Followers

Selasa, November 03, 2009

Adduhhh.. Sensitifnya hal ni...

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah berkenaan dengan hal yang agak sensitif. Sensitif dari aspek yang pelbagai, kerana melibatkan banyak pihak terutamanya pihak yang berada di sekeliling kita.

Sebenarnya saya tidak mahu menulis mengenai perkara ini, tetapi setelah 'tercabar' dek cabaran rakan maka saya rasa perlu untuk menulisnya. Saya bukanlah gemar menyahut cabaran yang tidak berapa mencabar seperti ini, tetapi cabaran itu dilontarkan oleh mereka yang ingin melihat pandangan peribadi saya terhadap isu ini.

Saya tidak menujukan perkara ini khusus kepada individu mahupun kumpulan. Saya nyatakan hal ini sebagai satu peringatan untuk diri saya dan kita semua sebagai Satu Malaysia. Saya dahulukan permohonan maaf seandainya ada yang terasa dengan hal ini.

Semasa menjelang hari-hari terakhir peperiksaan STPM pada akhir tahun 2007, seorang rakan saya berketurunan India dan beragama Hindu bertanya sesuatu yang agak mengusutkan kepala saya untuk menjawabnya.

"Syukri, setiap orang Islam wajib tutup auratkan? Kenapa kawan-kawan perempuan kita dia pakai tudung tapi baju dengan seluar mereka ketat..ada tu nampak badan seksi sangat, saya pun malu nak tengok..".

Saya terkedu apabila mendengar soalan cepu logam daripada dia. Suka atau tidak saya kena jawab soalan dia, terpaksalah berfikir sekejap sebab mesti bagi jawapan yang rasional..

Tiba-tiba dapat idea nak menjawab..

"Memang betul apa yang awak cakap tu, sebab tu dah diberitahu yang salah satu tanda kiamat ialah berpakaian menutup aurat tetapi sebenarnya mereka bertelanjang..maksudnya pakai pakaian yang menampakkan susuk badan..bukannya mereka tak tahu perkara ni tapi mereka terpengaruh dengan budaya Barat yang berkarat..".

Kini di universiti sekali lagi saya berhadapan dengan soalan yang sama.. Soalan yang sama diajukan oleh kawan yang bukan beragama Islam.

Memang malu untuk menjawab hal ini, tetapi kita semua adalah pelakon yang berlakon di atas pentas dunia ini. Sudah dinyatakan apa yang akan berlaku pada akhir zaman ini.

Dalam hal berkaitan dengan berpakaian, itu adalah hak masing-masing. "Alah yang ko nak sibuk-sibuk buat apa! Ini hal aku bukannya hal kau, lagi pun kubur kita lain-lain..kau jaga hal kau, aku jaga hal aku..".

Pada saya inilah ayat penamat dalam bab-bab menasihatkan SAUDARA SEAGAMA. Tapi kalau mati beramai-ramai tak ke dikebumikan dalam liang lahad yang besar? Biarlah..

Seperkara lagi ialah berkenaan dengan baju T. Kini kita dapat melihat banyak remaja lelaki khasnya memakai baju T yang mereka kurang peka dengan lambang yang ada di baju T tersebut.

Satu contoh paling mudah, jersi pasukan bola sepak yang tertera lambang Carlsberg. Ramai juga yang saya yakin beragama Islam memakai jersi tersebut. Apabila di tanya mereka akan menjawab "bukannya aku minum pun, cuma pakai baju ni je..". Kalau macam itulah mereka punya tanggapan ini bermakna orang Islam pun boleh memakai lambang Salib walaupun beragama Islam.

Yang mana lebih elok, menutup aurat atau tidak? Jawapannya ialah lebih elok menutup aurat.

Yang mana lebih elok, pakai tudung (pakai purdah dan tudung labuh) tapi mulut macam 'murai' jaja cerita sana sini atau tak pakai tudung tapi baik tutur kata dan pandai menyimpan rahsia. Pada saya elok lagi yang tak pakai tudung ni. Daripada yang pakai tudung litup tapi hipokrit nak buat apa..

Seelok-eloknya pakaian itu sewajarnya mencerminkan keperibadian si pemakai..

*Bak kata Remie dengan Izzuddin (sahabat Candu Minda), kan cantik pakai baju kurung macam..........

29 ulasan:

  1. Kalau nak lihat dari sudut agama, adalah tidak eloklah berpakaian sedemikian. Islam secara tegas melarang umatnya mendedahkan aurat.

