Followers

Sabtu, April 02, 2011

Hanya 1 Keluarga di Penang - IKMAR

Salam.. Salam sejahtera..

29 Mac 2011 (Selasa) tepat jam 9.55 malam merupakan hari, masa dan saat yang amat ditunggu-tunggu selama ini. Secara peribadi saya berasa agak sedih tetapi dalam masa yang sama gembira kerana beban yang selama ini ditanggung oleh saya berjaya dilepaskan.




"..dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, tepat jam 9.55 malam, saya dengan ini membubarkan Majlis Tertinggi Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) sidang 2010/2011.."

Alhamdulillah, mesyuarat agung tahunan IKMAR berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Tahniah kepada Majlis Tertinggi yang baru di pilih bagi sidang 2011/2012. Saya menaruh kepercayaan penuh kepada pengganti saya sebagai Yang Di-Pertua IKMAR yang baru iaitu Mohamad Safiq Suhaimi untuk memacu IKMAR ke arah yang lebih membanggakan. Muhammad Hilal Zainudin selaku NYDP juga akan membantu kerana YDP dan NYDP adalah merupakan gandingan yang mantap dalam merealisasikan Majlis Makan Malam IKMAR (MAMPIR 2011). Alhamdulillah juga kerana kesemua Majlis Tertinggi yang terpilih adalah merupakan barisan yang 'direstui' oleh Majlis Tertinggi sebelum ini.


(dari kiri : Safiq, Hilal, Zehan, Zarith..)


Di sini saya mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada mantan YDP IKMAR sidang 2009/2010, saudara Mohd Fithri Jemari kerana memberi peluang kepada saya mewakili beliau dalam Bengkel Penggubalan Parlimen Mahasiswa pada 6 Mac 2010 dan seterusnya di beri kepercayaan 'bertanding' sebagai YDP IKMAR sidang 2010/2011.


Selama lebih satu tahun saya menyandang jawatan YDP IKMAR, sebenarnya tiada apa yang boleh saya banggakan. Hanya satu sahaja yang saya kategorikan sebagai 'membanggakan' iaitu mendapat perhatian pegawai universiti dan perlu mengadap pegawai tersebut hampir setiap minggu kerana bayaran yang tidak diselesaikan oleh pihak tertentu. Itu sahajalah yang boleh saya banggakan sepanjang satu tahun saya mengemudi IKMAR. Walaupun bayaran tersebut telah dijanjikan oleh pihak berkenaan tetapi tidak selesai lebih setahun.


Bukan mudah mengemudi sebuah persatuan. Kerana kita sebagai ketua perlu menjaga hati semua anak buah. Andai kata tersilap kata, akan ada yang bermasam muka. Andai kata ada yang tidak di pelawa makan bersama, akan ada juga yang mula menjauhkan diri. Bukan mudah sebenarnya hendak menjaga hati semua orang. Alhamdulillah, sepanjang setahun saya mengemudi IKMAR rasanya hanya sekali saya 'tertinggi' (marah rasanya) suara kerana terpaksa menunda mesyuarat bersama penasihat IKMAR atas sebab-sebab yang saya sendiri tidak dapat terima. Kata orang, marah bukan kebencian tapi tanda sayang. Buktinya kami sentiasa akrab bersama seperti sebuah keluarga.


(Majlis Tertinggi Sidang 2010/2011)


Di dalam IKMAR saya belajar erti berpersatuan. Saya juga belajar cara berkomunikasi dengan pihak-pihak berkepentingan dalam politik. Saya turut belajar bahawa tembok penghalang yang ada di depan mata bukanlah penghalang untuk tidak berjaya. Segalanya terpulang kepada diri sendiri.


Ketika menerima mandat sebagai YDP 2010/2011, terus terang saya katakan di sini jawatan dan tanggungjawab itu adalah beban yang tidak mampu saya galas. Suatu ketika IKMAR di label sebagai 'puak haluan kiri' kerana atas sebab-sebab tertentu. IKMAR turut di label sebagai 'pembangkang' kerana akan membangkang secara berdepan tanpa rasa takut. Setiap gelaran yang diberikan itu membawa pelbagai maksud yang tersirat dan hanya mampu diceritakan oleh barisan mantan kepimpinan IKMAR sidang-sidang yang lepas. Walaupun segala kisah yang 'memalukan' itu sudah berlalu beberapa tahun yang lepas, tetapi ketika saya menjejakkan kaki kali pertama di pejabat Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (BHEPP) sebagai YDP IKMAR, saya sudah 'didendangkan' dengan cerita-cerita yang menyakitkan hati kisah silam IKMAR. Saya turut dapat melihat reaksi wajah beberapa pegawai dan staf apabila saya mengaku sebagai YDP IKMAR / Anak Johor. Betullah kata orang, sejarah masa lalu akan menghantui kita hari ini. Tapi itu dulu.


