Followers

Ahad, Julai 10, 2011

Pelakon Terbaik Bersih 2.0 - jangan lupa kes liwat & seks

Salam.. Salam sejahtera..

Alhamdulillah, semalam 9 Julai 2011 satu lagi lakonan berjaya dijayakan oleh sang pelakon handalan di Malaysia.

Siapakah gerangan manusia sang pelakon itu?


Inilah dia. Manusia yang pernah berjanji akan berlaku peralihan tampuk pentadbiran negara pada 16 September. Malangnya, janji hanya tinggal janji. Yang bagusnya, masih ada manusia bodoh yang mudah diperbodohkan dengan janji manisnya itu.


Siapakah yang tidak mengenali manusia ini? Satu Malaysia tahu dan mengenalinya secara tidak langsung. Jika ada yang mengenalinya secara langsung maka secara automatik akan mengenali keperibadiannya.

Saya yakin gambar-gambar di atas akan digunakan oleh Pakatan Rakyat dalam poster dan kempen mereka semasa pilihan raya umum ke-13.

Masih ingatkah lagi pada tahun pilihan raya tahun 1999 poster ini digunakan?


Semasa itu Parti Keadilan Nasional mendapat undi simpati mata lebam.

Saya sendiri pelik apabila rakyat Malaysia masih mempercayai dan menyokong manusia di atas.

Pernahkah kita berfikir bahawa perhimpunan Bersih 2.0 yang khabarnya sangat bersih dan aman itu sebenarnya mungkin untuk menutup isu peribadi lelaki bermata lebam itu?

Lupakah kita akan kes pertuduhan liwat yang dilakukannya terhadap Saiful Bukhari? Saiful telah melakukan sumpah dengan menggunakan nama Allah S.W.T bagi menunjukkan bahawa ia telah diliwat oleh manusia bermata lebam itu. Sebagai orang Islam adakah kita tidak mempercayai sumpah yang dilakukan menggunakan nama Allah S.W.T? Saiful bersumpah tidak menuduh tetapi hanya menyatakan bahawa ia telah diliwat.

Satu lagi kes terbaru ialah rakaman video seks beliau. Mungkin kita semua hampir terlupa dengan aksi ghairah lelaki di atas itu bersama seorang perempuan di atas ranjang. Mengapa lupa? Hal ini kerana kita lebih memberi tumpuan kepada Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Sudah jelas terpampang wajah kacak seorang lelaki berumur yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri itu bersama dengan seorang perempuan di dalam bilik dan di atas katil sambil melakukan aksi memuaskan nafsu. Akan tetapi 'berkat' dan 'rahmat' kebolehan yang dikurnikan kepadanya, ia berjaya menyakinkan ramai orang bahawa rakaman itu adalah palsu walaupun pakar daripada Amerika Syarikat mengesahkan 99.99 adalah tulen.

Saya sendiri berasa pelik. Beberapa orang telah bercerita bahawa jika dibandingkan rakaman DVD lucah bekas menteri kesihatan dengan video lelaki bermata lebam itu, sewajarnya bekas menteri kesihatan itulah yang perlu menafikannya kerana wajahnya beliau tidak jelas kelihatan seperti mana rakaman video seks lelaki bermata lebam itu.

Akan tetapi moral dan rasa tanggungjawab yang ada pada bekas menteri kesihatan itu lebih tinggi berbanding lelaki bermata lebam yang juga bekas timbalan perdana menteri.

Saya sendiri berasa bahawa ramai rakyat Malaysia terlalu bodoh kerana 'menghalalkan' setiap tindak tanduk manusia bermata lebam itu.

Sedarkah bahawa Parti Keadilan Rakyat atau PKR yang melaung-laungkan KEADILAN itu sebenarnya mengamalkan nepotisme?

Sesetengah pihak marah apabila UMNO mengamalkan nepotisme dengan Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri kerana bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn pula menjadi menteri iaitu Datuk Seri Hishammuddin. Anak kepada Tun Dr. Mahathir iaitu Datuk Mukhriz pula menjadi timbalan menteri.

Sedarkah kita bahawa kemunculan anak-anak pemimpin UMNO itu sebenarnya berlaku selepas bapa-bapa mereka meninggal dunia atau bersara daripada politik?

Berbeza pula dengan PKR. Seorang suami dan bapa menjadi Ketua Umum PKR, si isteri pula menjadi Presiden manakala anak sulung kepada pasangan suami isteri itu pula menjadi Naib Presiden. Lelaki yang paling rapat dengan Ketua Umum pula menjadi Timbalan Presiden. Dahsyatkan?