    Hari ni fesyen sudah melawan hukum. Ramai yang tak kisah. Pakai tudung bukan niat untuk tutup aurat, tapi untuk nampak cantik. Sebab kalau bebas rambut, nanti nampak rambut kerinting.

    Itu dari sudut agama lah...

    Negara kita cakap je negara Islam, tetapi ramai juga pemimpin utama yang tak Islamik. Dedah aurat sana sini. Saya bukanlah fundamentalis agama, tetapi musykil dengan keadaan sekarang, berbeza dengan tuntutan.

    Bab pakaian ni, kadang kala kita juga harus fikir bahawa adalah tidak adil untuk kita menyalahkan barat sahaja. Zaman datuk nenek kita dulu pun sudah ada yang berpakaian ketat. Tapi mengikut fesyen zaman dahulu. Contoh, baju kebaya. Walaupun baju kurung, tapi masih menampakkan bentuk tubuh terutamanya bahagian pinggang.

    Budaya timur bukan juga sempurna dan indah. Tetap ada yang kurang juga. Golongan raja dan pembesar dahulu, ramai yang kaki perempuan. Rampas isteri orang untuk puaskan nafsu.

    Nanti gua kawin, jangan rampas bini gua sudah lah!

    BalasPadam
  2. salam,
    "Syukri, setiap orang Islam wajib tutup auratkan? Kenapa kawan-kawan perempuan kita dia pakai tudung tapi baju dengan seluar mereka ketat..ada tu nampak badan seksi sangat, saya pun malu nak tengok..".
    pompuan islam yang x pakai tudung

    slu juga sy mendengar pertanyaan spt ini drpd org bkn islam, pada saya elok je jawab" nie bergantung kpd hati masing2. x boleh point out pd agama islam jer (pd saya soalan nie soalan perangkap, yg bertujuan merendahkan agama islam). even kristian, hindu, buddha dan lain2 agama menganjurkan penganutnya berkelakuan baik,berpakaian sopan. tapi kenapa penganutnya x ikut dan melakukan berbagai kemungkaran.

    BalasPadam
  3. salam "Tanpa Nama"..

    sy memahami dan bersetuju dgn anda dlm perkara ni..

    ramai juga penganut agama lain yg melakukan kemungkaran..agama selain Islam tidak menggalakkan zina tetapi ramai yg bebas melakukannya..

    sy tidak melihat soalan tersebut sebagai perangkap dan merendahkan agama Islam tetapi sebagai pertanyaan di atas kekeliruan yg wujud dibenak fikiran mereka yg bukan Islam.

    pokok pangkalnya hati kita sendiri..nak cari yg betul2 indah sekarang ni memang susah, ada tu baik di luar tapi buruk di dalam dan sebaliknya..

    izzuddin..memang zaman datuk nenek kita dulu memang dah ada fesyen baju ketat2 ni tapi masa tu gejala sosial tak sehebat masa kini. baju kebaya tu dah memang ketat tapi pernah dengar cerita hal2 yg tak elok? mungkin ada tapi tak banyak macam hari ni la..

    zaman datuk nenek kita dulu mereka tak pakai seluar jean yg ketat sampai menampakkan benda yg tak sepatutnya ditunjukkan..sekurang-kurangnya zaman dulu menggunakan kain batik dan baju kebaya..sopan la sikit

    bab pakai tudung ni sebenarnya macam kata "Tanpa Nama" bergantung pada hati..isteri2 pemimpin2 negara kita boleh dibilang dgn jari berapa ramai yg pakai tudung dengan sopan..

    contoh terbaik Raja Permaisuri Agung..kemudian isteri TPM kita..isteri Ahmad Zahid Hamidi..yg lain tak ingat pulak..susah nak senaraikan isteri pemimpin yg pakai tudung ni..

    tidak ada yg sempurna dalam dunia ni bro..mesti ada yg kurang..kenapa hal yg baik mereka tak ikut tapi hal yg tak elok mereka boleh ikut? Rakyat Jepun yg terkenal dengan sopan santun tu pun dah terpengaruh dengan budaya Barat..dulu mereka 'tutup aurat' tapi fesyen sekarang ada yg tak senonoh..

    walau apa pun semuanya terpulang kepada hati masing2..artikel ini hanya ingin melihat pandangan para pembaca..

    jika anda beremosi ketika membaca, ini bermakna anda akan meluahkan apa yg tidak pernah anda luahkan selama ini..

    terima kasih..

