Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shazni Munir Mohd Ithnin mendakwa pegawai kementerian pengajian tinggi bersama anggota polis menyerbu pusat gerakan mahasiswa di Bagan Pinang pagi ini.
SMM mendirikan pusat tersebut - yang merupakan sebuah kanopi yang didirikan di tepi jalan di Batu 6 ½ ,Jalan Pantai Teluk Kemang - untuk membawa isu bantahan e-undi dalam pemilihan kampus, sewaktu kempen pilihanraya kecil di situ.
Beliau yang tidak berada di situ, dimaklulmkan bahawa pegawai berkenaan, tiba di pusat tersebut pada jam 10.30 pagi.
Kanopi tersebut terletak tidak jauh dari bilik gerakan pilihanraya PAS di situ.
Kakitangan kementerian tersebut, katanya, turut memperkenalkan diri mereka kepada pekerja parti di situ.
Shahni berkata, dia dimaklumkan, apabila menyedari kehadiran mereka, tiga anggota SMM beredar dari pusat itu, dan memerhati dari jauh.
Shazni kata, mereka ternampak pegawai berkenaan bertanya kepada peniaga dekat situ mengenai pusat mahasiswa tersebut.
Katanya, pagi ini, SMM bercadang untuk mengedarkan risalah berhubung bantahan terhadap e-undi sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Berikutan itu, katanya, SMM menangguhkan sementara itu rancangannya untuk mengedarkan risalah tersebut di Bagan Pinang.
"Saya dimaklumkan bahawa mereka berada di pusat itu selama kira-kira sejam sebelum beredar dari situ," katanya.
(Malaysiakini)
Salam semua..
Mahasiswa semakin mengganas. Menteri Pangajian Tinggi kini semakin mudah dipermain-mainkan oleh mereka yang ingin memegang tampuk kekuasaan. Buatlah apa jua program maka golongan-golongan yang senada dengan mereka inilah yang akan membantahnya.
Kenapa bantahan e-undi dalam PRKampus diadakan di PRKecil Bagan Pinang? Suasana di sana sudah cukup hangat, tak payahlah nak menyibuk. Jangan terikut-ikut dengan budaya di luar sana. Bantahan tak perlu dilakukan di Bagan Pinang, jika perlu buatlah bantahan secara berani dengan berdepan secara bersemuka dengan pihak menteri. Mengapa jadi pengecut?
Mengedar risalah mengenai bantahan terhadap e-undi di Bagan Pinang adalah satu pembaziran. Kebodohan yang jelas terpancar ialah adakah pengundi Bagan Pinang turut serta dalam pengundian di kampus? Atau adakah taktik ini sebagai salah satu untuk membantu PAS dalam PRKecil tersebut?
Adalah lebih elok wang yang digunakan untuk mencetak risalah itu mereka gunakan untuk membantu golongan yang benar-benar memerlukan. Di universiti pun ada pelajar yang memerlukan bantuan. Jika tidak pun gunalah wang tersebut untuk membantu mangsa gempa bumi di Indonesia. (cadangan je..tak nak buat pun tak apa..)
Sudah jelas golongan-golongan ini semakin kemaruk kuasa. Adakah golongan seperti ini wujud di USM? Fikif-fikirkanlah..
Pasal e-undi tu aku memang tak setuju. Tak ada bukti ia akan telus. Siapa yang kawal server, dia akan control undi. Internet dan komputer ni ramai yang boleh jadi hacker.
BalasPadamTentang mahasiswa yang berkempen di Bagan Pinang tu, diorang dah tahu benda tu salah dan of course diorang tahu dan kena terima kalau ada tindakan. Pandai buat pandai tanggung la. Tapi aku tak bantah, sebab tu demokrasi. Kenapa budak-budak kecil boleh je berkempen untuk BN dan PAS semasa pilihanraya?
Kenapa mahasiswa jadi satu isu yang salah. Mungkin kita percaya bahawa budak kecil hanya sekadar boleh diperguna. Diorang mungkin tak ada kemampuan untuk lawan balik. Mahasiswa lain.
