Salam dan salam sejahtera.
Penulisan saya sebelum ini mungkin telah menyebabkan beberapa pihak berasa 'tergugat' dan sudah mula bertindak sehingga mengabaikan prinsip ajaran agama Islam yang suci ini.
Saya telah berjanji kepada diri sendiri untuk tidak melibatkan diri ke kancah politik yang telah dikotorkan oleh manusia-manusia tidak bertanggungjawab. Namun begitu, minat terhadap politik tidak akan terhalang dek kerana sikap sebahagian besar manusia yang sememangnya berpura-pura berjuang demi agama, bangsa dan negara tetapi dalam masa yang sama inginkan kekayaan duniawi.
Blog ini telah terabai beberapa bulan bukan kerana saya ketandusan idea, tetapi disebabkan oleh situasi semasa yang tidak memberikan semangat kepada untuk menaip. Isu-isu yang tidak sepatutnya dikeluarkan demi mendedahkan aib insan-insan tertentu adalah salah satu corak politik kotor membunuh karakter yang saya tidak sukai.
Dalam tempoh sebulan dua ini, saya kembali mendapat semangat untuk menaip semula di blog rojak ini. Terima kasih kepada pengikut-pengikut (pembaca) setia blog ini.
Seperti mana yang saya nyatakan di atas, penulisan saya sebelum ini sebenarnya telah mengundang pelbagai persepsi. Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa agaknya saya hanya memberi fokus kepada calon Barisan Nasional di Daerah Batu Pahat? Mengapa juga tumpuan hanya diberikan terhadap calon Barisan Nasional? Adakah calon Pas dan PKR tidak sesuai?
Persoalan di atas akan dijawab dengan soalan. Siapakah individu daripada Pas dan PKR yang benar-benar layak untuk dijadikan sebagai calon? Jawapannya, TIDAK ADA. Pas dan PKR tidak ada calon yang berwibawa. DAP parti perkauman serpihan PAP di Singapura juga tidak layak. MUKTAMAD!
Oleh sebab itulah maka saya hanya memberikan tumpuan penulisan ini hanya kepada Barisan Nasional.
Penulisan saya sebelum ini merujuk kepada calon di kawasan Parlimen Batu Pahat, Sri Gading, Ayer Hitam, dan Parit Sulong. Sekali lagi saya nyatakan di sini bahawa Parlimen Ayer Hitam diperuntukkan kepada MCA dan UMNO Bahagian Ayer Hitam tidak perlu melobi untuk kesekian kalinya supaya calon UMNO diletakkan di situ. Ini adalah keputusan kepimpinan tertinggi parti.
Disebabkan itu jugalah maka penulisan ini hanya akan memberi fokus kepada Parlimen Sri Gading dan Parlimen Parit Sulong. Saya tidak meminta pihak-pihak berkepentingan di Parlimen Sri Gading dan Parit Sulong untuk menghormati segala apa yang tercatat di dalam penulisan ini dan saya juga akan berterima kasih sekiranya pihak-pihak berkenaan memaki hamun saya dek kerana penulisan yang tidak berpengalaman ini.
Selepas memerhati dengan penuh teliti dan mendapat info yang sewajarnya diperolehi, saya berasakan bahawa kedua-dua kawasan Parlimen iaitu Sri Gading dan Parit Sulong memerlukan orang baru yang lebih berwibawa dan mempunyai idea baru untuk (alif, ba, ta) Agama, Bangsa, dan Tanah Air. Bukanlah saya hendak menafikan jasa yang diberikan oleh pemimpin sekarang tetapi sudah tiba masanya mereka berundur dan memberikan peluang kepada orang baru.
Di Parlimen Parit Sulong khususnya, Datuk Noraini Ahmad sememangnya penyandang yang bagus, akan tetapi berdasarkan maklumat daripada beberapa 'orang kuat' Bahagian Parit Sulong mereka tidak yakin dengan kesihatan Datuk Noraini sendiri. Selain itu, mereka di Parit Sulong juga memerlukan pemimpin yang berada di kawasan tatkala diperlukan. Bukannya pemimpin yang menetap di Kuala Lumpur dan jauh daripada kawasan. Pasangan kepada pemimpin juga perlulah berada di kawasan dan beramah mesra bersama rakyat jelata. Sesekali perlulah juga pasangan pemimpin di peringkat Parlimen mendapat publisiti yang hebat seperti mana isteri Perdana Menteri yang kerap keluar di televisyen.