    BalasPadam
  4. Emosi nampaknya Tanpa Nama?
    Luahkan..

    Gua nak komen lebih-lebih pun,gua tak tau la..
    Sebab gua ni knowladge pun kurang lagi..So,gua cakap apa gua tahulah...Gua bukan emosi..Sorry tak jaga bahasa.Gua bukan dak skema.

    Bagi orang orang bukan islam, mendedahkan aurat tidak kira lelaki atau perempuan,ia tidak menjadi masalah,cuma ia adalah perbuatan yang kurang sopan dan harus dielakkan..

    Orang bukan islam bertanya bukan ingin mengaibkan umat islam.CUma mereka keliru dengan apa yang mereka lihat..Jika Tanpa Nama berada di posisi mereka juga, saya percaya dan yakin 100% yang anda akan menyuarakan perkara yang sama.
    Ini menunjukkan mereka faham dan tau tentang hukum-hakam islam walau sedikit.

    Tanpa Nama,saya bukan islam. Saya juga mengaku bahawa saya pernah bertanya soalan ini kepada saudara syukri.Bukan ingin mengaibkan tapi saya melahirkan rasa kesal. Sebab apa? Saya mengamalkan Amar maaruf Nahi mungkar dalam hidup saya.Bukan mahu bongkak atau sombong. Tapi itulah saya. Saya tahu mendedahkan aurat satu dosa bagi umat islam. Bagi saya pula, tak salah ingin bergaya asalkan kena gaya. Pakai tudung tapi nampak alur punggung. Ia seolah-olah menghina kesucian tudung itu sebagai pelindung aurat wanita islam..
    Baik tak pakai..Dedahkan segalanya..Buat apa berlindung disebalik "Tembok Pecah" itu?Hipokrit lagi satu dosa beb...

    Namun,sebagai manusia biasa yang berakal waras dan bertamadun, saya tidak menafikan hak anda walau sedikit..Ini hak saya untuk berkata, jangan nafikannya.

    Terima kasih untuk tidak bersetuju....

    "Bila kawan ramai keliling kita,
    cakap besar tunjuk belang,
    apabila sorang-sorang, pengecut pemalu,
    macam, semua orang.

    Saya juga bukan sempurna tapi saya tahu,
    dosa pahala ku, tuhan sahaja yang tahu."

    BalasPadam
  5. Tengok!! orang bukan Islam pun tau pasal serba sikit pasal Islam..

    aku tak reti nak guna "gua" dengan "lu" ni..jadi terpaksa guna ayat skema. kalau aku tak guna ayat skema nanti cikgu karangan BM aku marah.. so aku kena hormat dia di atas segala ilmu yg diajar..

    mana lebih elok, tau tapi buat2 tak tau atau tak tau tapi sibuk nak tau ataupun nak ambil tau sebab memang tak tau?

    pening? fikirkan dan renungkanlah..

    BalasPadam
  6. Toksah guna la..Hahaha
    Jadi diri sendiri...
    Bagi aku,bior tak tau tapi sibuk nak tau...

    BalasPadam
  7. Tapi orang Islam ada yang angkuh. Prejudis terhadap agama lain. Tak jaga sensitiviti dan tak hormat agama lain. Pening-pening..

    Kes buang bayi salahkan barat.. hisap dadah salahkan barat.., hiburan salahkan barat... semuanya barat.. kesian....

    BalasPadam
  8. Izzuddin..memang ada orang Islam yg angkuh dan itu memang sukar untuk dinafikan..wujud juga penganut agama lain yg tidak hormat kepada agama lain..

    budaya Barat itu ditiru dari aspek fesyen yg mencemarkan tatasusila kita di Timur..

    sejarah mencatatkan bahawa negara Barat menjajah China dengan menggunakan Candu..ini tercatat dalam sejarah Perang Candu.

    ini juga boleh dikatakan sebagai penjajahan bentuk baru..budaya sendiri dipinggirkan budaya asing dijulang..

    baik dengar Rock kapak..jiwang sikit

    BalasPadam
  9. Bukankah budaya kita sendiri banyak dicedok dari budaya dan tamadun lain? Saya rasa, bahasa yang kita gunakan hari ini pun kebanyakannya diambil dari bahasa-bahasa lain. Contohnya arab, inggeris, perancis.dll.

    Musik timur tu rock kapak ke?

