Followers

Selasa, Februari 23, 2010

Jawatan PM bukan untuk Melayu sahaja..

Salam.. Salam Sejahtera..

Pada tahun 2000 dan ketika itu saya berada di Tahun 6 sekolah rendah, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri telah melakukan lawatan ke Daerah Batu Pahat.

Di dalam lawatan itu beliau ada mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa jawatan Perdana Menteri hanya dikhaskan kepada orang Melayu sahaja. Hal ini bermakna orang bukan Melayu atau Bumiputera juga boleh menjawat jawatan Perdana Menteri.

Secara peribadi saya bersetuju dengan kenyataan Prof. Datuk Shad Saleem Faruqi yang merupakan seorang pakar Perlembagaan dan pensyarah kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai perkara ini.

Prof. Datuk Shad Saleem Faruqi turut mengatakan bahawa untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara maka orang Melayu perlu dikekalkan pada kedudukan tersebut.

Saya tertarik dengan kenyataan daripada Prof. Dr. Aziz Bari yang terkenal dengan kelantangan beliau dalam membicarakan sesuatu isu. Saya memetik perkara ini di dalam MalaysiaKini yang membawa maksud selepas enam orang Perdana Menteri Melayu di negara ini kepentingan Islam dan Melayu tidak juga terjaga. Saya tidak tahu di bahagian mana kepentingan Islam dan Melayu itu tidak terjaga.

Walau apa pun saya tidak mempunyai masalah jika Perdana Menteri bukan orang Melayu. Saya sebenarnya tidak boleh menentang perkara ini kerana jika saya menentang orang bukan Melayu daripada menjadi Perdana Menteri maka saya akan di gelar sebagai bersikap perkauman. Mereka yang bukan Melayu biasanya akan terlepas daripada gelaran itu jika memainkan isu perkauman.

Thaksin Shinawatra adalah orang Cina dan beliau mampu menjadi Perdana Menteri Thailand. Kerana apa? Kerana Thaksin walaupun berketurunan Cina tetapi beliau di lihat lebih Siam daripada orang Siam.

Secara peribadi saya melihat belum tiba masanya untuk orang bukan Melayu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Masanya akan tiba juga suatu ketika nanti.

2 ulasan:

  1. Yup..Aku rasa memang belum sedia lagi... Tapi orang kena mulai siap sedia dari sekarang.. Kalau tak,kalau tetiba jadi, macamana?Takkan nak menangis hentak-hentak kaki macam roommate aku sorang tu?hahha

    BalasPadam
  2. kalau tetiba jadi kena terima la..apa nak susahkan..masa tu pemimpin yang bukan Melayu tu tak boleh bertindak sesuka hati sebab Perlembagaan adalah undang2 tertinggi negara..

    BalasPadam