Begitu juga halnya di Sri Gading. Walaupun penyandang kerusi Parlimen tersebut adalah seorang yang lantang bersuara dan amat berpengaruh, tetapi terdapat permasalahan yang tidak selesai-selesai sehingga mendatangkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat. Lihat sahajalah projek jalan raya yang menghubungkan Batu Pahat dengan Kluang. Sehingga kini masih belum selesai pembinaan pembahagi jalan. Khabarnya sudah beberapa kali kontraktor ditukar tetapi masih belum selesai jua. Yang pasti jalan raya Batu Pahat - Kluang itu sudah menjadi antara jalan raya yang paling bahaya di Malaysia.
Masih ingatkah lagi tragedi kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas ekspres dengan sebuah kereta Perodua Kancil? Bas dari arah Batu Pahat telah melanggar belakang kereta kancil tersebut yang hendak membelok ke kanan. Kemalangan tersebut telah menyebabkan semua yang berada di dalam kereta tersebut meninggal dunia. Bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan apabila jalan raya ini menjadi salah satu penyumbang keadaan jalan yang berbahaya di Malaysia.
Saya tidak ingat tahun bermulanya pembinaan jalan raya baru ini. Sesuatu yang pasti mungkin sudah hampir 10 (sepuluh) tahun. Adalah amat pelik kerana jalan raya ini mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan. Maksud saya siap sepenuhnya termasuklah pembinaan pembahagi jalan. Anda boleh lihat gambar di atas, jelas menunjukkan pembahagi jalan yang tidak sempurna. Ketika saya datang ke Pulau Pinang untuk belajar itulah jalannya. Selepas 3 tahun saya belajar di Pulau Pinang, itu jugalah jalannya. Sesuatu yang boleh dibanggakan ialah pembahagi jalan yang tidak siap-siap. Rakyat sudah tentu menyampah dengan perkara ini. Jadi tidak peliklah apabila calon parti pembangkang yang tidak terkenal boleh mendapat undi lebih 8,000 (lapan ribu) pada pilihan raya umum tahun 2008 di Parlimen Sri Gading. Siapakah yang untung? Saya yakin yang untung dalam perkara ini hanyalah kontraktor-kontraktor yang tertentu sahaja. Sama ada itu semua kroni ataupun tidak, saya tidak pasti.
Seperkara lagi mengenai projek untuk rakyat. Jika ada dalam kalangan pembaca merupakan penduduk atau berasal dari Parit Yaani dan Kampung Sengkuang/Sri Bengkal, mungkin anda akan tahu mengenai projek pembinaan jambatan dan jalan yang sedang dalam pembinaan. Satu projek yang sedang dalam pembinaan ialah jambatan di Kampung Parit Lintang, Parit Yaani. Khabarnya projek tersebut menelan belanja RM11 juta. Ini berdasarkan pendengaran saya selepas 'disembangkan' oleh pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. RM11 juta bukanlah satu jumlah yang kecil. Begitu juga dengan projek yang sama di Kampung Sengkuang khabarnya menelan belanja RM8 juta.
Kos yang terlalu besar itu mungkin untuk pampasan tanah yang diambil untuk pembinaan tetapi mengapa terlalu besar? Saya rasa wajar untuk saya mencatatkan persoalan-persoalan pemimpin-pemimpin setempat di sini, ramai juga yang tidak berpuas hati mengenai projek tersebut. Tetapi seeloknya saya memberikan peluang yang sewajarnya kepada mereka untuk terus bertanya kepada WAKIL RAKYAT yang berkenaan. Siapakah? Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani? Y.B. Ng See Tiong? Adakah beliau tahu mengenainya? Bukankah beliau orang Mersing dan tidak selalu berada di kawasan? Orang Parit Yaani pun dah bosan dengan Y.B. ini yang 'KERAP' lawat kawasan. (berdasarkan perbualan orang-orang kuat parti di Parit Yaani).