    BalasPadam
  10. memang betul banyak budaya kita dicedok daripada budaya dan tamadun lain..saya tak nafikannya.

    apa yg kita cedok itu kebanyakkannya berkaitan hal2 yg positif..contohnya tulisan jawi yg dicedok terus daripada tulisan Arab dan disesuaikan dengan kita di nusantara ini, sebab kita tak ada tulisan..

    dalam muzik pula, kita tak ada gitar tapi kita ada gambus yg juga bersaudara dengan gitar..irama zapin juga berasal daripada timur tengah (jika saya salah sila betulkan). lagu kebangsaan Negaraku juga bukan berasal daripada negara kita mahupun Indonesia tetapi berasal daripada Perancis.

    saya tidak kata rock kapak itu sebagai muzik timur tetapi gaya penyampaian lagu2 berentak rock kapak itu amat sesuai dengan kita sebagai orang Timur dan muziknya tidak terlalu 'keras'..(lagi sesuai kalau putus cinta..macam aku..)

    budaya asing tidak semuanya boleh kita ikut. dalam setandan pisang tidak semua buah pisang tu elok, ada juga yg busuk dan dah lembik..kalau yg lembik tu boleh juga buat cekodok..

    BalasPadam
  11. Kapitalisme Barat yang kita amalkan hari ini pula macam mana? Kebanyakan fundamentalis agama dari timur hari ini hanya menentang budaya dan tamadun barat untuk perkara umum sahaja.

    Tidakkah kapitalisme itu yang jadi asas ekonomi untuk orang timur terutamanya negara Malaysia yang dikatakan islamik hari ini?

    BalasPadam
  12. 'kapitalisme' kalau ikut sejarah dah wujud lama dah..bukan Barat je yg amalkan dulu tapi Nusantara juga amalkannya..

    kita rujuk pada sejarah..penjajah Barat menjajah tanah air kita dan mereka membawa banyak perkara dan salah satunya sistem ekonomi yg saudara katakan..penjajah telah memaksa kita untuk menerima segala yg mereka bawa, sehinggakan kita hendak merdeka pun Perlembagaan tanah air kita mereka terlibat sama..

    Malaysia negara Islamik? saya sebenarnya berbelah-bahagi mengenai negara Ismlamik ini..bagaimana hendak melaksanakan sistem ekonomi yg bebas daripada 'kapitalisme' jika ekonomi negara kita dikuasai oleh mereka yg bukan Islam? saya hanya menganggap Malaysia sebagai negara yg dipimpin oleh orang Islam dan majoriti penduduknya beragama Islam..di mana undang2 Islam? hanya Mahkamah Syariah dan undang2 Syariah yg berbeza setiap negeri sahaja yg ada..

    seperti yg saya katakan sebelum ini, perkara yg dilihat elok di mata kebanyakkan pihak itulah yg akan mereka contohi dan turuti..sistem kapitalisme dilihat menguntungkan bagi mereka dan sistem itulah yg mereka amalkan..

    BalasPadam
  13. Saya juga tidak mengatakan negara ini islamik. Kenyataan diatas hanya sekadar sinis semanis saccharine sahaja. Dalam perlembagaan yang dibuat oleh barat sahaja Malaysia dikatakan negara Islam. Padahal, Islam mengikut perlembagaan Lord Reid hanya sekadar agama rasmi. Wallahualam..

    "sistem kapitalisme menguntungkan mereka". Siapakah mereka? Rakyat? golongan marhaen? buruh murah?

    Yang harus ditentang ialah kuncu-kuncu kapitalisme barat,bukannya seluruh tamadunnya.

    BalasPadam
  14. sudah terang lagi bersuluh..anda tahu tapi masih bertanya..tanpa selindung di sini;

    MCA terkenal sebagai parti tauke2..
    UMNO terkenal dengan budaya kroni..
    pemimpin PKR sendiri pengamal kronisme dan nepotisme semasa dalam BN..

    apabila mendapat kuasa maka amalan ini turut dilakukan oleh mereka yg pernah menentang selama ini..

    tanpa kapitalisme buruh murah tak akan mendapat nama sebagai "buruh murah", rakyat juga tidak akan memperolehi pekerjaan dan ekonomi negara tidak akan berkembang..rakyat juga akan merempat, maka akan berlaku ketidakstabilan..ini yg saya baca dalam buku la..

    saya lebih suka kita mengIslamkan kapitalisme ini agar bersesuaian dengan prinsip keadilan untuk semua..tamadun itu membangun mengikut corak Islam..