Alhamdulillah, kini IKMAR sudah tidak diperlakukan sedemikian. Bukan mudah untuk mengembalikan kepercayaan pihak-pihak tertentu terhadap IKMAR. Suatu ketika, saya sendiri pernah melihat bagaimana permohonan untuk mendapatkan sesuatu di tolak atas sebab-sebab yang saya sendiri tidak dinyatakan. Akan tetapi, atas nasihat mantan-mantan yang selalu memberikan tunjuk ajar saya dan beberapa rakan telah menggunakan kaedah lain untuk 'memaksa' mereka meluluskannya. Sememangnya cara itu agak 'jahat' tetapi tidak salah rasanya kerana ia melibatkan kebajikan mahasiswa/i.


(Membaca usul di persidangan percubaan DPP)


Melalui platform sebagai YDP IKMAR ini jugalah saya telah berkesempatan menjadi salah seorang Ahli Dewan Perundingan Pelajar (DPP) atau Parlimen Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM). Kehadiran saya di dalam DPP bukanlah sebagai Muhammad Syukri Sa'adon tetapi sebagai suara rasmi Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR) khususnya dan seluruh warga kampus amnya. IKMAR turut mempunyai beberapa orang wakil di dalam DPP sebagai pemerhati iaitu Mohd Fithri Jemari yang juga mantan YDP IKMAR 2009/2010, Tan Kee Hui NYDP 1, dan Abd Aziz A'zmi Exco Multimedia.


Tahniah kepada barisan kepimpinan IKMAR yang baru. Saya yakin, barisan kepimpinan Majlis Tertinggi IKMAR sidang 2011/2012 yang baru di bentuk mampu memacu IKMAR ke arah yang lebih gemilang. Sudah tiba masanya IKMAR tidak bergantung harap dengan orang-orang politik di luar sana. Kini masa untuk kita berdikari tanpa mengharapkan bantuan dan sumbangan kewangan yang telah mereka janjikan. Perlu disedari juga, walaupun yang menjanjikan wang atau apa sekalipun itu adalah seorang ustaz, tetapi orang politik tetap orang politik. Kini sudah setahun IKMAR menanti janji peruntukan sebanyak RM1,000.00 (seribu ringgit) setiap bulan daripada pihak tertentu, tetapi janji tinggal janji. Sudah berpuluh surat kami hantar, tetapi tiada respon di beri. Berpuluh surat kami hantar tetapi tiada satu pun yang di respon. Jangan kata hendak memberikan sumbangan kewangan, hendak membalas surat dan mesej pun tidak pernah setakat ini. Terima kasih kepada Yayasan Pelajaran Johor atas sumbangan yang diberikan.


Sebagai YDP IKMAR saya bangga apabila di puji kerana negeri Johor mempunyai ramai pemimpin di peringkat kerajaan persekutuan. Malangnya, saya juga 'bangga' kerana mereka tidak mengetahui cerita yang sebenarnya. Kali terakhir 'orang besar' daripada Johor datang ke USM ini ialah pada tahun 2008, ketika itu saya masih baru di USM. Selepas itu tiada lagi 'orang besar' daripada Johor datang, kerana yang di jemput pun tidak datang apatah lagi yang tidak berjemput. Biasanya, mereka akan hadir apabila musim pilihan raya sudah mula hampir. (biasalah tu..). Kepada orang-orang politik di luar sana saya mohon maaf. Perkara ini sememangnya sukar untuk di terima tetapi ini adalah hakikat. Saya akui ramai pemimpin Johor di peringkat pusat tetapi berapa ramai yang berjiwa mahasiswa/i seperti Yang Berhormat Datuk Saifuddin Abdullah? Mungkin ini juga hakikat kerana negeri Johor adalah tiang seri kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Secara peribadi pemimpin-pemimpin itu tidak bermasalah sebenarnya, tetapi pembantu-pembantu disekeliling pemimpin itu yang bermasalah. Saya sendiri pernah berurusan dengan seorang setiausaha politik dan berhasrat mengundang pemimpin itu hadir ke suatu program, setpol itu meminta jumlah tetamu dalam jumlah tertentu dan jika tidak 'bosnya' tidak akan datang. Saya hanya menjawab dengan selamba "ok la macam tu, saya tak boleh nak kata apalah, nanti masa pilihan raya jangan segan-segan sediakan bas untuk anak Johor USM balik Johor ya.." Inilah hakikatnya.


