Followers

Khamis, Oktober 08, 2009

Sejarah itu sensitif??

Satu seminar berkaitan sejarah telah diadakan di Dewan Budaya USM pada 8 Oktober 2009, hari Khamis. Tajuk seminar tersebut ialah "Seminar Kebangsaan Sejarah Malaysia : Di Mana Kebenarannya?".

Seminar tersebut dianjurkan oleh Bahagian Sejarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM dan atas kerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara.

Pihak penganjur telah menghebahkan program atau seminar ini melalui banner yang dipasang ditempat-tempat yang strategik dengan menggunakan ayat yang agak menarik. Selain itu pihak penganjur turut menyebarkan risalah bagi menghebahkan program tersebut.

Bayaran sebanyak RM30.00, RM50.00 dan RM100.00 dikenakan. Para pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM30.00.

Saya cukup tertarik membaca iklan yang terpampang di papan kenyataan di PP Sains Kemasyarakatan, akan tetapi rasa keberatan apabila melihat bayaran yang dikenakan itu. RM30 boleh buat makan untuk beberapa hari tu.. Tapi selepas difikir-fikirkan, ilmu itu lebih penting dan peluang ini bukannya selalu ada depan kita, maka saya pun mendaftarkan diri untuk turut serta dalam program ni. Ponteng kelas Dr. Loh Koh Wah..

Para pembentang kertas kerja sesi pertama di seminar tersebut nyata tidak membuatkan para pendengar mengantuk. Pembentang kertas kerja tersebut antaranya ialah Prof. Dato' Abu Talib Ahmad (Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan), Prof. Dato' Nik Anuar Nik Mahmud (UKM), Prof Madya Hj. Abdul Rahman Hj. Ismail (PPIK), Prof. Madya Dr. Danny Wong Tze (UM), Prof. Dr. Ooi Keat Gin (PPIK) dan dipengerusikan oleh Dr. Nik Haslinda Nik Hussein (PPIK).

Pada sesi yang kedua pula para pembentang ialah Dr. Ishak Saat (PPJarak Jauh), Dr. Azmi Ariffin (PPIK), Encik Mohd. Akbal Abdullah (UTHM), Dr. Anbalakan Kailasam (PPIK) dan dipengerusikan oleh Prof. Ooi Keat Gin.

Seminar bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah bayaran yang dikenakan itu agak mahal tetapi dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi dan makanan yang disediakan itu memang berbaloi. Sejarah yang kita semua pelajari hari ini sebenarnya memang bahan sejarah, akan tetapi apa yang dipelajari selama ini tidak menceritakan sejarah yang sebenarnya. Ada sejarah yang tidak diceritakan. Saya tidak akan menceritakan perkara tersebut di sini kerana ianya agak sensitif.
SEJARAH ITU ADALAH PERKARA YANG SENSITIF.. Inilah yang diperkatakan oleh salah seorang ahli panel.

Peluang seperti ini amat sukar untuk ditemui. Apa yang menjadi persoalan dibenak fikiran saya ialah mengapa para pelajar yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi tidak mahu merebut peluang ini? Mungkin ada kuliah, bayaran mahal, tak minat, sejarah cerita yang membosankan, dan seribu macam alasan lagi. Hal ini jelas dapat dilihat semasa di Dewan Budaya mungkin hanya kerusi penonton di tengah-tengah sahaja yang penuh jika semua penonton disatukan dalam satu baris yang sama. Amat mengecewakan jika hendak dibandingkan dengan konsert nyanyian.. Saya andaikan kehadiran mungkin hanya 2/5 sahaja yang memenuhi Dewan Budaya tersebut..

Seperkara yang saya tidak puas hati semasa seminar tersebut ialah terdapat dua pelajar yang duduk dibelakang saya asyik bercakap sehinggalah habis sesi yang pertama. Sungguh memalukan apabila beberapa orang guru memandang kebelakang untuk melihat siapa yang berbual tanpa henti itu. Para pembentang kertas kerja membentang kertas kerja di hadapan mereka berdua pula membentang kertas kerja dibelakang. Pelajar tersebut merupakan bakal pendidik yang kini sedang belajar di tahun empat UPSI. Oooohhhhh bakal cikgu rupanya.. Bukan apa, kita datang nak dengar pembentangan tapi mereka ni pula yang bentang kertas kerja secara peribadi. Yang buat saya tak selesa tu ialah dia cakap bahasa Cina, saya dah la tak faham..

Apa-apa pun secara peribadi saya berpuas hati dengan seminar ini. Apa yang kita tidak ketahui selama ini telah dicungkil di dalam seminar ini. Terima kasih kepada Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Dr. Nik Haslinda Nik Hussein yang telah memberikan dorongan pelajar minor untuk turut serta dalam seminar tersebut.

DIMANAKAH KEBENARANNYA???

4 ulasan:

  1. Selain dari sensitif, sejarah ini juga subjektif sifatnya. Masing-masing ada intrepretasi tersendiri.

    Oleh itu, jangan jadi buta sejarah. Orang yang jahil sejarah akarnya mudah dicabut, mudah jadi pak turut.

    BalasPadam
  2. Orang tak suka sejarah itu merupakan orang bodoh dan sentiasa lupa dengan asal-usulnya.Ingat!Tanpa sejarah,maka tidak adalah apa kita ada sekarang.Ye,ada pepatah lama berbunyi "barang yang lepas jangan dikenang".Maksud pepatah ini bukan bererti sejarah harus dilupakan tetapi ia janganlah selalu diingati kerana mampu memjejaskan diri.

    Sejarah itu sebagai panduan dan sempadan dalam hidup kita.Ingat!Tiada sejarah,tiada diri kita sekarang!

    BalasPadam
  3. orang yg jahil sejarah dan tidak menjadikan sejarah itu sebagai panduan maka mereka akan mengulangi sejarah itu semula..

    bagaimana cara untuk tidak mengulangi semula sejarah2 yang negatif itu? caranya kita perlu mempelajari sejarah itu sendiri dan dijadikan garis sempadan untuk tidak mengulanginya.

    kaji dan teliti apakah kesilapan yg telah dilakukan oleh mereka pada masa lalu supaya kita tidak mengulanginya. jika kejayaan boleh dilakukan masa lalu mengapa tidak diulangi masa kini?

    BalasPadam