Followers

Sabtu, November 20, 2010

Peraturan tanpa keberanian = sekadar amaran..

Salam.. Salam Sejahtera..

Salah satu tajuk di dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini (20 November 2010) ialah berkenaan NGO persoal apa keistimewaan Namewee? KLIK

Menarik sebenarnya isu ini kerana tidak selesai-selesai. Kenapa? kenapa? dan kenapa? Saya yakin jika sekiranya Namewee itu adalah nama timangan atau nama manja kepada Muhammad, Tuan Nik, Puan Sharifah, Tuan Syed, Haji atau Hajah, atau nama-nama yang bercirikan keMelayuan, atau keIslaman, sudah tentu isu dan kes ini akan selesai segera. Kenapa? Entahlah..

Saya petik kenyataan daripada Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), En. Mohamed Maliki b. Mohamed Rapiee di dalam akhbar Utusan Malaysia yang meminta Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Namewee supaya dapat dijadikan pengajaran agar ia tidak berulang.

Persoalan daripada Presiden MBM cukup menarik untuk diperbesarkan dan dilontarkan terus kepada pihak yang berkenaan, "Apa guna mempunyai peraturan dan kuasa jika tidak ada keberanian untuk menguatkuasakan peraturan itu demi kepentingan negara?"

Akan tetapi dimanakah tindakan tegas itu? Apakah keistimewaan manusia bernama Namewee itu????? Sekadar amaran, amaran, amaran, amaran, dan amaran untuk kesekian kalinya.

Sebagai rakyat bawahan, saya kecewa kerana tiada tindakan tegas terhadap Namewee. Kes Namewee jauh berbeza dengan kes Pengetua sebuah sekolah menengah di Kulaijaya, Johor. Juga berbeza dengan kes pegawai Biro Tata Negara (BTN). Kenapa saya katakan kes ini berbeza? Sudah tentulah berbeza kerana Pengetua sekolah itu hanya bercakap isu berkaitan perkauman di hadapan pelajar-pelajar sekolah, manakala pegawai BTN pula bercakap di dalam satu program tertutup. Saya ulangi ya, pegawai BTN itu bercakap di dalam satu program tertutup. Sekali lagi saya ulang, program tertutup. Program tertutup ya. Maknanya segala apa yang diperkatakannya itu adalah tertutup dan tidak disiarkan secara langsung di dalam youtube atau blog untuk disensasikan segala apa yang diperkatakannya itu.

Perkara ini amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Namewee. Dia seakan-akan bebas melakukan segala apa yang diingini. Bermula dengan isu video klipnya yang menghina lagu kebangsaan Negaraku. Kesemua yang dilakukan oleh Namewee boleh di tonton di dalam youtube yang tersebar luas.

Saya pernah terdengar di dalam satu forum apabila seorang ahli panel mengatakan bahawa agak sukar untuk mengambil tindakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan di alam maya. Hal ini kerana tiada bukti kukuh boleh dikaitkan. Bukti yang sedia ada boleh berubah kerana kecanggihan teknologi yang ada pada masa ini. Saya suka segala apa yang diperkatakannya itu. Saya tidak pasti sama ada apa yang diperkatakan oleh ahli panel itu benar atau pun tidak.

Diruangan ini saya sebagai rakyat biasa dan mahasiswa tidak berhasrat ingin mendesak kerajaan khasnya melalui Kementerian Dalam Negeri supaya mengambil tindakan tegas terhadap Namewee. Biarlah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memainkan peranan kerana suara mereka lebih kuat berbanding suara mahasiswa. Akan tetapi diruangan ini saya sebagai rakyat biasa dan mahasiswa yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa berkaitan isu-isu sensitif ini amatlah berharap supaya jika benar khabar angin akan berlaku rombakan kabinet untuk kali kedua selepas ini, saya berharap Kementerian Dalam Negeri akan turut serta dalam rombakan tersebut.

Sebuah kementerian yang penting seperti Kementerian Dalam Negeri ini amat memerlukan seorang ketua yang tegas dan tidak hanya sekadar melaungkan amaran demi amaran. Peraturan sedia ada perlu dikuatkuasakan supaya tiada siapa berani mencabulinya. Apa guna peraturan yang cantik dengan akta itu dan akta ini jika tiada pelaksanaan penguatkuasaan? Jangan hanya sekadar melaungkan amaran kerana tanda amaran had kelajuan pemanduan di lebuhraya pun ramai yang tidak mematuhinya, apatah lagi had 'kelajuan' isu-isu sensitif yang tiada penguatkuasaan.

Saya teringat gurauan kasar seorang sahabat saya mengenai isu Namewee jika pihak berkuasa gagal mengambil tindakan yang sewajarnya. Sahabat saya berkata, "kalaulah Namewee boleh hina lagu Negaraku, boleh hina kerajaan, TNB, buat klip video guna bahasa tak elok, hina pula orang Melayu..rasanya aku sebagai orang Melayu pun boleh hina orang Cina yang biadab, kurang ajar kepada Malaysia dan orang Melayu..masa itulah kena bersiap sedia sebab tragedi 13 Mei 1969 akan berulang...". Segala apa yang diperkatakan oleh sahabat saya ini adalah satu kebimbangan, saya ulangi satu kebimbangan kepada kami anak-anak muda negara bangsa Malaysia.

Segala yang saya tulis di sini bukanlah satu hasutan atau untuk mengapi-apikan isu perkauman seperti mana yang dilakukan oleh Namewee, tetapi sebagai satu kebimbangan dan rasa terkilan terhadap segala yang berlaku.

1 ulasan:

  1. Salam syukri..betul ke en maliki sekarang preseden MBM..Rasa mcm x pecaya lak...lama dah x dgr pasal dia..skrg ni dia kat mana?dulu pen.pendaftar kat bpsmp kan..kirim salam dia nanti...dulu penah pergi rombongan dgn dia...lama dah citer 4 tahun lps..

    BalasPadam