    BalasPadam
  15. Rakyat dapatkah sepertimana yang rakyat perlu dapat dalam kapitalisme? Kalau macam Karl Marx cakap, gaji yang harus pekerja dapat ialah gaji tauke tu. Lebih kurang macam tu la.

    Ekonomi berkembang, negara yang dapat nama. Tauke besar yang dapat untung. Politikus buat rumah besar. Tapi rakyat still juga berada pada takuk yang sama.

    Pekerja kilang buat perkara yang sama setiap hari dikilang. Main benda sama kendali mesin. Tak ada perkembangan. Masa dan tenaga diberi tanpa upah sepadan. Produksi keluar hari-hari. Untung berjuta-juta adalah tauke.

    Pekerja dan rakyat marhaen tak dapat nama pun.

    Macam mana mengIslamkan kapitalisme? Ekonomi kapitalis bukan ke berorientasikan agama tapi keuntungan? Nak kaya, tak kira kita agama apa. Semua kalau boleh dapat untung akan dieksploitasikan. Ke nak buat sistem ekonomi Islam? Tak ada penindasan ada keadilan.

    BalasPadam
  16. cara paling sesuai ialah menggunakan sistem ekonomi Islam yg sebenar..Islam dah cukup sempurna sehinggakan zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz nak cari orang yg betul2 layak terima zakat pun susah..

    saya tidak berminat hendak mengulas berkenaan apa yg diperkatakan oleh Karl Marx..

    sebagai contoh..anda belajar selama 6 tahun di sekolah rendah, hampir 7 tahun di sekolah menengah dan 3 tahun di universiti..kemudian berminat menyambung pelajaran selama beberapa tahun di universiti. anda berkelayakan dari segi pendidikan dan kebolehan..apabila anda memasuki dunia berkerjaya adakah anda inginkan gaji yg setaraf dengan mereka yg tidak mahu menuntut ilmu bertahun-tahun seperti anda?

    sekiranya anda belajar sehingga mendapat PhD, adakah anda ingin menerima gaji setaraf buruh murah yg datang dari seberang?

    apabila kita pernah rasa kesusahan dan bermula daripada bawah, kita perlu mempunyai nawaitu untuk mengubah hidup kita sendiri..

    kalau tidak mampu menerima hakikat kapitalisme, berhenti daripada kerja kilang..

    anda sebagai pemilik kilang tetapi gaji anda lebih kecil daripada gaji pekerja anda sendiri..adakah anda terima? pekerja anda sendiri menggunakan kenderaan mewah tetapi anda hanya menggunakan basikal sebagai menyahut kempen "Lestari"..

    berbalik kepada kerja kilang tadi..bayangkanlah jika wujud perkembangan secara mendadak seperti kilang menukar pekerja kepada mesin2 canggih, maka akan berlakulah pembuangan pekerja dan ini akan menyebabkan pengangguran. adakalanya terdapat kebaikan di dalam keburukan..

    *nampaknya topik ni dah tersasar jauh daripada tajuk asal..buka minda

    **terima kasih..wassalam

    BalasPadam
  17. Ya..tapi sekurang-kurangnya rapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Sekarang ni apa yang berlaku ialah, yang kaya semakin kaya, yang miskin semakin miskin.

    Tu lah kapitalis. Contoh, Kelangsungan peniaga-peniaga kecil semakin terancam sebab semakin banyak projek pasaraya yang nak buka kat negara ini.

    Tentang kelayakan, Tak mustahil ada orang buat dan terima. Joe Higgins seorang ahli politik ireland terima gaji sama taraf dengan golongan pekerja je. Perkara tak mustahil. Kapitalis kalau sekalipun sukar untuk dijatuhkan, sekurang-kurangnya kurangkan menyumbang terhadapnya. Jangan pula ditambah-tambah, lepas tu tunduk terus.

    Ya, kalau manusia ego sangat untuk tak mahu sama gaji dengan orang seberang, sekurang-kurangnya jagalah kebajikan. Jangan dibunuh-bunuh.

