Followers

Sabtu, Oktober 31, 2009

Budaya membaca akhbar..

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..

Minggu mengulangkaji adalah minggu yang amat memeningkan, berbeza dengan hari-hari biasa. Suka atau pun tidak, memang kena ulang dan kaji apa yang telah dipelajari selama hampir satu semester ini.

Walaupun pening sebab mengulangkaji tapi masih ada masa untuk baca blog sendiri dan blog-blog lain. Pelik sungguh diriku ini..

Habis saja baca SPU318E Kerajaan Demokratik, saya dapat idea untuk dimasukkan ke dalam blog ini. Apa tajuknya? Mestilah ada kaitan dengan membaca..

Membaca.. Lazimnya budaya membaca sukar dipisahkan dengan mereka yang masih belajar. Orang tua yang dah pencen pun suka membaca juga. Budaya membaca ini sememangnya sinonim dengan kita yang bergelar pelajar.

Saya teringat kata-kata daripada pensyarah Sains Politik iaitu Dr. Zaini Abu Bakar, beliau mengatakan bahawa membaca itu tidak semestinya membaca buku, tetapi melihat perbuatan mahupun duduk memerhati tingkahlaku orang lain itu juga boleh dikatakan sebagai membaca.. Bukannya membaca buku tetapi membaca perkara yang lain.

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah kepentingan kita sebagai pelajar khasnya untuk membaca akhbar. Buku itu semestinya di baca, tetapi akhbar juga perlu dibaca supaya kita mengetahui isu-isu semasa yang terjadi.

Maafkan saya sekiranya saya mengatakan bahawa ramai dalam kalangan pelajar universiti amat ketandusan kefahaman mengenai isu-isu semasa yang terjadi. Apa yang mereka gemari hanyalah berkenaan gosip-gosip para artis berbanding isu-isu semasa negara dan dunia.

Apabila ditanya mengapakah mereka tidak membaca akhbar, mereka akan menjawab "tidak minat..", itu sajalah jawapan yang paling popular setakat ini.

Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, Star, New Straits Times, Sinar Harian dan sebagainya merupakan akhbar-akhbar yang menyiarkan berita negara dan luar negara. Bukan mahal pun harganya cuma RM1.50 dan RM2.00 untuk hari Ahad. Kalau tidak mampu, boleh baca akhbar-akhbar ini di internet. Kini semuanya di hujung jari anda.

"Ala..surat khabar tu semua kerajaan BN yang kawal, semua cerita dia orang..". Memanglah cerita mereka sebab perlu untuk menyebarkan dasar-dasar mereka. Kalau hendak berita mengenai pembangkang anda boleh beli akhbar Harakah dan sebagainya. Kalau dah tak nak baca cakaplah tak nak baca, tak perlu nak berdalih..

Bapa saya mengajar saya membaca surat khabar sejak sekolah rendah lagi. Sejak itu jika saya tidak membaca akhbar dalam sehari umpamanya saya rasa macam 'bodoh' sebab tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar. "Jangan nak baca intisari rancangan je..." inilah yang bapa saya selalu pesan.

Jadikanlah budaya membaca akhbar ini sebagai amalan bagi menambah ilmu pengetahuan. Jika membuat karangan atau esei itu InsyaAllah maklumat yang diperolehi akan membantu kita.

Contohilah sebahagian rakyat negara Jepun dan Korea Selatan, semasa berada di dalam kereta api atau tren mereka menggunakan masa tersebut dengan membaca akhbar ataupun buku. Kita? "Alaahhhh..peninglah kepala bila membaca dalam kenderaan yang bergerak..". Inilah yang selalu kita dengar.

Saya dalam bas bolehlah membaca tapi dalam kereta tak boleh. Kalau dalam bas senang sebab bukan saya yang memandu bas tu, jadi bolehlah membaca..

*Akhbar - Berita Harian - hanya sekadar hiasan.

**Blog ini bukan ditaja oleh Berita Harian.

26 ulasan:

  1. Syuk,nampaknya ada satu gambar tu sudah diedit supaya tidak menampakkan gambar jejaka romantis..Hahaha

    Budaya membaca? Itulah kelemahan masyarakat malaysia. Mereka lebih rela menonton Akademi Fantasia dan menghabiskan wang beribu-ribu ringgit mengundi artis kelas bawahan yang tidak berbakat berbanding untuk membeli akhbar yang berharga Rm1.50-2.00..

    Bukan internet layan facebook dari buka wikipedia(kalau buka pun untuk cari maklumat yang perlu sahaja untuk buat tugasan terutama dikalangan pelajar universiti.)

    Jam 8 malam merupakan masa yang paling afdal untuk menonton berita tapi asyik menonton rancangan macam-macam aznil dan raja lawak yang sudah diulang beratus kali.

