Followers

Ahad, Julai 12, 2009

Setahun di USM...

Bulan Julai 2009 ni dah setahun aku bersatus pelajar/siswa/mahasiswa di USM..

Semasa keputusan permohonan IPTA keluar pada 18 Jun 2008, aku tak dapat mana2 IPTA pun..walaupun Hj. Jailani cakap keputusan aku 'cukup baik' untuk dapat U tapi aku tak dapat U pun..

Bila aku tak dapat U banyaklah mulut2 tempayan yg berbunyi walaupun tempayan tu pakai tudung labuh..aku bersyukur seandainya ini pembalasan kerana aku kerap mengkritik kepincangan & pelaksanaan peraturan sekolah serta aku kerap menegur segelintir cikgu yg gemar memfitnah & memburuk2kan pelajar sendiri..

Aku masih ingat ada kawan aku dengan selamba dia kata "aku tak ada A pun boleh masuk U..." bila dengar dia cakap macam tu aku senyum je la nak buat apa lagikan..

Aku buat rayuan & akhirnya aku dapat belajar kat USM..ramai yg tak percaya aku dapat belajar kat USM ni..mulut tempayan bertudung labuh yg suatu masa mengkritik aku pun telefon untuk ucap tahniah.. "ala syukri masuk USM tu rayuan je...". Bak kata Hj. Roszain Ali, bukan senang kita nak berjaya, kita perlu hadapi pelbagai halangan..

21 Julai 2008 adalah hari pertama aku menjejakkan kaki sebagai pelajar di USM ini.. Dalam 2 atau 3 bulan selepas itu jugalah USM mendapat taraf sebagai Universiti Apex.. Universiti Apex adalah program yang dirangka untuk membantu institusi yang dipilih mencapai tahap antarabangsa dan menjadi antara yg terbaik di dunia.

*Aku belajar kat USA sekarang ni... Universiti Sains Apex - Malaysi

1 ulasan:

  1. eh! ko blajar kt usm ker? dh sem brapa? umo ko brapa? bleh apply lagi x msuk USM??? bkn ape aku ni 19 tp x blaja lg aku keje jer.. cadang nk smbung tp xtau nk apply mne la? yg dekat dgn aku pun USM jer la...

    BalasPadam