Seeloknya bajet (belanjawan) yang besar itu boleh digunakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu Pahat untuk membesarkan atau melebarkan persimpangan Kampung Parit Haji Yusof yang berada di antara Parit Yaani dan Yong Peng juga berdekatan Petronas Parit Yaani. Hanya mereka yang tahu mengenai jalan itu sahaja akan mengerti mengapa saya mencadangkan sedemikian.
Projek berjuta-juta untuk rakyat itu sememangnya perlu ketelusan dan rakyat perlu tahu mengapa kos terlalu tinggi. Adakah berlaku penyelewengan atau berlaku ketidaktelusan dalam projek ini. Sesuatu perlu dilakukan demi keadilan dan tidak perlu menjaga 'punggung' rakan-rakan sekiranya mereka benar melakukan kesalahan.

Dikhabarkan juga bahawa kerusi Parlimen Sri Gading dan Parit Sulong sudah menjadi perhatian oleh pihak-pihak tertentu yang ketagih untuk bertanding. Mereka yang ketagihan itu sudah semestinya daripada UMNO sendiri. Namun begitu, adalah elok sekiranya mereka ini tidak bertanding sekiranya ingin mengumpul kekayaan.
Oleh sebab itulah penulisan ini akan terus memberikan tumpuan tanpa berselindung dan berkias-kias. Saya telah nyatakan beberapa calon yang mungkin akan bertanding di Parlimen Parit Sulong, namun begitu saya beranggapan calon yang terbaik setakat ini ialah Syed Hood Syed Edros iaitu bekas Ahli Parlimen Parit Sulong (2004 - 2008). Mungkin beliau bukanlah insan yang terbaik kerana disebabkan oleh perbuatan beliau yang dikatakan terlibat dengan penggunaan wang semasa pemilihan parti. Siapakah yang benar-benar tidak terlibat menggunakan wang semasa pemilihan parti? Ada sesiapa yang berani mengaku mereka tidak menggunakan wang untuk mempengaruhi perwakilan? Ada sesiapa yang tidak menggunakan wang untuk menjamu makan kepada para perwakilan? Ada sesiapa juga yang berani menafikan bahawa mereka tidak memberikan wang kepada perwakilan atas nama 'wang sagu hati' atau 'duit minyak' atau 'duit kocek' untuk hadir jamuan makan malam calon-calon yang bertanding?
Saya dikhabarkan oleh pihak-pihak tertentu yang boleh dipercayai laporannya bahawa Syed Hood sememangnya layak untuk dicalonkan semula. Beberapa orang yang saya temui juga sudah mengesahkan bahawa Syed Hood adalah insan yang rajin temui rakyat dan sudah tidak seperti Syed Hood suatu ketika menjadi Ahli Parlimen sebelum ini. Beberapa laporan juga menunjukkan bahawa beliau memainkan peranan lebih berkesan berbanding Ahli Parlimen yang sebenar.
Mungkin beliau sudah bertaubat dan tahu peranan sebenar seorang pemimpin rakyat. Bukan seperti sebahagian besar manusia yang sanggup berjumpa BOMOH demi untuk menjadi calon dan menjatuhkan orang lain. Masih ada juga insan yang menggunakan BOMOH untuk menjatuhkan orang lain demi untuk menaikkan dirinya sendiri.
Begitu juga halnya di Parlimen Sri Gading. Walaupun terdapat beberapa pihak berkepentingan yang ditugaskan untuk membuat laporan bagi menilai pihak-pihak tertentu, tetapi laporan itu sudah tentu tidak telus dan akan memberikan laporan yang 'baik-baik' sahaja setanding dengan bayaran yang diberikan. Seperti mana perkhidmatan kakitangan awam, setiap tahun lazimnya akan ada penilaian yang diberikan oleh ketua-ketua jabatan, hal yang sama juga turut dilakukan tergadap wakil rakyat. Siapakah yang menilai? Rakyat sudah pasti menilainya. Selain rakyat? Mungkin ada juga pihak-pihak tertentu yang diarahkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri.
