Followers

Isnin, Oktober 12, 2009

Ini amaran kepada pensyarah!!

Salam Aspirasi dan Salam Perjuangan semua.. Di bawah ini adalah sebahagian petikan daripada Utusan Malaysia. Kepada mereka yang "kadang-kadang" baca surat khabar tu inilah berita yang agak menarik perhatian saya.. Jangan baca hiburan je.

Pensyarah IPT diberi amaran tidak bersikap perkauman

BANGI 11 Okt. - Pensyarah-pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) diberi amaran supaya tidak bersikap perkauman ketika mengajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sikap perkauman perlu dielak kerana ia akan merosakkan mentaliti pelajar dan mengguris hati kaum- kaum tertentu.

''Saya tidak nafikan, individu bersikap perkauman memang wujud di banyak tempat, jadi saya berharap mereka ini berubah dan menanam rasa hormat yang tinggi kepada kaum lain supaya perpaduan dapat selalu dibentuk serta dipupuk.

''Pensyarah adalah individu penting kepada penuntut, jadi mereka perlu menjaga pertuturan supaya tidak memberi contoh buruk,'' katanya.

Mohamed Khaled mengulas aduan yang diterima Utusan Malaysia daripada seorang pelajar sebuah IPTS berhubung sikap perkauman beberapa pensyarah di situ.

Pelajar itu mendakwa, pada setiap sesi kuliah bagi subjek tertentu, pensyarah berkenaan seringkali mengaitkan isu yang diajar dengan sesuatu kaum secara negatif.

Sikap pensyarah berkenaan didakwa memberi tekanan kepada pelajar daripada kaum yang diburukkan itu kerana mereka adalah golongan minoriti di dalam kuliah.

Ujar Mohamed Khaled, mana-mana pelajar yang berdepan masalah sedemikian perlu tampil mengemukakannya secara terus kepada kementerian.

Katanya, kementerian memandang serius jika benar dakwaan itu kerana ia memberi kesan buruk kepada pelajar, IPT dan negara.

''Setiap dakwaan akan dipantau dan jika benar, kementerian akan mengambil tindakan susulan termasuk menasihatkan IPT dan pensyarah ini.

''Namun saya tidak boleh kata adakah kementerian akan pertimbangkan untuk menarik semula lesen IPT ini kerana kami belum tahu sejauh mana kebenaran dakwaan ini,'' katanya.

(Utusan Malaysia, 12 Oktober 2009)

*********************************

Dah baca petikan di atas? Anda faham apa yang saya cuba sampaikan? Isu pokok mengenai pensyarah yang bersikap perkauman ini sudah diperkatakan oleh rakan saya di blognya yang beliau sentuh mengenai pensyarah di salah sebuah IPTA utara semenanjung Malaysia. Tidak perlulah dinyatakan tempat IPTA tersebut kerana setahun yang lalu telah memperoleh status yang hebat daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Dengar cerita daripada senior tindakan pensyarah itu telah diadukan kepada pihak atasan IPTA tetapi tidak cukup bukti untuk diambil tindakan.

Secara peribadi saya sendiri pernah diperlekehkan oleh pensyarah tersebut kerana status saya sebagai orang Melayu yang ingin bermajorkan Sains Politik. Dalam hati saya berkata, "apa dia ingat orang Melayu ni tak boleh nak belajar Sains Politik ke? Ingat orang Cina je yang boleh?".

Sebagai pelajar kita perlu berfikir secara positif perkara ini. Kali pertama saya diperlekehkan seperti itu memanglah rasa seperti nak melenting tetapi adalah lebih wajar jika sekiranya kita bertindak mendiamkan diri terlebih dahulu. Memang pensyarah itu bersikap perkauman tetapi tiada bukti untuk dikemukakan kepada pihak atasan.

Semester ini saya tidak mengambil kursus pensyarah tersebut kerana belum bersedia untuk mendengar 'syarahan perkauman' beliau. Insya-Allah jika ditakdirkan mungkin kami akan berjumpa di semester ke-5 nanti. Harap-haraplah dia dah pencen masa tu..

