Salam.. Salam sejahtera..
Satu lagi kebanggaan Universiti Sains Malaysia (USM). Semasa membeli surat khabar, tauke kedai dengan bersungguh-sungguh memuji USM kerana hal ini dan beberapa berita sebelum ini.
USM hasilkan pengkumur mulut cegah kanser
GEORGE TOWN — Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta bahan pengkumur mulut yang berfungsi sebagai agen pencegahan kanser mulut.
Ketua Penyelidik itu, Dr. Azman Seeni Mohamed berkata, pengkumur mulut itu dihasilkan menerusi rebusan akar pokok bonsai tempatan iaitu pokok kesinai.
Pokok yang dikenali dengan nama saintifiknya “streblus asper” itu hanya terdapat di utara Malaysia, Thailand, Sri Lanka dan India, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, menerusi kajian makmal, pokok itu berpotensi untuk membunuh bakteria mulut, menghilangkan bau mulut, mengurangkan dan mencegah bengkak gusi, serta dapat membantu mencegah kanser mulut terutamanya golongan berisiko tinggi seperti perokok.
"Produk yang dikenali SA Cleanse adalah yang pertama dihasilkan menerusi proses merebus akar pohon itu sebelum dimasukkan bahan pewarna adalah lebih baik berbanding dengan produk yang berada di pasaran sekarang kerana ia tidak mengandungi alkohol, dicipta menerusi tiga warna iaitu merah, hijau serta kuning yang mempunyai perisa pudina dan strawberi,” katanya.
Azman berkata, produk itu juga dapat membantu merencatkan pertumbuhan sel kanser tulang dan kanser lidah dengan merencatkan aktiviti proliferasi sel, meningkatkan proses kematian sel semula jadi dengan mengubah kadar sintesis DNA. —Bernama
Sumber : Kosmo
Tahniah USM. Anda hebat, Teruskan kajian dan mencipta yg terbaik,saya teruja dgn tuan2 dan puan2 warga USM.SYABAS!
BalasPadamMudah-mudahan terus berbakti rakyat Malaysia
BalasPadam