Setelah mendapat mendapat keizinan sekali lagi maka saya kembali menulis (sebenarnya menaip) di sini. Siapakah yang memberi izin? Special Branch? Komando? Unit Tindakan Khas? Skuad Perang Saraf? Biro Tatanegara? CIA? JASA? Siapa? Siapakah? Ohh siapakah? Hanya insan kerdil disisi-Nya.
Apabila saya 'mengandaikan' bahawa Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee akan dipilih sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Sri Gading, sebenarnya sudah ada pihak-pihak tertentu yang kepanasan. Maklum sajalah apabila ada muka baru maka sudah tentulah muka lama akan ditutup. Siapakah yang terpaksa ditutup itu? Anda semua boleh rujuk penulisan saya sebelum ini.
Saya benci politik kotor. Politik itu kotor kerana disebabkan oleh insan-insan politik yang kotor menceburkan diri dan mengotorkan politik itu sendiri. Apabila ada insan-insan yang berpotensi menjadi calon pilihan raya maka akan ada puak-puak yang mencantas insan tersebut. Jadi, bagaimana parti akan mendapat pelapis yang benar-benar berkebolehan dan berkelayakan?
Sesuatu yang menarik ialah apabila seorang individu yang aktif dengan parti telah menerima teguran dek kerana rapat dengan nama yang saya canang-canangkan bakal menjadi calon di Parlimen Sri Gading. Mungkin teguran itu hanya sekadar gurauan biasa tetapi dalam nada gurauan itulah sebenarnya terdapat sesuatu isi yang penting untuk difikir-fikirkan.
Apakah tujuan dan helah pihak-pihak tertentu termasuklah salah seorang pemimpin masyarakat bukan Melayu (bukan juga India) di kawasan Parlimen Sri Gading dan Ayer Hitam apabila bertanyakan soalan yang agak 'biadab' kepada salah seorang orang kuat Presiden MBM? Apakah soalan itu?
Ini pula soalan yang diajukan kepada seorang pemimpin di peringkat akar umbi apabila terlalu rapat dengan Presiden MBM itu.
Sebenarnya terdapat beberapa soalan lagi yang boleh saya catatkan di sini, tetapi cukuplah untuk penulisan ini. Saya tidak mahu 'teguran/ugutan' itu berpaling ke arah saya pula.
Saya juga mendapat tahu terdapat masalah apabila pertubuhan belia membuat program di kawasan Parlimen Sri Gading dan bekerjasama dengan sebuah agensi kerajaan daerah tetapi agensi tersebut telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Agak pelik apabila sebuah agensi kerajaan menarik diri daripada terlibat dengan program anjuran belia. Adakah terdapat campurtangan politik-politik KOTOR? Saya yakin semestinya ada. Sekatan ini demi KELESTARIAN (kelangsungan) kuasa politik setempat yang ada sekarang.
Sebagai generasi muda, saya sudah tentunya mahukan orang muda menjadi pemimpin. Hal ini bukanlah bererti saya menolak kepimpinan orang tua. Sudah tiba masanya pemimpin yang terlalu lama berada pada kedudukan sebagai pemimpin mengundurkan diri dan memberikan laluan kepada orang muda untuk menjadi calon dan pengganti. Janganlah pula nanti mensabotaj parti apabila tidak dicalonkan semula.
Datuk Mohamad Aziz terkenal sebagai Panglima BN di Dewan Rakyat. BN/UMNO akan kerugian jika beliau tidak bertanding semula. Namun begitu, yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti. Sama ada patah sendiri atau dipatahkan sajalah. Seeloknya memberikan peluang kepada pokok-pokok muda yang mungkin akan memberikan ruang teduh yang lebih elok.
