Followers

Jumaat, Februari 12, 2010

Hari-hari hari kekasih... Selamat Tahun Baru Cina

Salam.. Salam Sejahtera..

Setiap kali menjelang tarikh 14 Februari maka kita akan membaca di dada-dada akhbar mengenai Hari Kekasih.

Selain akhbar, ustaz-ustaz juga turut menyelitkan di dalam siri ceramah mereka mengenai Hari Kekasih.

Tidak ketinggalan juga semasa di dalam khutbah Jumaat juga turut diselitkan mengenai Hari Kekasih.

Saya tidak akan mengulas mengenai Hari Kekasih di dalam ruangan ini. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Hari Kekasih maka carilah di ruangan yang lain.

Saya ingin mengingatkan kepada semua mengenai pesanan mimbar di dalam masjid tadi. Hukum menyambut Hari Kekasih adalah HARAM.

Ingatlah, bahawa di dalam Islam tidak ada hari yang dikhususkan untuk berkasih-kasihan. Kerana apa? Kerana mengikut Islam, setiap hari adalah hari berkasih-kasihan.

Hayatilah sejarah sambutan Hari Kekasih yang di sambut oleh anda semua. Jangan hanya menyambut membabi buta.

Apa-apa pun terpulanglah kepada anda kerana itu hak anda sepenuhnya.

Oh ya sebelum terlupa Selamat Tahun Baru Cina kepada anda yang menyambutnya..

3 ulasan:

  1. Syuk, aku pun sebenarnya tak setuju dalam sambut hal2 benda macam ni terutama bagi korang yang beragama islam ni.
    Paling penting, bagi aku, ini bukan budaya kita.
    Aku pun bukan baik sangat pun tapi itulah pendapat aku.. Ni aziz pun tulis benda yang sama.. Baik ko bagi komen.. Kang gaduh la korang berdua...hahhaa

    BalasPadam
  2. aziz? hah biar la dia nak tulis apa pun, apa kena mengena dengan aku.. dia berani guna nama "sahabat dari Yong Peng" je sebab takut guna nama aku yang sebenar.. tu la pasalnya dia tak balik Johor hahahaaaa...

    dah2 abaikan si aziz tu..pada aku nak kutuk2 pun bangsa aku sendiri.. nak tegur2 pun kawan2 aku sendiri..dah depa suka sambut benda2 yang depa tak tahu asal usul hari tu nak buat macam mana..

    hari kebangsaan minta kibar Jalur Gemilang depa tak nak, kata patriotik itu wujud dalam diri & bukan secara fizikal saja.. sekarang hari kekasih kenapa perlu berbunga-bunga untuk tunjuk tanda sayang?

    lantak depa la..tu la padahnya bila tak belajar sejarah.. tu la padahnya bila nak pi masjid solat jumaat, kalau pi masjid pun tidur je masa khutbah di baca..

    *baris akhir ayat ko tu remie mcm nak jadi batu api je antara aku dgn aziz?

    BalasPadam
  3. Hahaha.. Yang penting, kalau depa betol patriotik, berani ke mati demi negara? Buang sampah dalam tong sampah pun tak mahu..
    Macamana nak belajar kalau time kelas sejarah tido..
    Ala, bak kata dr, Zaini, jangan nafikan hak mereka. Kita cakap banyak pun depa bukan dengar.
    Tak payah di batu api...hahah
    korang kalau jumpa, ada jek halnya...
    hahaha
    Takpe. boleh masukkan dalam konflik nanti..heheh

    BalasPadam