Seandainya Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihan raya ke-13 akan datang, saya yakin saudara mara, sepupu sepapat, mereka ini semua akan menjadi kaya raya dan akan menjadi pengerusi syarikat-syarikat GLC. Percayalah.

Walau apa pun, sebagai rakyat Malaysia kita perlu membuka mata bahawa manusia-manusia seperti di atas itulah yang akan mensabotaj ekonomi negara ini.

Berkat usaha perhimpunan Bersih 2.0 kali ini sebenarnya telah berjaya mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Lihat sahajalah bagaimana Al-Jazera melaporkan keadaan di Malaysia.

Sewajarnya kerajaan Malaysia menghalang setiap tindak tanduk individu atau kumpulan yang cuba mensabotaj ekonomi negara ini. Pihak-pihak yang cuba menggugat keamanan negara ini juga perlu dihalang. Bukannya bertindak dengan menggunakan AMARAN sahaja.

Seeloknya Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA digunakan untuk mencegah 'VIRUS' Bersih 2.0 daripada mencemarkan nama Malaysia di mata dunia. Tahan sahaja mereka yang tetap bertindak walaupun amaran sudah dilaungkan.

Majoriti rakyat Malaysia yang mengundi Barisan Nasional dan cinta akan keamanan tanah air ini mahu pihak berkuasa bertindak mengikut lunas undang-undang sedia ada tanpa perlu gerun dengan manusia-manusia yang biadab termasuklah manusia yang pernah memimpin Majlis Peguam.

Salam takziah juga kepada keluarga individu yang meninggal dunia semasa berdemonstrasi Bersih 2.0. Saya tumpang simpati, tetapi saya tidak menyalahkan pihak berkuasa kerana amaran bersurai telah dikeluarkan. Sewajarnya pihak penganjurlah yang dipersalahkan.

Namun begitu berlakon tetap berlakon. Berlakon simpati dan akan memanipulasi kematian itu bahawa pentadbiran kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Razak adalah zalim.

Zalimkah? Majoriti rakyat tidak bersetuju dengan demonstrasi itu, maka wajarlah pihak berkuasa bertindak sedemikian. Kalaulah pentadbir negara ini seperti rejim zionis dan para pendemonstrasi itu adalah rakyat Palestin, saya yakin kesemua yang berhimpun itu akan ditembak mati.


Akhir sekali, saya berharap rakyat Malaysia tidak lupa akan kes liwat dan video seks lelaki bermata lebam itu. Sekiranya kes-kes itu adalah ciptaan musuh politiknya, saya tetap dengan pendirian bahawa lelaki bermata lebam itu perlu BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH S.W.T bahawa dia tidak meliwat Saiful Bukhari dan dia juga perlu BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH S.W.T bahawa lelaki di dalam video seks itu bukanlah dia.

ALLAH S.W.T MAHA MENGETAHUI, dan biarlah Dia yang membalasnya sekiranya kedua-dua pihak sudah bersumpah.

Tidak perlulah berdalih tetapi dalam masa yang sama boleh pula mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen. MUNAFIK!

Apa-apa pun orang Melayu dan Islam telah berjaya menjadi BUAH CATUR pihak-pihak tertentu. Tahniah! kerana melaungkan TAKBIR! di atas jalan raya sedangkan dalam masa yang sama orang Cina dan India bertepuk tangan melihat Melayu dan Islam berarak di jalan raya menentang kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu dan Islam.

7 ulasan:

  1. Mampos cepat lagi bagus. Menyusahkan orang lain. Nak meniaga pun susah, biar Anwar mati cepat

    BalasPadam
  2. mari kita sama2 berdoa...semoga si peliwat si penzina dan si pembohong ini mendapat BALA dari Tuhan Yang Masa Esa....

    BalasPadam
  3. dia ni kalau mampos ramai orang akan buat kenduri kesyukuran

    BalasPadam
  4. mari kita doakan yg terbaik untuknya..semoga berubah

    BalasPadam
  5. weyh xder pon korg mase perhimpunan aritu... ckp nk test ilmu bagai,pahlawan melayu la... hahaha tu la aku dh ckp jgn ckp besar hahaha

    BalasPadam
  6. "Ini realiti & Bukannya fantasi" - tapi dari kaca siapa?

    BalasPadam