Datuk Noraini Ahmad, berehatlah dan jagalah kesihatan Datuk. Berikanlah peluang dan ruang kepada insan yang lebih sihat untuk berkhidmat. Ketua Pemuda UMNO Bahagian bukanlah calon yang sesuai untuk menggantikan tempat tersebut. Belajar dahulu cara untuk hormat dengan orang lain. Datuk Ahmad Zahri Jamil juga bukanlah calon yang sesuai untuk ke kerusi Parlimen Parit Sulong. Seorang rakan saya yang juga mantan Yang Di-Pertua Ikatan Mahasiswa/i Johor Sidang 2009/2010 berkata bahawa,
Sebab itulah saya sendiri mengharapkan wakil rakyat tempat saya (Parlimen atau DUN) mati mengejut selepas pilihan raya umum nanti. Bukanlah kita mendoakan tetapi sekadar harapan. Maklum sajalah jika wakil rakyat mati mengejut maka akan ada pilihan raya kecil. Disitulah nanti akan ada Jin Aladdin muncul dan memberikan pelbagai peruntukkan luar jangka seperti sumbangan kewangan berjuta-juta kepada sekolah-sekolah Cina dan India (Melayu dapat ribu-ribu je), jambatan-jambatan baru, sumbangan wang dan pelbagai lagi.
Saya hanya mengharapkan Jin Aladdin itu memberikan peruntukkan khas untuk melebarkan jalan kampung saya selain meluaskan perkhidmatan JALUR LEBAR internet tanpa wayar di kampung saya. Kami orang kampung penyokong kuat BN tetapi yang mendapat kemudahan internet hanya orang bandar. Adil ke tu? Sekali lagi saya berharap ada kejutan di kawasan Parlimen saya nanti supaya jalan kampung saya akan dilebarkan tanpa banyak alasan seperti hari ini.
Kepada pihak-pihak yang menulis atau membuat laporan prestasi wakil-wakil rakyat ini, saya mewakili setiap insan yang menyokong konsep ketelusan berharap supaya anda tidak menipu laporan tersebut dan janganlah menipu diri sendiri. Jangan hanya kerana bayaran yang diterima cukup lumayan maka anda sanggup menipu laporan yang perlu diserahkan kepada pihak-pihak tertentu demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.
Jadilah seorang yang mempunyai jati diri dan jujur kepada pekerjaan anda. Jangan memalukan maruah agama dan bangsa demi untuk wang ringgit dan menipu laporan berkenaan.
Saya sendiri telah dinasihatkan oleh seorang pemimpin di peringkat akar umbi, supaya jangan terlalu menyongsang arus kerana takut nanti menjadi kambing hitam pihak-pihak tertentu. Saya menerima nasihat tersebut dengan hati yang ikhlas tetapi saya berharap kesemua itu tidak berlaku.
Saya juga menerima hakikat sekiranya penulisan saya sebelum ini telah menyebabkan beberapa pihak memantau pergerakan, blog, dan facebook saya. Saya juga tidak berasa pelik sekiranya talian telefon saya dipintas oleh pihak-pihak tertentu demi untuk kelangsungan kuasa pihak-pihak tertentu.
Saya telah diajar dan disemai di dalam diri serta pemikiran saya supaya mengatakan yang benar walaupun akan mengguris hati si pendengar. Sekiranya hendak menjaga hati si pendengar, seeloknya diam dan tidak perlu berkata apa-apa. Bagi saya diam itu bukanlah tanda setuju tetapi tanda menjaga hati.
Saya juga berharap supaya tidak ada pihak Cawangan Khas (SB) datang berjumpa saya untuk bertanya mengenai maklumat yang saya nyatakan di sini. Walaupun sememangnya ada berjumpa dengan beberapa SB 'kononnya' bertanya mengenai maklumat-maklumat lain.
Saya memohon ampun dan maaf sekiranya penulisan kali ini lebih 'pedas' berbanding sebelumnya. Berhak memilih untuk tidak memilih.
Wassalam..

"Apa budak Penang tu buat kat sini? Biar dia duduk Penang laaaa"
Ini pula soalan yang diajukan kepada seorang pemimpin di peringkat akar umbi apabila terlalu rapat dengan Presiden MBM itu.
"Kenapa engkau rapat sangat dengan dia tu?"