*Yang penting adalah ilmunya.. Macam makan buah, yang elok kita makan la tapi kalau ada yang busuk kita jangan makan.. Untuk elak pembaziran yang busuk tu bagi mereka yang macam pensyarah tu..

**Tiada kena mengena dengan pensyarah Sains Politik yang mengajar Muhammad Syukri Sa'adon, tahun 2.

***Siapa makan cili dia terasa pedas..siapa makan belacan hidung dia gatal, macam....

6 ulasan:

  1. baru2 ni saya menghadiri persidangan meja bulat dengan pemimpin IPT yg datang di seluruh malaysia sempena 1siswa 1malaysia..

    kami diminta utk membuat resolusi berkenaan 1siswa 1malaysia kepada PM..

    dan ada isu berkaitan pensyarah yg mengajar di kampus kejuruteraan lebih melebihkan bangsa lain selain Melayu..

    disitu kita lihat ada bias...

    perkara ini penah diadukan oleh pelajar dan pihak berkenaan masih tidak mengambil tindakan apa2 terhadap pensyarah tersebut...

    mngkin seperti laporan tersebut tak cukup bukti tp nak bukti mcm mana lg????

    so resolusi tu kami buat yg ada kaitan dgn sikap pensyarah iaitu kejujuran dan intergriti yg perlu ada pd diri pensyarah itu sendiri tanpa bias pd mana2 kaum.

    BalasPadam
  2. terima kasih gadis KamDar..rasanya inilah komen saudari yg paling saya suka kerana tidak disertai dengan adegan "berpeloh-peloh..". Pengalaman di persidangan meja bulat itu perlu dijadikan guru yg paling berharga. saya hanya gemar bersidang di meja bulat kedai2 makan/minum je..

    ok la, maksudnya mereka nak bukti yg jelas la tu..kalau boleh rakam apa yg pensyarah tu cakap, lepas tu bagi kat pihak atasan..

    kalau pihak atasan tak ambil tindakan jugak masa tu la kita beri pilihan kepada pihak2 berkenaan untuk memilih media mana yg mereka nak pilih supaya muka mereka keluar di media arus perdana.

    mereka inilah yang kerap mempertikai semua aspirasi kerajaan dan universiti..konsep 1 Malaysia akan gagal disebabkan mereka. Mereka inilah pengkhianat kepada amanah yg telah diberikan..

    PENGKHIANAT!! PENGKHIANAT!! PENGKHIANAT!! eehh jangan lebih2 nanti kena sama juta-juta pulak..mana nak cari duit banyak tu..

    BalasPadam
  3. Tu lah, dah belajar tinggi-tinggi. Dah bergelar doktor tapi attitude tak boleh blah.

    Agaknya belajar tinggi pas tu gayat kot?

    Perkauman perlu dibasmi bukan dikalangan pensyarah saja, student pun sama. Amacam?

    BalasPadam
  4. Hate Racism. Macam Nox cakap, ni semua disebabkan oleh sikap "prejudis". Ada betul tu. Prasangka terhadap orang lain, bangsa lain, agama lain. Bila sikap prejudis tu menjadi satu ancaman dimana wujudnya satu tindakan yang mengancam kedudukan seseorang, barulah jadi racism.

    Kadang-kadang orang yang sama bangsa pun racist juga.

    BalasPadam
  5. sama bangsa pun kadang2 main unsur perkauman..contoh paling mudah pemimpin berketurunan jawa sibuk nak bagi kerakyatan kat orang2 jawa yang baru berhijrah ke Malaysia..ni kata sahabat saya yang menetap di negeri tersebut.

    jelaslah bahawa pendidikan bukan sahaja gagal mendidik seseorang itu bersikap rasional malahan gagal mengubah mentaliti seseorang yang gemar memainkan unsur perkauman ini.

    BalasPadam