Followers

Ahad, Februari 21, 2010

Sultan Johor di Kampung Parit Amil (1961)

Salam.. Salam Sejahtera..

Semakin lama semakin malas hendak menulis di sini. Tapi bila difikir-fikirkan sebenarnya bukannya menulis tapi cuma perlu menaip saja. Ala tekan je.. Rajin-rajinlah menaip..

Semasa di rumah ketika sedang menikmati cuti seminggu sempena cuti pertengahan semester dan Tahun Baru Cina, mata saya tertumpu ke arah dinding yang tergantung dua gambar hitam putih.

Gambar hitam putih itu di apit oleh gambar rasmi Almarhum Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar dan Sultanah Johor, Sultanah Hajah Zanariah.

Saya salah seorang manusia yang gemar dengan sejarah dan kisah-kisah lama. Saya bukanlah seperti segelintir manusia yang lebih gemar mencampakkan barang-barang lama ke dalam sungai dan membakar barang-barang antik atau buku-buku lama.

Tanpa yang lama maka tiadalah yang baru. Sejarah akan berulang jika kita tidak belajar mengenainya. Jika yang berulang itu adalah sejarah yang indah, Alhamdulillah. Tetapi jika yang berulang itu sejarah yang hitam bermakna kita tidak belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukan.

Apabila memandang gambar ini saya teringat arwah datuk saya. Seorang datuk yang sabar melayan karenah cucunya (saya la tu) yang nakal dan gemar mengusiknya yang selalu termenung sambil berdiri di pintu. Kenangan semasa kecil dulu, kalau tak silap tahun 1992..

Di bawah ini adalah gambar pada tahun 1961. Pada tahun ini saya masih belum lahir dan emak saya dilahirkan pada tahun ini. Bapa saya pula baru masuk darjah satu (1) pada tahun 1961 ini.

Gambar ini di rakam pada tahun 1961 di Kampung Parit Amil, Yong Peng Johor. Di sebelah kiri ialah Almarhum Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail. Ketika itu Almarhum Baginda merupakan Tunku Mahkota Johor. Kehadiran Tunku Mahkota Johor mencemar duli ini adalah untuk merasmikan jalan kampung.

Di sebelah kanan yang memakai baju Melayu itu pula ialah arwah datuk saya, Mokri bin Salleh (ayahanda kepada bonda saya) yang juga merupakan Ketua Kampung Parit Amil ketika itu.


Inilah rumah arwah datuk dan nenek saya di Kampung Parit Amil, Yong Peng. Tak susah untuk mencari rumah ini kerana berada berdekatan simpang tiga Kampung Parit Amil dan Klinik Desa Parit Amil.

Tapi hari ini kalau nak cari rumah ni memang tak jumpalah sebab dah tak ada rumah tinggi ini lagi, yang ada cuma rumah yang rendah sedikit berbanding yang ini. Disinilah kediaman rasmi saya apabila pulang ke Johor.

Saya gagal mendapatkan gambar Sultan Johor yang baru DYMM Sultan Ibrahim ketika baginda sama-sama ayahanda baginda melawat kampung ini.

2 ulasan:

  1. Tanpa sejarah, tiadalah masa sekarang.
    Memang benar sejarah jangan terlalu dikenang, tetapi jangan dilupakan, jika dilupakan, sejarah mungkin berulang.

    Agak menarik syukri.. Gambar ini akan menjadi satu bahan bersejarah. Simpan elok.. Kang hilang, kusut kerut muka..hahha

    BalasPadam
  2. aku dah simpan kat tempat yg strategik..copy banyak2 mana la tau kena curi ke..

    BalasPadam