Sebenarnya terdapat beberapa soalan lagi yang boleh saya catatkan di sini, tetapi cukuplah untuk penulisan ini. Saya tidak mahu 'teguran/ugutan' itu berpaling ke arah saya pula.
Saya juga mendapat tahu terdapat masalah apabila pertubuhan belia membuat program di kawasan Parlimen Sri Gading dan bekerjasama dengan sebuah agensi kerajaan daerah tetapi agensi tersebut telah menarik diri atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Agak pelik apabila sebuah agensi kerajaan menarik diri daripada terlibat dengan program anjuran belia. Adakah terdapat campurtangan politik-politik KOTOR? Saya yakin semestinya ada. Sekatan ini demi KELESTARIAN (kelangsungan) kuasa politik setempat yang ada sekarang.
Sebagai generasi muda, saya sudah tentunya mahukan orang muda menjadi pemimpin. Hal ini bukanlah bererti saya menolak kepimpinan orang tua. Sudah tiba masanya pemimpin yang terlalu lama berada pada kedudukan sebagai pemimpin mengundurkan diri dan memberikan laluan kepada orang muda untuk menjadi calon dan pengganti. Janganlah pula nanti mensabotaj parti apabila tidak dicalonkan semula.
Datuk Mohamad Aziz terkenal sebagai Panglima BN di Dewan Rakyat. BN/UMNO akan kerugian jika beliau tidak bertanding semula. Namun begitu, yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti. Sama ada patah sendiri atau dipatahkan sajalah. Seeloknya memberikan peluang kepada pokok-pokok muda yang mungkin akan memberikan ruang teduh yang lebih elok.
Datuk Noraini Ahmad, berehatlah dan jagalah kesihatan Datuk. Berikanlah peluang dan ruang kepada insan yang lebih sihat untuk berkhidmat. Ketua Pemuda UMNO Bahagian bukanlah calon yang sesuai untuk menggantikan tempat tersebut. Belajar dahulu cara untuk hormat dengan orang lain. Datuk Ahmad Zahri Jamil juga bukanlah calon yang sesuai untuk ke kerusi Parlimen Parit Sulong. Seorang rakan saya yang juga mantan Yang Di-Pertua Ikatan Mahasiswa/i Johor Sidang 2009/2010 berkata bahawa,
"Jalan kat Sri Medan ni dari dulu sampai sekarang sama je, kalau dulu elak lubang guna motor, sekarang elak lubang guna kereta.."
Sebab itulah saya sendiri mengharapkan wakil rakyat tempat saya (Parlimen atau DUN) mati mengejut selepas pilihan raya umum nanti. Bukanlah kita mendoakan tetapi sekadar harapan. Maklum sajalah jika wakil rakyat mati mengejut maka akan ada pilihan raya kecil. Disitulah nanti akan ada Jin Aladdin muncul dan memberikan pelbagai peruntukkan luar jangka seperti sumbangan kewangan berjuta-juta kepada sekolah-sekolah Cina dan India (Melayu dapat ribu-ribu je), jambatan-jambatan baru, sumbangan wang dan pelbagai lagi.
Saya hanya mengharapkan Jin Aladdin itu memberikan peruntukkan khas untuk melebarkan jalan kampung saya selain meluaskan perkhidmatan JALUR LEBAR internet tanpa wayar di kampung saya. Kami orang kampung penyokong kuat BN tetapi yang mendapat kemudahan internet hanya orang bandar. Adil ke tu? Sekali lagi saya berharap ada kejutan di kawasan Parlimen saya nanti supaya jalan kampung saya akan dilebarkan tanpa banyak alasan seperti hari ini.
Kepada pihak-pihak yang menulis atau membuat laporan prestasi wakil-wakil rakyat ini, saya mewakili setiap insan yang menyokong konsep ketelusan berharap supaya anda tidak menipu laporan tersebut dan janganlah menipu diri sendiri. Jangan hanya kerana bayaran yang diterima cukup lumayan maka anda sanggup menipu laporan yang perlu diserahkan kepada pihak-pihak tertentu demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.
