Salam dan salam sejahtera.
Saya sekadar memerhati penulisan-penulisan di dalam blog seangkatan yang lebih menumpukan kepada isu BERSIH 3.0, skandal Azmin Ali dan pelbagai lagi.
Di sini saya tidak mahu memberi tumpuan kepada isu nasional, cukuplah sekadar memberi tumpuan kepada isu tempatan.
Daerah Batu Pahat, Johor.
Ya, Batu Pahat. Salah sebuah daerah yang terkenal dan pesat membangun di Negeri Johor.
Tahun lepas blog ini telah memberi tumpuan kepada daerah Batu Pahat. Di antara penulisan saya mengenai Batu Pahat ialah seperti, "Ohh Sri Gading dan Parit Sulong.." dan "Andaian& Teguran - Bakal Calon BN di Daerah Batu Pahat".
Terdapat juga pembaca yang berasa kurang senang dengan penulisan tersebut (baca ruangan komen). Sememangnya diakui bahawa kebenaran itu adalah sesuatu yang pahit untuk diterima.
Saya bersyukur kerana dua penulisan di atas telah menyebabkan beberapa pihak khususnya orang-orang UMNO membuka mata (seketika). Blog ini turut disebut-sebut di dalam Perhimpunan Agung UMNO oleh pihak-pihak yang tidak senang apabila namanya dinyatakan secara jelas (bukan semasa persidangan tetapi majlis makan malam rasanya).
Saya ingin mengulas sedikit mengenai perkara yang berkaitan dengan penulisan bertajuk "Ohh Sri Gading dan Parit Sulong.."
Baru-baru ini saya berada di Batu Pahat dan beberapa orang (orang politik, duduk sembang di meja kopi) bertanya kepada saya mengenai persepsi saya sebagai 'orang luar'. Soalan yang diajukan begitu mudah, iaitu mengenai calon-calon Barisan Nasional di dalam daerah Batu Pahat. Saya sekadar tersenyum kerana saya sudah mengulas panjang lebar di dalam blog ini tahun lepas.
Saya cuba untuk menjawab dengan jawapan yang terlalu umum iaitu "Semuanya ok dan rasanya penyandang sedia ada iaitu Parlimen Ayer Hitam, Sri Gading dan Batu Pahat akan terus kekal, kecuali Parit Sulong".
Ya, kecuali Parlimen Parit Sulong. Sebenarnya ini adalah jawapan spontan yang terkeluar daripada mulut saya. Mungkin ini disebabkan penulisan-penulisan sebelum ini telah mempengaruhi jawapan saya itu.
Pihak yang bertanya itu agak terkejut kerana mereka adalah orang di dalam UMNO Bahagian Parit Sulong itu sendiri dan juga merupakan 'orang kuat' di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong.
Justifikasi yang saya berikan begitu mudah. Secara logik akal juga boleh difikirkan jika mahu difikirkan. Saya yakin banyak pembaca khususnya orang di kawasan Parlimen Parit Sulong tahu mengenai perkara ini.
Untuk makluman para pembaca, saya hanya sekadar budak hingusan yang tiba-tiba diajukan soalan sedemikian dan sebagai budak hingusan rasanya saya perlu menjawab dengan jujur.
Saya yakin orang-orang di dalam kawasan Parlimen Parit Sulong tahu mengenai perkara ini. Tahu bahawa mereka akan mendapat Ahli Parlimen yang baru.
Y.B. Dato' Noraini Ahmad
Bukanlah saya hendak mengatakan bahawa Y.B. Dato' Noraini Ahmad tidak bagus tetapi seseorang pemimpin itu perlu selalu (jika tidak selalu maka perlulah kerap) mendampingi rakyat di kawasan Parlimen mereka.
Semasa saya duduk bersama beberapa orang kuat UMNO Bahagian Parit Sulong, mereka spontan menggelengkan kepala apabila disebut nama Ahli Parlimen Parit Sulong. "Aku tak pernah nampak suami dia..anak dia pun aku tak pernah tengok..", ini yang terpacul daripada mulut mereka.
Spontan saya menjawab, "Kalau orang dalam Bahagian pun tak pernah nampak apatah lagi saya orang luar..". (Berdasarkan perbualan).
Seperkara yang perlu diketahui bahawa jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguatkuasakan/mewajibkan supaya pemeriksaan kesihatan dilakukan kepada setiap calon yang ingin bertanding di dalam pilihan raya, saya yakin Parlimen Parit Sulong dan DUN Sri Medan akan mendapat wakil rakyat baru.
(Foto : Utusan Malaysia 25/3/2009)
Banyak pihak sudah mengetahui keadaan kesihatan Ahli Parlimen kawasan tersebut. Makluman yang baru diterima daripada salah seorang yang hadir ke program yang sepatutnya dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit Sulong ialah "Ahli Parlimen kita tak dapat datang, katanya demam sampai masuk wad..demam kok sampai masuk wad..(dengan nada jawanya).."
Kebenaran itu sememangnya pahit untuk diterima. Saya akui blog ini turut menjadi sumber beberapa pihak yang membuat laporan prestasi perkhidmatan setiap wakil rakyat. Saya tidak perlu nyatakan jawatan-jawatan yang mereka miliki.
