Followers

Selasa, Mei 29, 2012

Sembang Meja Kopi : Mitos Larian Bendera UMNO di Parit Sulong

Salam dan salam sejahtera.

'Larian Bendera Sang Saka Bangsa'. Topik yang dibincangkan antara saya bersama beberapa rakan di Batu Pahat baru-baru ini.

Semasa dalam perbincangan tersebut, satu soalan diajukan oleh seorang insan yang boleh dikategorikan sebagai 'bukan calang-calang orang', insan tersebut bertanya, "Dalam lambang UMNO ada dua keris, tapi kenapa dalam bendera UMNO cuma ada satu keris je? Kepada mereka yang nak jadi pemimpin UMNO perlu tahu jawapannya".

Spontan salah seorang daripada kami menjawab, "Satu keris lagi di simpan, akan dikeluarkan bila diperlukan".

Reaksi insan yang bertanya, "Jawapan tu tak salah, cuma tak betul je..Pemimpin UMNO perlu tahu, carilah dan jangan hanya mahu disuap..".

Kembali kepada tajuk asal, 'Larian Bendera Sang Saka Bangsa'. Saya sekadar mendengar kata-kata rakan-rakan yang bercakap mengenai program tersebut yang singgah di Parit Sulong. Walaupun berada di tempat kejadian, pada saya program berjaya dan tidak perlu menjadi isu.


"Aku tengok dia dah macam tiang, berdiri je kat atas pentas tu..".

Inilah kata-kata spontan yang terkeluar daripada mulut rakan saya itu apabila bercakap mengenai program yang diadakan di Parit Sulong.

'Dia' yang dimaksudkan ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Syed Hood Syed Edros.

Mulanya saya sendiri tergelak apabila mendengar perkara tersebut, maklumlah seorang yang bergelar "Datuk" kelihatan seperti 'tiang' di atas pentas.

Saya pendengar yang setia, sama ada perkara tersebut sahih atau tidak itu perkara kedua. Kalau tak betul orang tak akan kata. Pokok tak kan bergoyang kalau tak ada angin (mungkin juga ada monyet di pokok tu).

Sesuatu yang pasti ialah Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong iaitu Y.B. Ahmad Zahri Jamil tidak hadir dan pemimpin tertinggi UMNO Bahagian yang hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu sendiri iaitu Datuk Syed Hood.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, Timbalan Ketua UMNO Bahagian itu hadir dan kehadirannya seperti 'tidak dialu-alukan' walaupun berada di atas pentas atas kapasiti Timbalan Ketua. "Aku tengok dia dah macam tiang, berdiri je kat atas pentas tu..", kata rakan saya yang aktif di Bahagian Parit Sulong.


"Aku belum pernah tengok program penyerahan hadiah, bendera, atau apa pun yang berkaitan dibuat oleh satu orang je.."

Saya kurang faham dengan kenyataan itu.

"Sambut larian bendera, dia yang buat. Beri ucapan, dia yang buat. Serah bendera kepada wakil-wakil, dia yang buat. Lepaskan larian, dia yang buat. Ikut berlari pun dia yang buat..aku pelik dengan dia tu..apa yang kau fikir pasal dia tu?"

Spontan saya jawab, "Tu namanya gila kuasa..tapi rasa pelik jugak sebab dia yang lepaskan larian lepas tu dia berlari sama..pelik-pelik.."

Rakan saya mengatakan 'DIA' yang dimaksudkan ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian itu sendiri. Juga bergelar Datuk rasanya. Rakan saya mengatakan gelaran Datuk itu diperolehi daripada Negeri Pahang. Barangkali Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Sulong itu mempunyai jasa yang besar di Negeri Pahang.

Sebagai pendengar, saya hanya mendengar dan kadangkala bertanya sesuatu yang mungkin agak mengguris hati mereka yang mendengar.

Sesuatu yang pasti semasa perbincangan berlangsung ialah mereka kelihatan cukup gelisah kerana sukar untuk menjangkakan individu yang akan mewakili Barisan Nasional di kawasan Parlimen Parit Sulong.