Jadilah seorang yang mempunyai jati diri dan jujur kepada pekerjaan anda. Jangan memalukan maruah agama dan bangsa demi untuk wang ringgit dan menipu laporan berkenaan.
Saya sendiri telah dinasihatkan oleh seorang pemimpin di peringkat akar umbi, supaya jangan terlalu menyongsang arus kerana takut nanti menjadi kambing hitam pihak-pihak tertentu. Saya menerima nasihat tersebut dengan hati yang ikhlas tetapi saya berharap kesemua itu tidak berlaku.
Saya juga menerima hakikat sekiranya penulisan saya sebelum ini telah menyebabkan beberapa pihak memantau pergerakan, blog, dan facebook saya. Saya juga tidak berasa pelik sekiranya talian telefon saya dipintas oleh pihak-pihak tertentu demi untuk kelangsungan kuasa pihak-pihak tertentu.
Saya telah diajar dan disemai di dalam diri serta pemikiran saya supaya mengatakan yang benar walaupun akan mengguris hati si pendengar. Sekiranya hendak menjaga hati si pendengar, seeloknya diam dan tidak perlu berkata apa-apa. Bagi saya diam itu bukanlah tanda setuju tetapi tanda menjaga hati.
Saya juga berharap supaya tidak ada pihak Cawangan Khas (SB) datang berjumpa saya untuk bertanya mengenai maklumat yang saya nyatakan di sini. Walaupun sememangnya ada berjumpa dengan beberapa SB 'kononnya' bertanya mengenai maklumat-maklumat lain.
Saya memohon ampun dan maaf sekiranya penulisan kali ini lebih 'pedas' berbanding sebelumnya. Berhak memilih untuk tidak memilih.
Wassalam..
Salam tuan,
BalasPadamsiapalah kita untuk menentukan calon calon? Tuan ghairah menentukan calon di parlimen luar. Baik tuan jaga di kandang sendiri.siapa calon calon parlimen tuan? Pakai otak sikit lah. Tuan saya nasihatkan membeli
cermin paling besar untuk menilik diri sendiri.
Salam zedmagel..
BalasPadamSaya membuat andaian dan berhak atas nama kebebasan membuat andaian. Cermin besar sudah tersedia, sekiranya anda juga hendak menumpang untuk bercermin saya sedia berkongsinya. Saya orang Daerah Batu Pahat bebas untuk membuat andaian. Sekiranya anda tidak selesa dengan andaian ini, bermakna anda adalah pencacai puak-puak yang tidak tersenarai. Ya, PENCACAI..
Selamat sejahtera. Mohon mencelah syuk, aku nak pun nak berkata, malas nak melukis kat ruang sendiri sebab kekeringan idea untuk bercerita.
BalasPadamNampaknya ada yang berkata tak melihat, syuk. Emm.. Kalau dia dari golongan yang tak tersenarai tu, yang mungkin terkenal dengan suara rakyat dan keadilan sejagat, boleh mengkritik kerajaan memerintah di pelbagai peringkat, apasal ko tak boleh bagi pendapat untuk sendiri punya tempat?
Selamat sejahtera remie..
BalasPadamMereka hanya berkata dan hanya ingin mendengar sesuatu yg enak di dengar tanpa memikirkan kesannya kelak. Jika suara akar umbi sudah tidak dengar ini bermakna mereka adalah pemimpin yg tidak boleh ditegur..
PRU 2008 yg lalu tidak memberikan pengajaran yg bermakna kepada mereka kerana mereka masih memperolehi projek2 lumayan dan mengaut keuntungan diatasnya.
Saya sendiri pengundi di Parlimen Ayer Hitam dan DUN Semarang. Ahli Parlimen saya Wee Ka Siong dan ADUN Datuk Samsolbari, penulisan ini memberikan tumpuan khusus kepada kerusi2 di dalam Daerah Batu Pahat, oohhh tidak mengapa mungkin selepas ini saya perlu menaikkan nama ZEDMAGEL untuk menjadi sebagai salah seorang manusia yang mungkin akan tercalon sebagai calon DACING di mana2 kerusi parlimen, itupun jika sekiranya ada penyandang tidak mahu bertanding semula..