    BalasPadam
  18. persoalannya di sini, berapa ramai yg sanggup jadi seperti Joe Higgins? ahli politik malaysia (wakil rakyat) pun elaun mereka lebih kecil daripada guru..(tak termasuk yg jadi kroni berbaris mahupun berpakat..)

    yg kaya memang tetap kaya..tapi wujud juga komuniti kaya baru dan komuniti miskin baru walaupun tak banyak..komuniti miskin baru lebih banyak disumbangkan oleh pendatang2 dari luar..

    berapa juta rakyat seberang yg bekerja di sini? jangan kerana segelintir majikan yg 'tidak berkebajikan' terhadap pekerja maka dilabel semuanya sebagai sedemikian..

    kebajikan pekerja seberang memang perlu dijaga tapi ada juga pekerja seberang yg mengkhianati majikan..itu pun terjadi juga.

    BalasPadam
  19. hahaha...A ah. alaun kecil daripada guru pun, tapi hidup tetap mewah, rumah kereta besar. Itulah ironinya. Hal ni bermain dengan etika dan prinsip.

    Yang miskin jangan tengok hanya pada pendatang luar sahaja. Penduduk tempatan pun ada yang masih miskin tegar.

    Tak kira rakyat datang dari mana pun, merekalah yang telah membawa pembangunan,kayakan negara walaupun dibayar dengan harga yang murah. Tapi orang tak pandang pun.

    BalasPadam
  20. ahli politik dan wakil rakyat berbeza bro..ahli politik boleh menjadi wakil rakyat tetapi wakil rakyat belum tentu boleh menjadi ahli politik..

    bro..tempat gua ada orang miskin, bila kerajaan siasat nak bagi bantuan kat dia barulah kami tau yg dia ada tanah berekar-ekar tapi tak diusahakan..tiap2 bulan dapat bantuan RM300 daripada JKM dan Baitul Mal..alasan dia "malas" sebab dah dapat bantuan tiap2 bulan..

    siapa yg tak pandang mereka? kita masih pandang dan hargai mereka..PM DS Najib sendiri semasa di wawancara oleh TV Indonesia berterima kasih dengan tenaga buruh Indonesia kerana membantu membina malaysia..

    yg tidak memandang mereka ini hanyalah mereka yg dah terlalu tinggi di atas kekayaan..mereka tidak pernah merasa kesusahan, kaya sebab mewarisi harta warisan..

    BalasPadam
  21. Hahaha..yang tu bukan miskin la tu.. Yang penting, dalam nak memperjuangkan ketuanan Melayu dan nak tentang Anwar Ibrahim pun, kita jangan tutup mata dalam hal ni. Masih ramai lagi yang tertekan dengan kesempitan hidup.

    Kutuk sana, kutuk sini, kata dia tu pengkhianat bangsa pun tak akan kenyangkan mereka yang kelaparan.

    Jom, berbalik pada isu pakaian.

    BalasPadam
  22. kalau dia pengkhianat pun apa kena mengena dengan aku? dia sibuk jumpa kawan2 dia kat USA, lebih suka pergi luar negara daripada basmi kemiskinan..

    kat malaysia ni susah nak jumpa orang yg mati kelaparan sebab rakyat kita ni mudah simpati, sebab tu selalu kena tipu dengan peminta sedekah..yg buat mogok lapar tu memang ada..

    aku tak setuju cara kerajaan bagi bantuan duit tiap2 bulan kat orang miskin..lebih elok bagi pekerjaan, tak pun bagi modal untuk mereka berniaga kecil-kecilan buat kuih ke, nasi lemak ke, kerepek ke dll..

    lebih elok bagi joran dan ajar cara memancing daripada bagi ikan tiap2 bulan..tu pun kalau ada ikan lagi kat sungai, maklumlah banyak sungai dah tercemar

    BalasPadam
  23. rilek..rilek..hehehe.. Kemiskinan bukan di Malaysia sahaja. Seluruh dunia ada... Tanggungjawab kita yang berkemampuan.. Nak buat baik tak perlu tauliah ataupun minta pengesahan dari wakil rakyat. hahaha... Rilek..rilek...cool..cool...

    BalasPadam
  24. Rileks bro..hahaha..jangan beremosi..

    BalasPadam
  25. gua sentiasa ok beb..gua tak kisah dengan lu sebab gua tau cara lu..lu pun beremosi kat dalam blog lu..apa2 pun gua tak kisah la beb

    BalasPadam
  26. wah kentang gila berdialog dan berdialektik..

    Bagus, bagus..

    BalasPadam
  27. naik pening kepala aku nak berhujah dengan si din ni.. tak pasal2 keluar tajuk.. inilah padahnya kalau perbahasan tak ada speaker..

    BalasPadam