswa JPA, MARA, pinjaman PTPTN semuanya disalurkan di Bank Islam. Dalam kampus Universiti Sains Malaysia (USM) ini cuma ada cawangan kecil Bank Islam yang bolehlah diibaratkan seperti hidup segan mati tak mahu. Hanya beroperasi pada hari Selasa dan Khamis jam 11.00 pagi hingga 2.00 petang dan 'biasanya' jam 1.50 petang dah tutup. Alasan yang diberikan ialah mereka tidak cukup kakitangan. Kalau tidak cukup kaki rasanya tambahlah kaki kan? Kalau tidak cukup tangan rasanya tambahlah tangan pula. Tak kan itu pun nak di bawa masuk ke dalam Dewan Perundingan Pelajar atau Parlimen Mahasiswa USM supaya Bank Islam dapat menyelesaikan masalah tersebut???

CIMB Bank boleh ada cawangan di dalam Kampus Induk USM, kenapa Bank Islam tidak boleh? Tidak cukup kakitangan? Alasan je tu.. Kalau macam tu rasanya logik tak kalau semua mahasiswa dan mahasiswi desak kerajaan, agensi-agensi berkaitan dan PTPTN jangan guna lagi perkhidmatan Bank Islam untuk 'agihkan' duit kepada pelajar IPTA dan IPTS? (ish! kaki menghasut juga saya ni)

7 ulasan:

  1. sgt setuju kalau agensi2 tu xguna lg p'khidmatan BIMB. Servis yg d'br xb'kualiti, d'mn2 pun sama je.. kat Sabah pun mcm tu jg.. mrk slalu m'lambatkn urusan.. smpaikan nk buka account je pun ambik msa shri suntuk, pergi pgi, balik ptg dan tu pun blum tentu slesai...

    BalasPadam
  2. pengalaman saya masa mula2 berurusan di BIMB Batu Pahat pun sama. pelanggan tengah ramai, semua kaunter di buka tapi perkhidmatan sangat lambat..seorang pelanggan berurusan lebih 20 minit, entah apa yg diuruskan pun tak tahulah..bila diperhatikan barulah sedar yg kerani2 di kaunter bersembang-sembang.. masa tu jugalah saya 'belajar' erti biadab di bank sampai terkeluar ayat "lembabnya bank islam ni!!"

    BalasPadam
  3. sadis sungguh....nama jer bank islam....klu camnie servis mmg patut la kurg popular.....

    BalasPadam
  4. usul tergempar DPP...

    BalasPadam
  5. SOKONG SGT. BAIK TUKAR JE NAMA JD 'BANK SYOK SENDIRI ". BUAT MALU AGAMA ISLAM JE . NAMA BANK ISLAM AMAT INDAH TP BILA STAF STAF BUAT KERJA SAMBIL LEWA , TAK HIRAUKAN ADUAN PELANGGAN, KASI SERVIS MCM ALA KADAR SAJE , ISLAM APE BENDA MCM TU . KERANI KAUNTER BANK ISLAM ADA YANG BUAT KERJA BIAR PUAS HATI SENDIRI.BUKAN BUAT KERJA NAK PUASKA HATI PELANGGAN , BUKAN BUAT KERJA NAK BAGI SERVIS KEPADA PELANGGAN . PIGI DAH ...BOLEH JALAN LAH . BAIK KASI KERJA KAT ORANG YANG BETUL BETUL BUAT KERJA , YANG BETUL BETUL MESRA PELANGGAN . BUKAN KASI KAT KERANI YANG TAK RETI NAK SENYUM KAT PELANGGAN, BUAT KERJA SYOK SENDIRI . BAIK TUKAR BANK LAIN JE LE.....

    BalasPadam