Aku dengar-dengar kos untuk laksanakan e-undi tu sangat mahal sampai mencecah 230 ribu. Dekat UM perbentangan untuk belanjawan e-undi pun tak dibentangkan sebab HEP ragu-ragu nak bentangkan.
BalasPadamKalau betul kos sampai banyak tu, apa kata baik kerajaan guna duit tu untuk tampung kebajikan pelajar, guna duit tu untuk bantu ramai lagi orang miskin, bantu saudara kita kat Indonesia ke. Ada faedah juga. Jangan membazir.
Agak-agak geng SMM ni tak dak assignment kot, tu yang dok menyibuk kat Bagan Pinang heh...
BalasPadamKalau aku gila tak pegi, mengabihkan boreh ajo!
Anyway, pasal e-undi tu tak patut la. Tak telus, boleh mendatangkan fitnah. Ini dunia semata-mata!
Menjawab soalan syukri tadi,bagi aku,bebudak ni memang pengecut sebab tak nak bantah depan menteri.Diaorang tak cukup radikal..Hahahaha..
BalasPadamYup..e-undi memang mengarut.Aku tau la skunk zaman semua guna online..Tapi agak-agak la..Takkan nak semua online?Dah la system dia hampeh..Asyik error jek.Lagi teruk dari manual.Risiko penipuan undi pun tinggi..Mencari publisiti murahan..
SMM tu Sekolah Memandu Machang ke? Diorang bukan tak ada assignment, tapi diorang extend ambil Ko-K je.. Tak banyak kerja sangat la.
BalasPadamMesti ada student yang setuju dengan e-undi..
Diorang tak pengecut sangat. Tengok nilai murni yang terdapat dalam tindakan diorang iaitu berani. Diorang tahu bahawa berkempen macam tu adalah salah, tapi diorang buat juga. Maknanya diorang berani melawan peraturan.
BalasPadamTindakan diorang je yang kurang tepat. Diorang tak tahu dimana tempat yang patut sebenarnya diorang protest. Sama la juga situasi marah pada ayam gorang khaleel yang mahal, tapi tak pula pergi protest pada mamak tu.
ini semua dunia semata-mata!!! hangpa dah mula nak guna ayat ni nampaknya..
BalasPadamaku sendiri sebenarnya tak berapa setuju dalam hal e-undi ni..betul la kata mr.din yg kos e-undi memang mahal dan mudah berlaku penyelewengan. tiada lagi kerahsiaan dalam mengundi jika setiap pengundi perlu memasukkan nombor matrik masing2 sebelum mengundi. (mungkin macam tu la..)
mungkin betul jugak apa yg Nox cakap, depa ni mungkin tak ada asgment..tapi mana la kita tahu yg depa ni mungkin tengah praktikal kat sana.
budak2 sekolah yg kempen kat sana tak guna nama "SEKOLAH" atau "PELAJAR SEKOLAH", macam SMM ni depa siap bubuh kat khemah "PUSAT GERAKAN MAHASISWA". dah tahu kita mahasiswa ni dikekang oleh AUKU buat apa nak lawan? Berani ke depa ni? bila pegawai dari kementerian datang depa lari jugak..mana yg beraninya? kecut habis..
SMM tu Solidariti Mahasiswa Malaysia tak ada kena mengena dengan Machang..
lebih elok berbincang secara berdepan kerana disitu dapat dilihat keberanian yg sebenar dalam mempertahankan hujah..pihak yg mempunyai kuasa memiliki hujah mereka sendiri dalam mengenalkan & mempertahankan e-undi manakala pihak SMM yg membangkang juga mempunyai hujah untuk membangkang..tiada siapa yg untung jika pertikaian hanya diadakan di media massa sahaja..yg untung cuma media la sebab dapat berita.
kalau ikut aku lagi elok undian dibuat melalui SMS..yg menang kita akan gelar mereka sebagai RAJA SMS untuk mengantikan MAWI yg dah jatuh menjunam bersama ikin.. (alamak blog aku ni tak ada kisah artis ok..tu semua dunia hiburan semata-mata..)