    Hiburan itu penting juga tapi hidup bergantung kepada hiburan sahaja buat apa. Sampai apa yang berlaku pada 13 mei 1969 pun ada dikalangan rakyat negara ini yang tidak tahu apa yang berlaku.

    Sudahlah,syukri..Fiqiran kita,fiqiran orang tua... Ada orang nak peduli?Hahaha

    BalasPadam
  2. segak berkemeja..

    1st time tgk remie berkemeja kah3....

    saya dr kecik memang minat membaca sbb mak sy sendiri librian...

    so kami dibesarkan dgn buku2...

    dan terbukti secara sahih bahawa kelajuan saya membaca ada lah lbh laju dr orang lain..

    tp nk baca nota nk exam lembab hahaha...

    BalasPadam
  3. ini bukan cara orang tua berfikir tapi cara untuk mendapatkan maklumat..orang tua pun ada jugak yg masih gila dengan hiburan..

    aku sendiri terkilan bila waktu yg afdal pukul 8 malam tu patutnya tengok berita Buletin Utama atau Berita Perdana tapi ada jugak yg suka tengok hiburan yg tak ada faedah..hiburan tu janganlah terlalu banyak sangat, ala kadar sudah la..

    aku pernah makan kat kedai orang melayu, masa tu memang masa siaran berita..tapi mungkin disebabkan ada masalah teknikal (masalah tv kot..) jadi siaran berita TV1 dengan TV3 tak dapat..nak tahu apa berita kami tengok masa tu? berita mandarin la apa lagi..walaupun tak faham tapi bila tengok gambar kat tv tu muka pun jadi serius macam faham je..

    BalasPadam
  4. elok la macam tu gadis KamDar sebab budaya membaca diasuh sejak dulu lagi..

    harus diingat ye gadis KamDar, kelajuan itu tidak elok kerana boleh membawa maut..hati2lah dan prihatinlah dengan kadar had laju lebuhraya negara kita..

    benda yg elok biasanya memang banyak halangan..

    BalasPadam
  5. lupa pulak..gambar jejaka tu terpaksa dibuang supaya tidak mencetuskan kontroversi..

    walaupun aksi jejaka itu hanyalah sebagai penghargaan ikhlasnya kepada bunga raya tetapi terpaksa di buang supaya tidak memalukan persatuan2 bunga raya sedunia..

    BalasPadam
  6. utk pengetahuan harian metro dan kosmo! bukan akhbar arus perdana...

    klu nk ilmiah bleh bc utusan malaysia, berita harian atau nst. x dinafikan akhbar arus perdana memang memihak kepada kerajaan.

    klu nk akhbar yg neutral rajin2 kan diri bc the sun.

    klu nk bc kisah pelik2 cm sejadah berdiri la, api tibe2 muncul la, toyol dlm botol la, kisah seks pelajar la, seks si polan tu si polan ni, bc harian metro. sbb tu metro akhbar no. 1 di Malaysia. (kebanyakan org kite ske bc bnde2 picisan)

    kerajan dh bg permit kpd akhbar pembangkang...harakah, suara keadilan, siasah, wasilah...ntah ape lg ntah...so kite ade pilihan...sumber alternatif ada, baca, bandingkan dan tafsir.

    yg penting kena rajin membaca...klu nk membaca kelakuan manusia tu lain crite la...tu falsafah Dr. Zaini. tp btul jgk ape dy ckp tu.

    BalasPadam
  7. tersilap daaa..

    teguran anda diterima..

    terima kasih

    BalasPadam
  8. Kah..kah..kah... Untuk pengetahuan, gua bukan duta atau model untuk akhbar berita harian yang gua pegang tu. Gua saja pegang sesuatu untuk menambahkan keyakinan gua ketika bergambar. Berita harian tak bayar kat gua pun gua pegang akhbar tu.hahaha...

    Alhamdulillah ko edit gambar tu, mampus gua kalau ko tak edit, nanti nanti ramai plak perempuan yang cari gua. kalau gadis KanDar xpe!Gua tak kisah! KAH! KAH! KAH! KAH!KAH!

    Gua setuju juga dengan pendapat aziz. Jangan hanya baca surat khabar yang satu aliran sahaja, baca dari semua sumber. Macam Robert Dahl cakap. "How can citizens acquire the information they need in order to understand the issue if the government controls all the important sources of informations? Or, for that matter, if any single group enjoys a monopoly in providing informations? Citizen must have access, then, to alternative or dominated by any other group of point of view"

    Bab harian metro ni, kalau ko nak cari berita pasal seluar dalam berdiri dan berjalan sendiri masuk tesco bleh la.

    Gua chow dulu!