Saya menulis di sini berdasarkan sumber yang diterima daripada dalam (akar umbi). Dalam politik sememangnya sukar mencari sahabat. Selagi seseorang itu memiliki kuasa maka tiada sesiapa pun berani mengatakan "Kalau dah tak larat tu tak payahlah nak bertanding lagi..". Ramai yang akan berkata sedemikian di belakang.
Saya mendoakan Y.B. Dato' Noraini Ahmad kembali sihat seperti sediakala.
Selepas ini blog ini akan memasuki fasa seterusnya bagi mengupas calon-calon Barisan Nasional di dalam daerah Batu Pahat.
Tulisan Andin berkaitan Ahlu ParlimenPt Sulong, YB Dato' N sangat bercelaru, salah dan kelihatan berniat jahat secara halus. Memang benar andin bukan hanya sekadar budak hingusan tetapi juga budak suruhan dan barua syed hood yg juga bermimpi utk menggantikan ahli parlimen sekarang. Inilah masalah UMNO dan pencacai-pencacai spr andin. Masih tak berubah.
BalasPadamSetahu saya dato' N adalah wakil rakyat yg paling banyak mempunyai programnya sendiri bukan hanya sekadar menghadiri jemputan. Dato N tidak hadir jemputan kerana dimasukkan ke wad boleh menunjukkan bhw beliau bekerja kuat dan pihak yg menjemput dato N jemput dato N kerana dato N boleh diharapkan tidak seperti ahli parlimen sebelum beliau yg walaupun duduk di istana batu pahat tetapi sangat jarang menjejak kaki emasnya di kampung-kampung. Itulah yg orang ramai dan pengundi dok cerita tentang mantan berbanding dgn dato N kini. Andin sangat salah. Teguran ini memang sangat pahit buat andin dan syed hood tetapi yg benar itu memang pahit. So andin, makan je lah yang pahit-pahit bersama-sama syed hood
tergelak seketika membaca komen oleh puak-puak yg tidak boleh ditegur. sekadar TANPA NAMA. agak terkesima seketika apabila dikaitkan dengan Syed Hood. rasanya saya lebih layak dikaitkan dengan Yb Ahmad Zahari kerana beliau lebih layak berada di kerusi Parlimen kerana sudah beberapa penggal berada di DUN.
BalasPadamdalam UMNO begitu ramai pencacai. termasuklah TANPA NAMA. begitu menyokong memBABI buta kerana hendak terus kekal mendapatkan projek-projek KRONI. barangkali TANPA NAMA merupakan KONTRAKTOR kelas A,B,C,D,E,F - zzzzzzz...hahaa
Secara jelas penulisan ini membuktikan bahawa UMNO Bahagian Parit Sulong mempunyai masalah serius. masing-masing berebut hendak menjadi calon. yg tua hendak terus kekal, yg uzur masih mahu mengekalkan kedudukan, yg mengadu domba pula terus 'menjilat pungkoq (kata orang utara) untuk projek-projek parti.
Ahli-ahli UMNO kini berjuang demi apa? Adakah demi agama, bangsa, atau tanah air seperti mana datuk nenek kita dulu? kebanyakkan ahli UMNO seperti TANPA NAMA kini hanya berjuang demi JAWATAN, WANG RINGGIT, PENGARUH....apabila pemimpin tertinggi turun barulah sama-sama turun menunjukkan muka..
Kritikan itu bukannya tentangan. Memuji itu tidak semestinya tanda sokongan. Menegur itu bukannya kebencian. Wujudnya perbezaan, tetap akan wujud titik persamaan.. Berfikir secara rasional ketepikan perasaan emosional.. *HAK MENGATASI YANG BATHIL..jangan emosi bro...
BalasPadamUMNO gaduh yeh..yeh..UMNO gado yeh..yeh...tadbir..allah hu' akhbar
BalasPadamBodoh tak habis habis, tanah tergadai tak tau cina kena lenyek onleh inggris tak serah hong kong, cuma bagi pinjam 100tahun saja, mu memang bodoh tak habis habs. ia, gi mbil balik temasik lah, lebih baik dok baloh
BalasPadamDari apa yang diperhatikan (kat Seri Medan), YB Dato' Noraini ni selalu je muncul dan wujud. Bukan setakat program2 besar, tapi kalau ada kenduri kahwin or kematian pun beliau hadir (Kadang-kadang aku sendiri xsedar yang aku salam tu YB). Sakit tu memang xnafilah, tapi aje je walau berkerusi roda..
BalasPadamnow mcm mana admin....Dato N masih sebagai MP Pt Sulong...any komen....
BalasPadamKerap Dato noraini kat pt sulong.rajin juga masuk kampung,program menyusur akar kalau tak silap.pt.sulong tu besar,kalau tak nampak dekat kampung A mungkin kat kampung B..
BalasPadamDr Noraini no cukup solid!
BalasPadamDia sesuai lakon gangbang dimana dia telanjang dengan 5-6 lelaki dan dijolok di mulut, cipap & dubur.
Aku rela peristerikan dia selepas itu