(Di dalam kotak itu memiliki amanah dan tanggungjawab)


Saya tidak berminat bercerita mengenai 'politik kotor' itu. Terus terang saya katakan, inilah keluarga besar kami di Pulau Pinang. Kami tiada saudara mara di sini. Jauh merantau di sebuah pulau meninggalkan keluarga di selatan. Adakalanya kami seperti pengemis meminta belas ihsan pihak-pihak tertentu, tetapi kami tetap bersatu.




Kepada YDP IKMAR yang baru Mohamad Safiq Suhaimi, tahniah saya ucapkan. Galaslah tanggungjawab ini dengan sepenuh ikhlas. Masa untuk mengemis dengan pemimpin di negeri selatan sudah berakhir. Ini tidak bermakna kita kena mengemis dengan pemimpin di pulau ini pula. Kita buktikan kita mampu berdikari di pulau ini. Kini tiba masanya untuk mengkorporatkan IKMAR. Gunakanlah kepakaran dan pengalaman anda semasa di CONVEX. Janalah pendapatan sehingga RM120,000.00 seperti mana di CONVEX. Hasil keuntungan itu bolehlah digunakan untuk makan malam di hotel-hotel mewah dan bukan hanya di Dewan Utama Desasiswa (DUD) sahaja.


Terus terang saya katakan, inilah keluarga besar kami di Pulau Pinang. Kami tiada saudara mara di sini. Jauh merantau di sebuah pulau meninggalkan keluarga di selatan. Inilah keluarga IKMAR yang dibanggakan..


(AGM 29 Mac 2011)

(BBQ IKMAR)

(Majlis Buka Puasa di UUM)

(Majlis Hari Raya IKMAR)

(Hari Interaksi)

(Raya Haji)

(Sukarelawan selepas banjir di Pagoh)

(Karnival Sukan Anak Johor - UKM)

(Pendaftaran IKMAR)

(Bowling IKMAR)

(Malam Penghargaan IKMAR - MAMPIR)

Malam Penghargaan IKMAR - MAMPIR

(dari kiri : Mohamad Safiq Suhaimi, 
Prof. Madya Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim -Penasihat 1 IKMAR,
Muhammad Syukri Sa'adon)

Inilah keluarga besar kami, memiliki seorang penasihat yang sangat memahami kami semua. Tidak pernah menolak permintaan kami untuk 'meminjam' rumahnya bagi kami memasak untuk menyambut Hari Raya Haji kerana kami tidak dapat balik ke kampung masing-masing.

Alhamdulillah, adalah amat diharapkan semoga perhubungan ini berkekalan hingga ke suatu masa yang akan ditentukan oleh-Nya.

Mohamad Safiq Suhaimi & Muhamad Hilal Zainudin
(HARAPAN - IKMAR, saya dan kami)

Saya berdoa supaya pilihan yang saya buat ini adalah tepat. Suatu masa YDP dan NYDP yang baru sukar untuk menyesuaikan diri (maklumlah dulu baru kenal), kini mereka sudah serasi. Semoga IKMAR terus gemilang di bawah mereka.

6 ulasan:

  1. nice....
    hope pe yg dilalui sepnjg kamu di usm..
    mnjdi stu titik tolak untuk kamu berhadapan dengan situasi realiti diluar sana...
    syabas syukri kerna membuat yg trebaik untuk IKMAR bg sidang 2010/2011...

    BalasPadam
  2. bile bc nih,..rasa sedih pun ade..

    BalasPadam
  3. terima kasih cha..terima kasih juga sebab kamu banyak membantu abang ngah ni..maaf sebab pernah buat kamu menangis..

    ijan, terus terang masa taip benda ni rasa agak sedih..banyak halangan dan cabarannya

    BalasPadam
  4. rasa sedih jugak
    pasni bos xde d usm
    xd JDN
    xd gurau senda dari bos
    xd dgr bos nk perli2 lagi
    xd nk mkn sama2
    xd dalam kelas sama2
    xd nk jerit2
    xd nk tgok muka bos mcm2

    bos..
    terima kasih bnyk atas sagalanya ye
    maaf sebab pernah buat bos marah
    maaf jugak sebab slalu kena ingtkan dqnie walaupon smua tu kerja dqnie...

    T_T tq
    gonna miz the moment
    akn sagt2 rndu n jadikan kenangan suka duka
    d usm...

    kamo adalah BOS trbaek..
    =)

    *nagis sikit

    BalasPadam
  5. ada orang nangis pagi2 bila baca blog ni nampaknya..ydp baru pun termenangis..sama2 la ye deqnie..apa2 pun kamu tetap s/u kerja yg terbaik

    BalasPadam
  6. terharunya..sedih kot baca blog n komen2 korang...sob2..
    apa2 pon..
    korang dh buat yg terbaek untuk ikmar sepanjang menjadi MT sidang 2010/11 ni..
    dan lepas ni dh x nampak pari2 biru..sob3..

    BalasPadam