    BalasPadam
  9. rasanya belum ada berita pasal seluar dalam berdiri..berita pasal ko merepek banyak la..

    ko mcm cabar aku masukan gmbar tu je..xpe2 aku akan pertimbangkan..

    BalasPadam
  10. Remie, Gua agak kurang setuju dengan persamaan pemikiran orang tua. Sejarah telah membuktikan bahawa orang muda yang telah banyak membawa perubahan pemikiran. Orang mudalah yang mula dan ramai menjelajah dunia. Mussolini sudah jadi pemimpin pada usia 39 tahun. Arnesto Che Guevara sudah jadi revolusioner dan mengembara bersama Fidel Castro masa dia masih belajar lagi.

    Tapi gua tak nafikan juga peranan dan budi orang tua zaman sekarang. Orang tua yang jadi pemimpin pada hari ini asalnya muda pada zaman dahulu. Tapi alangkah malangnya, ramai orang tua sekarang yang jadi pemimpin telah mempergunakan jiwa dan pemikiran anak muda zaman sekarang. Jiwa dan pemikiran mudalah yang masih fresh.

    GUA TAK NAK JADI ORANG MUDA YANG DAH DITUAKAN PEMIKIRANNYA SEBELUM SAMPAI UMUR TUA! GUA ULANG, GUA TAK NAK JADI ORANG MUDA YANG DAH DITUAKAN PEMIKIRANNYA SEBELUM SAMPAI UMUR TUA!

    BalasPadam
  11. Remie, bila pemikiran kita sudah banyak ditaburkan dengan hiburan, gelak ketawa yang berlebihan, dan kita pun sudah mabuk dengan hiburan yang melampau, maka senanglah untuk orang manipulasikan dan eksploitasikan pemikiran kita.

    Kita akan jadi tukang hangguk dan tukang jerit je(Bak kata Syed Hussin Alatas kepada pemikir Islam zaman sekarang yang anti tamadun barat). Bila pemikiran kita dah dikontrol, maka kita akan dihalang utnuk mempersoalkan sesuatu isu. Jadi sampai bila kita nak maju???

    BalasPadam
  12. en.izzuddin dan en.remie mempunyai hujah yg bernas nampaknya..kita akan sambung program debat perdana ini di ruang & waktu yg berlainan iaitu di persidangan meja bulat (biasanya meja 4 segi) dengan diiringi teh tarik, teh ais dan air limau suam..

    nampaknya kita bersetuju bahawa pemikiran atau budaya 'kita' ini adalah budaya orang muda dan bukannya budaya orang tua..kerana orang tua juga pernah menjadi muda suatu masa dulu..

    persoalannya ialah semasa mereka (mussolini, che guevara, castro dll) muda, siapakah yg mempengaruhi mereka? sudah tentulah bukannya kanak2 atau bayi yg baru lahir..pemikiran dan budaya serta sikap mereka ini dibentuk atau dipengaruhi oleh pihak yg lebih tua daripada mereka.

    orang muda tetapi pemikiran tua..cantik ayat yg diolah oleh en.izzuddin, kena patenkan tu.. pemikiran tidak akan tua kerana pemikiran lazimnya akan berubah menjadi rasional atau tidak rasional..

    biarlah menjadi orang muda yg berfikiran MATANG.. pemikiran perlu dimatangkan kerana kita tidak tahu sama ada sempat atau tidak menjengah usia tua..

    BalasPadam
  13. Hahaha..Gua tau semua,Din..Waa!Best gak cakap macam ni... Aku bukan apa beb,aku tengok orang anggap kita ni fiqir macam orang tua.. Macam tak tau nak enjoy sebab kita ni masih muda yang baru berusia 21 tahun..Kita duk sibuk cakap pasal politik, cakap pasal kemanusian, buku, ilmu dan senario yang berlaku di sekeliling kita.Bukan mahu takbur dan angkuh la.Sebagai contoh jek.Kalau salah,maafkan aku la..

    Aku akui betol kata ko tu,tak salah pun.. Tapi ko mesti tahu kenapa aku cakap macam tu?Hehehe
    Yang tersiratnya..

    Mind control? Entah la din... Kita kata tak maju, tapi orang lain kata maju. Kita maju dari kebendaan. Tapi rohani dan jiwa kita belum..
    Kemajuan yang kosong..

    Ibarat kotak hadiah yang mahal tapi isinya kosong..

    BalasPadam
  14. kotak hadiah yg mahal? yg penting "KITA MESTI IKHLAS.." (ikut cara adenan ye..)

    BalasPadam
  15. Saya tak kata semua pemikiran orang tua tak baik. Sememangnya kita belajar dari orang yang lebih berpengalaman daripada kita. Nak belajar, tak semestinya hanya dari orang tua, pendapat dan tunjuk ajar dari orang muda juga harus diambil jika sesuai.

