Salam.. Sejahtera..
Di awal pagi kelmarin saya membaca akhbar secara online di Utusan Malaysia, terpapar gambar Datuk Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sedang bersalaman dengan Ratu Elizabert yang mungkin secara kebetulan berpakaian serba kuning.
Secara tiba-tiba terlintas dibenak fikiran saya bahawa puak-puak yang sedang obses atau fanatik dengan warna kuning pasti akan memanipulasi gambar tersebut.
Seperti mana yang kerap diperkatakan oleh Tun Dr. Mahathir suatu ketika dahulu, pembangkang di Malaysia sebenarnya hidup kerana isu. Mereka tidak hidup kerana keikhlasan berjuang untuk rakyat. Mereka juga berjuang kerana individu dan kepentingan peribadi.
Saya tidak melihat bahawa Ratu Elizabert sengaja berpakaian serba kuning kerana baginda menyokong BERSIH. Mereka yang membuat andaian sedemikian sebenarnya JAHIL dan dalam erti kata sebenar adalah BODOH.
Tahukah mereka, sebenarnya warna kuning sinonim dengan kerabat diraja?
Mungkin mereka terlupa bahawa warna rasmi kerabat diraja adalah berwarna kuning. Di Johor kini berwarna biru.
Apabila BERSIH menggunakan warna kuning lantas mereka seolah-olah 'mempatenkan' hak milik warna itu kepada BERSIH.
Nampak sangat otak mereka kesemuanya 'KUNING'.
Lihatlah gambar di bawah.
Semasa perkahwinan Putera William, Ratu Elizabert juga berpakaian serba kuning. Mengapa tidak dijadikan isu?
Ohh jangan terlupa kerana pembangkang di negara ini hidup dengan isu.
Beberapa rakan di facebook memaparkan gambar penunjuk perasaan di London yang berhimpun ketika Datuk Sri Najib keluar daripada kereta.
Mereka yang memberi komen dan membuat status di facebook mengatakan bahawa tiada polis atau FRU yang menyembur air atau gas pemedih mata bagi menyuraikan penunjuk perasaan. Mereka juga memuji polis Britain kerana tidak sezalim polis Malaysia.
Secara peribadi saya melihat jumlah penunjuk perasaan yang berpakaian kuning itu tidaklah ramai dan rasanya mereka mendapat 'arahan' untuk menyambut kedatanga Perdana Menteri Malaysia itu. Berapakah agaknya ganjaran yang mereka terima? Jika di Indonesia mereka cuma perlu memberikan sebungkus nasi dan beberapa ribu rupiah sahaja.
Mungkin kerana nilai Pound Sterling agak tinggi, maka pihak yang mengarahkan atau mengupah penunjuk perasaan di London itu hanya mampu mengupah seramai itu sahaja penunjuk perasaan bagi menyambut kehadiran PM kita.
Ramai sebenarnya lupa bahawa selain penunjuk perasaan yang mungkin diupah itu, sebenarnya terdapat juga segolongan kumpulan yang menyokong BERSIH di London. Siapakah?
Ya, inilah mereka pasukan polis London, Britain.
Namun begitu kumpulan ini lebih ganas berbanding BERSIH dan pasukan polis serta FRU di Malaysia.
Lihatlah tindakan yang dilakukan oleh polis Britain.
Dahsyatkan?
Di Malaysia kalau ada macam ini sudah tentu ramai yang cedera.
Polis di Britain juga menggunakan tindakan yang sama bagi menyuraikan penunjuk perasaan, mengapa tidak Malaysia?
Walaupun puak-puak pembangkang di negara ini menghina polis dan kerajaan, sedarkah mereka bahawa kerajaan kita masih berperikemanusiaan kerana menyediakan makanan kepada mereka yang di tahan. Ruangan solat turut disediakan.
Seperti mana kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang, beliau di tahan dan diberikan layanan yang baik sehingga dihantar pulang ke rumah sendiri oleh pihak polis. Hanya Anwar Ibrahim sahaja yang memutar belit.
Secara peribadi saya melihat Perdana Menteri tidak perlu malu dengan sambutan penunjuk perasaan yang berpakaian kuning dan tidaklah ramai.
Jika terdapat dalam kalangan mereka adalah rakyat Malaysia dan merupakan pelajar, sewajarnya kerajaan menarik semula tajaan itu kerana mereka menghina ketua kerajaan yang memberi tajaan. Sama juga halnya dengan pelajar di Mesir. Berani buat, beranilah tanggung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan