Followers

Rabu, Oktober 28, 2009

Sikap atau tabiat???

Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Minggu Mengulangkaji..

Sikap atau tabiat???

Anda fikirkanlah..



Salah siapa? Sebenarnya dalam perkara ini semua pihak salah. Bermula daripada pihak pengeluar produk sehinggalah pengguna akhir produk.

Apabila kita menegur mereka yang melakukan hal seperti ini lazimnya mereka akan menjawab "Saya bayar cukai, duit tu gunalah untuk bersihkan sampah yang saya buang..". Lagi satu ayat power, "Kalau aku tak buang sampah merata-rata nanti ada orang tak ada kerja pulak..". Kalau dah dapat ayat maut macam ni tak payah nak layan lagi la orang tu..

Pemuda ini terkejut melihat sampah..ini bukan kejutan budaya tetapi kejutan sampah.. Bayangkanlah apa akan terjadi jika orang tua yang berpenyakit kronik berada dalam situasi pemuda ini..

Inilah mentaliti dunia ke-3..

4 ulasan:

  1. Pemuda itu walaupun terkejut, tapi nampak macho.. kah..kah..kah...tak dapat dinafikan lagi..

    BalasPadam
  2. yelah tu..walaupun bergambar dengan sampah tapi penampilan tetap dijaga..

    BalasPadam
  3. Benar sekali..Kalau tak silap aku dan memang tak silap pun,gambar yang diambil ini berdekatan dengan Kompleks pentadbiran kerajaan negeri di utara semenanjung tanah melayu.
    Kalau dapat ayat yang sedemikian,apa kata kita sumbat orang yang macam ni ke dalam tong sampah kerana mereka pun sampah.Hahaha
    pemuda itu terkejut kerana sampah dibuang merata-rata di negeri kelahirannya.

    BalasPadam
  4. memang tak silap pun..

    aku tak setuju kita sumbat orang tu dalam tong sampah..kenapa? sebab tong sampah dah penuh..

    aku tak pasti pemuda dalam gambar tu orang kelahiran negeri tu atau negeri dikir barat..

    BalasPadam