Followers

Isnin, November 22, 2010

Ganti Tambak Johor - DYMM Sultan Johor

Salam.. Salam Sejahtera..

Hari ini adalah hari keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.

Pada hari keputeraan baginda yang ke-52 ini baginda telah menggesa supaya Tambak Johor yang menghubungkan negeri Johor atau Semenanjung Malaysia dengan negara Singapura digantikan dengan jambatan yang baru. Gesaan daripada Tuanku itu adalah supaya memberikan keselesaan kepada rakyat negeri Johor yang berulang-alik ke Republik Singapura itu dan turut menjadi kemudahan untuk rakyat Singapura untuk melancong ke negara ini.


"Saya merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana sentiasa prihatin dan berusaha menangani masalah rakyat. Namun begitu, masih ada hasrat rakyat Johor yang masih belum dapat dipenuhi iaitu pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor," titah baginda di Istana Besar di Johor Bahru.

2 ulasan:

  1. salam perkenalan...syg telah membaca blog anda dan maklumat yang sy mahukan ada di blog anda..dan sy telah pown link kan blog anda di blog sy, dan sila2 lah melayari blog sy sekiranya anda berminat....

    MALAY DELIMA....

    BalasPadam
  2. salam perkenalan juga..terima kasih, saya juga sudah link kan..

    BalasPadam