Saya menganggap (sekadar tanggapan), mereka yg melenting selepas membaca 2 penulisan ini adalah sebagai puak yg kepanasan. ye, kepanasan dek kroni2 mereka yg tidak terpilih sebagai calon pilihan di dalam penulisan ini. ini hanya sekadar penulisan.
Alhamdulillah, sy bersyukur sekiranya penulisan 'SAMPAH' ini berjaya MENGGUSARKAN pihak2 daripada UMNO yg sedang berada di dalam keselesaan yg tidak berpenghujung.
DItujukan KHAS kepada BTN JOHOR, sekiranya ada wakil membacanya
Parit Sulong, namun begitu saya beranggapan calon yang terbaik setakat ini ialah Syed Hood Syed Edros iaitu bekas Ahli Parlimen Parit Sulong (2004 - 2008). Mungkin beliau bukanlah insan yang terbaik kerana disebabkan oleh perbuatan beliau yang dikatakan terlibat dengan penggunaan wang semasa pemilihan parti. Siapakah yang benar-benar tidak terlibat menggunakan wang semasa pemilihan parti? yang lain-lain tak terlibat pun..
BalasPadamsalam to all,sy cukup yakin dengan kebangkitan rakyat yg sudah muak dengan perangai puak2 bee enn.umno telah mendapat getah dr kebodohannya sendiri..sikap cantas mencantas dikalangan ahli2 sendiri akan memakan diri.realitinya,umno hanya diminati penoreh2 getah n org2 kampung yg kurang maklumat.anak muda??? jangan harap...yg tinggal hanyalah anak2 muda yg masuk umno sebab nenek moyang dia umno.parti keturunan....hahah.
BalasPadamnak calonkan saudara maliki jd ahli parlimen...hahah...kelakar.hoi pengampu..ko selidik dulu latar belakang family dia kt kg bahru.....toksah harap la ko penjilat punggung.tulisan ko x menarik pun.xda fakta menarik.baik ko tolong nenek ko siat penyapu lagi baik.
BalasPadamSaudara bagus dalam membuat analisis tentang calon. Saya seorang pengundi di dun Parit Raja. Boleh saudara buat sedikit analisis tentang dun Pt Raja
BalasPadamAsSalaam,
BalasPadamTulisan yg bagus & jujur.
Yg marah2 tu mmg tgh kepanasan. Sy pengundi Parlimen Pt Sulong. Sy sokong Syed Hood utk this coming PRU 2013. Walaupun saya tinggal di Selangor dan sy menyokong PKR Selangor (he he) tapi bila balik Johor (BP) Saya masih sayangkan Johor seadanya kerana aura UMNO Johor masih ada spt aura PKR Selangor. Masih ada sifat kejatiannya. Jangan sampai UMNO Johor lebih mementingkan projek, $$$$, kuasa, nanti akan jadi Selangor jatuh ketangan pembangkang. Jadi jangan salahkan rakyat yaaa, sebab rakyat sudah MUAK dgn tipu helah UMNO.
Sy harap Johor terus mengekalkan sifat JATI itu. Bukan rakus dgn $$$$$. Kalau UMNO Johor dapat 'menasihati" UMNO negeri2 lain, sebab musabab kejatuhan UMNO adalah kerana sifat pemimpin UMNO sendiri (itu pon kalau diaorg nk dengar) masih ada masa utk diselamatkan UMNO ni. Tapi UMNOJohor pon sudah ada sikit sifat macam UMNO Selangor jugak. Kalau tak dibendung, UMNO Johor akan terkubur.
Sy menulis sebab sy melihat UMNO masih boleh diselamatkan kalau pemimpinnya kembali kepangkal jalan. Jangan jadikan politik=business=$$$$. kalau camtu, Insyallah, kejap je nanti giliran Johor jatuh.
I love Johor.
Parlimen Batu Pahat -PKR, DUN Penggaram - DAP & DUN Parit Yaani - PAS.....sapa cakap PR tak dak calon berwibawa.......nah menang pun....lain kali tulis guna otak.......
BalasPadam