Followers

Isnin, Februari 22, 2010

USM Kampus India

Salam.. Salam Sejahtera..

Pada bulan September 2008, Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta sejarah sebagai universiti awam pertama di pilih sebagai universiti Apex.

Tidak terkecuali juga dengan kemunculan pasukan USM FC dalam arena bola sepak.

Hari ini media melaporkan USM sekali lagi mencipta sejarah sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara pertama yang bakal membuka kampus di India.

Menurut laporan media, kampus cawangan USM tersebut di buka di Jawaharlal Nehru Medical University di Belgaum yang menawarkan pengajian perubatan.

Jika hari ini kita bangga apabila adanya universiti luar yang membuka cawangan di Malaysia, tetapi kini kita berbangga kerana ada juga universiti tempatan yang mampu membuka cawangan di negara luar.

Semoga USM mampu mencapai matlamat yang disasarkan. InsyaAllah..

*Pembetulan - Naib Canselor USM menjelaskan bahawa USM tidak bercadang membuka kampus di India tetapi hanya menawarkan kursus perubatan di Jawaharlal Nehru Medical University.

2 ulasan:

  1. hahahaaa..susah betul la dengan orang yang nama dekat2 dengan Jawaharlal Nehru ni..tak abis2 perasan yg kampus baru tu kat Jawahir Nehru..

    apa2 pun tahniah ye sebab terpilih..

    BalasPadam