    Tapi malangnya ramai golongan tua terutamanya ahli politik yang dah eksploitasi pemikiran orang muda hanya untuk kepentingan peribadi. Kebanyakan pemimpin politik yang dah berumur ni akan fikirkan bagaimana nak buat orang muda setuju bulat-bulat idea mereka tanpa wujudnya proses dialektik. Kalau bersuara sedikit contohnya, akan dikenakan ISA. Aku pernah dengar seorang pelajar sehingga takut untuk sebut perkataan "demokrasi" dan "reformasi" takut kena marah kat jurulatih BTN. Apa sebenarnya dah terjadi Syukri?

    saya tak nafikan banyak idea golongan berumur ni saya ambil dan saya nilai. Tapi saya hanya pertikaikan tentang golongan yang berumur ni yang ramai mahu sekat pemikiran kritis orang muda untuk jaga duit poket masing-masing.

    Che Guevara dan para revolusioner lain juga belajar daripada persekitaran yang wujud disekelilingnya. Bagaimana golongan Fascist seperti Fulgencio Batista mewujudkan tekanan kepada rakyat Cuba. Kesedaran tentang penindasan inilah menyebabkan mereka bangkit menentang.

    BalasPadam
  16. Aku faham apa maksud ko mengenai maksud tersirat tu. Back to the main point, senang je nak faham, "kita jangan hanya membaca untuk peperiksaan, kerana membaca untuk peperiksaan akan menyebabkan kita menghafal dan bukannya untuk memahami. Jika menghafal, apabila wujudnya kekeliruan tentang sesuatu hal, kita tidak boleh berfikir."

    "Memahami akan membuatkan kita boleh berfikir luar daripada sudut, tapi menghafal akan menyebabkan kita hanya boleh tahu apa yang tertulis sahaja."

    Mengenai kebendaan(material), berpada-pada lah.. Islam tidak menolak material. Gunalah apa yang ada atas bumi ni untuk manfaat bukan untuk kehancuran. Berpada-pada.

    BalasPadam
  17. berkaitan dgn BTN tu aku berpendapat sebenarnya dia tak ada kena mengena dgn kerajaan pun..

    "demokrsi" dan "reformasi" mungkin menjadi perkataan yg amat trauma bagi jurulatih BTN tersebut.

    mungkin juga dia pernah sama2 terlibat semasa reformasi 1998..mungkin masa tu dia kena gas pemedih mata dan fobia sampai hari ini.

    kini kita boleh lihat keterbukaan pihak kerajaan dalam hal ini..jika tidak mana mungkin wujud blog2 yg menghentam kerajaan dan memfitnah individu..zaman 'penyalahgunaan' penggunaan ISA mungkin sudah berakhir..

    balik semula kpd pelajar BTN tadi..kalau takut dimarahi oleh jurulatih BTN elok jgn sebut perkataan2 tersebut, tapi kalau anda berani kerana berada dipihak yg benar anda perlu pertahankan pendirian anda..

    kini kita bebas menyuarakan apa yg perlu disuarakan..salah satu caranya ialah melalui blog.

    setiap individu yg waras mempunyai akal untuk menerima apa jua idea yg dicetuskan oleh orang tua..fikirlah secara rasional sebelum menerima sesuatu..

    BalasPadam
  18. aku setuju dgn ko din..nilah antara komen ko yg paling rasional..dah matang rupanya

    BalasPadam
  19. Cerita tentang BTN dan student tu sebagai gambaran bahawa bagaimana seorang pelajar sehingga takut untuk bersuara tentang perkara-perkara sedemikian.

    BalasPadam
  20. GUA TAK RASIONAL MASA POSING KAT POKOK BUNGA RAYA JE! KAH! KAH! KAH!

    BalasPadam
  21. itu takut yg tidak kena pada tempatnya..jika anda berani memperkatakan sesuatu maka anda wajar untuk mempertahankannya..

    semua orang yg normal insyaAllah mampu melaungkan "demokrasi" dan "reformasi", tetapi adakah mereka mampu mempertahankan apa yg telah mereka laungkan itu? sekadar menjerit sebab ikut orang lain bolehlah..

    jika takut dihentam ombak tsunami janganlah ditebang pokok2 bakau yg dijadikan Allah s.w.t sebagai pemecah ombak..

    BalasPadam
  22. Tak apa din..Fana suka gambar tu...hahahaha

    BalasPadam
  23. salam saudara.. saya bukan tuan, saya hanya insan biasa..

    terima kasih kerana singgah di blog ini..

    BalasPadam
  24. Korang je la jadi orang tua, aku muda lagi keh..kah..kah..

    BalasPadam
  25. kalau orang tua nak jadi muda..orang muda terpaksa menjadi tua..

    BalasPadam