Manakan tidak, semasa perbincangan tersebut ada juga penyokong setia Datuk Noraini Ahmad (Ahli Parlimen Parit Sulong), penyokong Datuk Ahmad Zahri Jamil (ADUN Seri Medan/EXCO Johor/Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong), penyokong muda Datuk Zulkurnain Kamisan (Ketua Pemuda UMNO Parit Sulong) dan ada juga rupanya yang menyokong bekas Ahli Parlimen Parit Sulong sebelum ini iaitu Datuk Syed Hood Syed Edros yang kini merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong.

Saya agak tertarik kerana semasa perbincangan diadakan, terdapat satu 'hentakan' meja daripada salah seorang ahli perbincangan yang spontan mengeluarkan kata-kata "terus terang aku cakap si Syed Hood tu punya program mengalahkan Ahli Parlimen Parit Sulong sendiri. Orang kata dia buat kerja bila dekat-dekat pilihan raya, tapi walaupun aku tak suka dia terus terang aku nak cakap yang dia aktif buat kerja aktiviti masyarakat sejak lepas pilihan raya tahun 2008 lagi. Cuma tak masuk surat khabar je. Dia susah nak bergerak atas nama Timbalan Ketua Bahagian tapi dia bergerak atas nama NGO...".

Saya sekadar mengangguk apabila mendengar kata-kata tersebut kerana tidak mengenali secara langsung insan yang bernama Syed hood itu.

Ketika itu saya cuba mengesan 'ideologi' insan yang berkata sedemikian untuk mengetahui 'ideologinya'. Akan tetapi, politik tetap politik. Kawan akan jadi lawan, dan lawan akan jadi kawan.


Sesuatu yang pasti dan terkeluar pada mulut seseorang ketika itu ialah 'media dilarang' membuat liputan terhadap program-program yang dilakukan oleh seorang insan yang dikatakan mempunyai potensi untuk menjadi calon di kawasan Parlimen Parit Sulong. Busuk dan jahat juga hati insan-insan di peringkat Bahagian itu.


Saya tidak mahu menulis panjang mengenai perbincangan yang dilakukan itu kerana saya yakin pasti akan ada yang terasa hati dengan penulisan ini. Kebenaran itu sesuatu yang pahit untuk diterima.


Hanya satu pesanan kepada semua UMNO Bahagian khususnya di dalam Daerah Batu Pahat, ingatlah bahawasanya kemenangan dan kepentingan parti lebih utama berbanding individu.


Kerusi Ahli Parlimen hanya ada satu sahaja dan kerusi itu menjadi tumpuan banyak orang. Jika hanya seorang insan terpilih mewakili parti, jangan pula insan-insan yang tidak terpilih itu cuba mengkhianati parti.


Genggam dan niatlah dengan sebenar-sebenarnya bahawa perjuangan ini demi AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU, TANAH AIR MALAYSIA..bukannya demi harTA, waniTA, takhTA...

9 ulasan:

  1. PROVOKASI DARIPADA PENULIS YANG DIRASUAH.

    BalasPadam
  2. Lebih la luu... Aku tau la org tu kwn kau, cakap xkenal konon... Nampak sangat penipu... Tak tau cerita sebenar jgn cakap, jadi fitnah je jdnya

    BalasPadam
  3. Penulis dengan si tiang tu memang kawan rapat..pi laaa..lu

    BalasPadam
  4. Sebilah Keris pada Bendera UMNO dan Dua bilah Keris di lambang UMNO menzahirkan sesuatu yang tersurat sahaja..jangan dipertikaikan...tak elok tu...

    BalasPadam
  5. UMNO gaduh yeh..yeh..UMNO gado yeh..yeh...tadbir..allah hu' akhbar

    BalasPadam
  6. Apa khabar kepada yang dikuala lumpur??????

    BalasPadam
  7. pada lambang ada 2 bilah keris..sampai kat bendera tinggal sebilah,nak tau sebilah lagi kat mana? dah jadi tiang bendera laa..macam org yang penulis kata tuu,penulis tak nampak ke kawan baik dia yang berdiri mcm tiang bendera tu ada keris bersama dia..nak main sorok2 pulak same2 dgn tiang bendera..

    BalasPadam
  8. org baik mmg selalu org tak suka... (apatah lagi parti yg baik...org politik mmg tak suka)

    BalasPadam
  9. Aku yg jatuhkan syed hood dulu tu sbb dia mungkir janji dgn aku bila dah menang.

    BalasPadam