Followers

Rabu, Oktober 14, 2009

Suruhanjaya Khas..

Suruhanjaya khas pantau gejala fitnah laman web, blog

14/10/2009 5:15pm

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Perwakilan Puteri UMNO Kedah hari ini mencadangkan parti itu menubuhkan satu suruhanjaya khas siber bagi memantau laman web dan blog secara lebih serius supaya penyebaran gejala fitnah dapat dibendung.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Kedah, Norashimah Md. Nowar berkata, gejala fitnah di kalangan pengendali laman web dan blog semakin berleluasa sehingga mencemarkan imej negara sebagai sebuah negara Islam.

"Ia bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah ia bertentangan dengan ajaran agama Islam yang sebenar.

"Melalui penubuhan suruhanjaya tersebut, kita berharap identiti penulis laman web dan blog dapat dikesan untuk di bawa kemuka pengadilan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahas usul cadangan dasar Ketua Puteri UMNO pada Perhimpunan Agung Tahunan Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Menurut Norashimah, penggunaan laman web dan blog harus dimanfaatkan dengan sebaiknya terutamanya generasi muda yang bakal memimpin negara. - Utusan

*************************************************************

Salam Aspirasi kepada Mahasiswa/i dan para pembaca semua..

Saya selaku penulis blog sambilan dan tidak membuat keuntungan melalui blog ini merasakan bahawa cadangan penubuhan suruhanjaya khas bagi memantau blog-blog adalah tindakan yang rasional.

Hari ini kita dapat membaca pelbagai jenis blog yang dihasilkan penulisannya oleh individu mahupun kumpulan yang tidak dikenali. Mereka menggunakan nama samaran dan adakalanya menggunakan kebebasan itu untuk menyebarkan fitnah serta menghina pihak lain.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai blog, jika cadangan ini diterima maka kita kena berhati-hati dengan penulisan yang dihasilkan supaya tidak terjebak kepada penulisan yang berunsurkan fitnah dan jahat.

Ini pandangan saya..apa pula pandangan anda?

8 ulasan:

  1. Blog yg memfitnah memang tak patut la.. Nak tulis kena ada fakta...Baru betul..Kalau taknak tulis yang ada fakta pun, tulis pasal cinta-cinta atau rindu-rindu, sebab benda tu abstract sikit.. hehehe.. Memang nak pantau blog fitnah je ke? hah.. lepas ni semua blogers kena letak lambang "1 Malaysia" dalam blog..
    hehe..gurau je...

    BalasPadam
  2. pantau yg fitnah dah la..lagi satu pantau yg tak senonoh tu..blog2 macam kita tak payah pantau pun tak apa sebab kita sendiri dah pantau antara satu sama lain..

    aku bubuh "1 Malaysia" tu sebab aku ni penyokong Aspirasi Kerajaan..kalau Kerajaan Langit Ayah Pin ok dan dia ada logo macam tu pun aku bubuh kat blog ni..

    BalasPadam
  3. Bagi aku, kebebasan blogging ni perlu disertai dengan kebebasab mengambil tanggungjawab. Kita bertanggungjawab atas apa yang kita tulis.

    Aku kurang selesa dengan anjuran seperti ini, bagi aku ini langkah anti-intelektual.

    Tetapi, mereka yang tidak bertanggungjawab, menyebarkan fitnah pun anti-intelektual. Bak kata Allahyarham Prof. Syed Hussein al-Attas, ini gejala bebalisme.

    BalasPadam
  4. memang bebal pun..bertanggungjawablah dengan apa yang ditulis. ni tak, dia main hentam je ikut suka hati laki tiri mak dia..lepas tu tak tahu siapa pun blog..

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Salah eja td.Ni yang baru betul.Bebal tak kena tempat.Mahu hasilkan impak tapi impak yang dihasilkan itu mendatangkan kemusnahan,permusuhan dan "KUCAR-KACIR" disamping membuatkan hidup "Tak sentosa lagi hidup kita".
    Ibarat baling batu sembunyi tangan dan suka makan nangka,orang lain kena getahnya.
    Yang benar tetap benar,yang salah tetap salah,
    kenapa yang benar mahu ditidakkan,kenapa yang salah mahu dibenarkan.

    BalasPadam
  7. ye betul tu..

    kemenangan akan berpihak kepada mereka yg benar..tapi siapa yg benar?

    BalasPadam