Followers

Jumaat, April 22, 2011

Nak ikut silakan..tak ada paksaan..

Salam.. Salam sejahtera..

Isu ini bukanlah besar mana pun, tapi elok jugalah rajin-rajinkan jari menaip.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak telah mengumumkan inisiatif e-mel 1Malaysia semasa membentangkan laporan kemajuan Program Transformasi Ekonomi (ETP) di Putrajaya.


Perkara utama yang perlu diketahui ialah didalam ETP ini, setiap warganegara berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi. Macam mana rupa bentuk e-mel itu saya sendiri pun belum belek-belek lagi.


Yang menjadi isu sekarang ini ialah kos melaksanakan rancangan itu dikatakan bernilai RM50 juta.

Perdana Menteri sendiri menegaskan bahawa program ini adalah atas inisiatif sektor swasta dan tidak melibatkan dana awam. Maksudnya kerajaan tidak akan mengeluarkan satu sen untuk e-mel ini.

Tapi kalau dah namanya sektor swasta mestilah mereka juga memerlukan timbal balas.

Syarikat Tricubes Bhd. sendiri memaklumkan bahawa bayaran sampingan akan dikenakan untuk "kerahsiaan data" dan "perkhidmatan tambah nilai".

Secara logik akalnya, mana ada syarikat nak belanja lebih RM50 juta untuk benda-benda macam ini. Ini bukannya kerja amal. Jadi munasabahlah kalau ada caj lain.

Pemimpin pembangkang di Malaysia ini sangat prihatin. Isu-isu yang kecil mereka akan perbesarkan supaya nampak serius dan perlu diselesaikan segera dengan menubuhkan suruhanjaya.

Itulah tugas pembangkang. Membangkang dan terus membangang, eh maaf.. MEMBANGKANG..

Perdana Menteri dah beritahu "Jika anda tidak mahu menyertainya, jangan sertainya. Saya tidak nampak apa masalah besar di sini".

Jadi apa masalahnya lagi? Tidak ada paksaan untuk menggunakan e-mel ini. Kalau nak percuma silakanlah guna e-emel yahoo dan gmail yang sedia ada.

Bila diwujudkan e-mel 1Malaysia ini macam-macam reaksi timbul. Pembangkang dah tugasnya memang membangkang.

Yang menariknya bila ada pihak kata lebih elok dana RM50 juta itu digunakan untuk bangunkan masjid, surau, dan kemudahan-kemudahan lain.

Pada saya secara peribadi, eloklah pihak-pihak tertentu itu pergi pujuk syarikat-syarikat korporat untuk buat sedemikian.

Kalau tidak silap saya sebelum ini saya ada terbaca tajuk berita di sebuah laman portal yang pada saya tajuknya kurang sesuai kerana mengatakan bahawa ".......firma adik PM", berita tersebut melibatkan kos yang ditanggung oleh firma adik PM tersebut di sebuah masjid yang terletak di Kuala Lumpur.

Sangat susah sebenarnya di Malaysia ini. Susah kerana semuanya akan dipolitikkan oleh mereka yang akan sentiasa berfikiran politik sempit.

Pada saya, kalau anda, rakan-rakan ingin menggunakan e-mel 1Malaysia itu silakanlah. Kalau tidak mahu itu adalah hak anda.

Saya sendiri walaupun menyokong usaha murni kerajaan tetapi saya sendiri tidak berminat menggunakan e-mel lain. Menyusahkan. Saya tidak BERMINAT.

Tepuk dada, tanya hati.

Sekian.

*Bila pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menerima secara percuma Amanah Saham 1Malaysia kenapa tiada yang bising??

2 ulasan:

  1. Salam...

    Rupanya dia ni seorang yg PENTINGKAN DIRI, tak berfikir dari aspek MASYARAKAT langsung.

    Maaf, siapa yg membangang?? Mereka bangkang utk kepentingan MASYARAKAT la, bukan utk kepentingan adik-beradik mereka. Tidak seperti segolongan mahasiswa USM yg

    Banyak faktor mengapa tidak setuju, sila fikir jika anda mampu berfikir :

    1-Syarikat ada masalah kewangan!
    http://www.malaysiakini.com/news/162226

    2-Agensi kerajaan perlu bayar utk hantar emel? USM lagi bagus sebab tak perlu bayar oun.

    3-Tiada keperluan utk diaplikasikan kepada semua rakyat.Kamu sendiri kalu diberi pun tak nak!

    #Anda merelakan duit rakyat utk keluarga Najib, tapi saya tidak!
    Relakanlah duit rakyat sudah jadi duit keluarga Najib

    source: http://milosuam.blogspot.com/2011/04/terbongkar-email-1-malaysia-untuk.html#ixzz1KK325vYS

    SAYA MAHU KERAJAAN UTK MASYARAKAT, TIDAK RASUAH & ISLAMIK (percakapan, perbuatan & tindakan)

    BalasPadam
  2. keluarga najib je ke yg dapat duit? apa syarikat tu tak ada pekerja2 drpd rakyat Malaysia? kalau adik najib seorang je yg dapat duit tu memang zalim..

    SAYA MAHU KERAJAAN UNTUK RAKYAT, TIDAK RASUAH, TIDAK MUNGKIR JANJI, TIDAK SELESAIKAN MASALAH KEMUDAHAN ASAS, TIDAK PERGUNAKAN ISLAM DEMI KEPENTINGAN DIRI

    BalasPadam