Followers

Selasa, Ogos 25, 2009

Kartika Sari

Sepatutnya semalam Kartika Sari Dewi Shukarnor yang berusia 32 tahun selamat menjalani hukuman sebat sebanyak 6 kali di Penjara Wanita Kajang. Untuk rekod, kesalahan Kartika Sari ialah meminum arak. Beliau adalah merupakan seorang model sambilan.

Kita sewajarnya kagum dengan ketabahan hati Kartika. Kagum sebab apa? Sebab dia siap minta supaya hukuman sebat ni dibuat di depan orang ramai. Biar semua orang tengok supaya menjadi pengajaran kepada semua orang khasnya anak-anak orang kaya berstatus VIP yang suka minum arak. Pelajar pun minum arak jugak.

(Hukuman sebat di Acheh, Indonesia)

Yang mengejutkan di sini ialah tajuk utama akhbar Berita Harian melaporkan bahawa hukuman sebat terhadap Kartika telah ditangguhkan. Dalam perjalanan ke Penjara Wanita Kajang beliau dimaklumkan bahawa hukuman sebat telah ditangguhkan. Alasan yang diberikan oleh pihak yang berkenaan adalah tidak konsisten. Kartika sendiri telah merayu supaya hukuman dijalankan segera kerana beliau telah bersiap sedia dari aspek fizikal dan mental.

"Saya tak mahu undang-undang yang termaktub dalam Islam dipandang serong dan diperkotak-katikkan".. Inilah yang diperkatakan oleh Kartika.

Ketua Hakim Syarie Pahang telah mengeluarkan arahan penangguhan hukuman sebat kerana bagi menghormati bulan Ramadhan. Hukuman sebat akan dijalankan selepas bulan Ramadhan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula mengatakan bahawa penangguhan hukuman sebat adalah disebabkan tiada penyebat yang bertauliah.

Soalannya di sini ialah mana satu alasan yang boleh digunapakai? Mungkin dua-dua pun boleh.. Entahlah..sebab itulah saya katakan bahawa alasannya tidak konsisten.

Apa-apa pun undang-undang Islam perlu ditegakkan supaya tidak menjadi bahan jenaka pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Undang-undang Malaysia perlu dirombak semula supaya tidak terlalu berpandukan kepada undang-undang British/England.

2 ulasan:

  1. di dalam hadis...dikenakan sebat pelepah tamar...dalam quran tak ada pula hukuman minum arak...

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas pandangan tersebut, ijad..

    Arak ialah minuman yg memabukkan. Dalam bahasa Arab disebut sebagai khamar. Seseorang yg minum khamar atau arak lazimnya akan mabuk, hilang akal, lupa diri & dah tentulah lupa Allah.

    Minum arak hukumnya haram, sama ada minum sikit mahupun banyak kecuali di masa darurat. Firman Allah S.W.T;

    "Wahai orang-orang yg beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis/keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".
    (Surah Al-Maidah ayat 90)

    Dalam hadis Rasulullah S.A.W yg diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib yg bermaksud :

    "Rasulullah S.A.W telah menyebat orang yg minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah S.A.W dan inilah yg aku suka".

    Bagi alat sebat ianya bukanlah hanya 1 jenis & 1 bentuk sahaja. Sebat boleh dilakukan menggunakan rotan ataupun pelepah tamah atau ranting kayu ataupun hujung kain.

    Hukuman sebat bukanlah untuk membinasa tapi sebagai pengajaran.

    BalasPadam