Followers

Khamis, April 28, 2011

Matlamat menghalalkan cara

Salam.. Salam sejahtera..

Siri kedua klip video seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang di negara ini sudah dikeluarkan.

Secara peribadi saya tidak bersetuju dengan senario politik tanah air hari ini yang sudah terjerumus kepada penghalalan membuka keaiban orang lain demi kuasa.

Semasa di sekolah agama kita di ajar untuk menutup keaiban orang lain, bukan sahaja keaiban orang lain, malahan aib diri kita sendiri juga kita kena tutup.

Saya masih ingat kata-kata seorang pemimpin parti pembangkang semasa pilihan raya kecil di Pulau Pinang. Pemimpin itu mengatakan bahawa kita perlu membongkar setiap perkara buruk yang pernah dilakukan oleh calon lawan supaya pengundi tahu segalanya.

Bak kata pensyarah saya, dalam politik jika kita ingin bertanding di dalam pilihan raya maka kita kena bersedia untuk 'ditelanjangkan' di khalayak ramai.

Jika minggu depan adalah hari penamaan calon, dan hari ini nama kita disebut-sebut sebagai calon parti, maka semasa nama kita disebut-sebut itulah sudah ada puak-puak yang akan mencungkil segala rahsia kita. Puak-puak inilah yang akan mencari musuh-musuh kita dan bertanya setiap perkara buruk yang ada pada diri kita.

Dengan setiap hasil maklumat itulah maka puak-puak lawan akan menggunakannya sebagai senjata menyerang peribadi kita.

Terus terang saya nyatakan di sini, saya tidak bersetuju dan kecewa dengan apa yang berlaku hari ini.

Tetapi saya tetap berpegang kepada kata-kata pemimpin parti pembangkang itu bahawa kita kena memilih pemimpin yang benar-benar boleh memimpin kita.

Saya tidak mahu pemimpin yang bakal menjadi pemimpin saya dan anda semua di negara ini adalah seorang yang tidak bermoral.

Jika benar 'pelakon' di dalam klip video itu adalah seperti yang diwar-warkan, eloklah dia berundur secara terhormat.

Jika dia bukan 'pelakon' di dalam klip video itu, eloklah yang menuduh itu dikenakan tindakan yang setimpal dan bertaubat.

Inilah dia politik, matlamat menghalalkan cara.


*Sangat kecewa dengan politik Malaysia hari ini*

Sekian.

3 ulasan:

  1. penyebar, pelaku, siapa saja yg tlibat ... mmg mngecewakan, bukan begini caranya .. mmm

    BalasPadam
  2. Matlamat menghalalkan cara
    MEMANG BENAR .. apa yang pasti dgn matlamat menghalalkan cara samada hal perbadi , pegangan malah fatwa pun telah digunakan asalkan matlamat menghalakan cara . Ini hanya untuk mendapatkan satu undi .. Hal keaiban ini akan kekal menjadi sejarah . Anak cucu kita akan bertanya kenapa DSAI dilucutkan jawatan sebagai TPM . Maka jawapan kita .. masalah moral ( org BN ) @ Fitnah dan penganiayaan ( org PR). Apa yang pasti MATLAMAT MENGHALALKAN CARA TELAH MEROSAKAN MORAL , AKIDAH DAN KEPERIBADIAN SEORG INSAN YANG BERNAMA MANUSIA .. INI KERANA AKHLAK MULIA YG DIAJAR OLEH NABI MUHAMMAD TELAH TERHAKIS ... DALAM SEJARAH KEROSAKAN AKHLAK MULIA MEMBINASAKAN UMAT YG TERDAHULU.

    BalasPadam