Followers

Rabu, November 18, 2009

"POLITIK HANTU"

Salam.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Artikel ini bukanlah berkaitan dengan isu semasa mahupun soal hati dan perasaan, apatah lagi berkaitan putus cinta ataupun cinta pandang pertama.

Artikel ini hanyalah perkara biasa. Hanya ulasan untuk buku yang telah beberapa kali di baca dan cuba hendak dimasukkan ke dalam blog ini sebagai ulasan untuk di kongsi bersama. Akan tetapi terlupa dek kesibukan diri.

Semasa pemilihan UMNO yang diadakan pada bulan Mac yang lalu, bapa saya yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) atas urusan khas melibatkan UMNO telah menelefon saya dan bertanya adakah saya inginkan buku politik. Saya hanya meminta buku hasil tulisan S.H. Alattas dan tidak mahu yang lain. Akan tetapi bapa saya tidak menemui buku S.H. Alattas atau Pak Habib itu. Lantas saya meminta bapa saya membelikan saya buku "Politik Hantu" hasil tulisan Dato' Raja Ahmad Niza bin Raja Ismail. Setiap kali bapa saya ke PWTC atas urusan seperti ini, saya hanya meminta buku sahaja.

Buku "Politik Hantu" adalah hasil tulisan Dato' Raja Ahmad Niza bin Raja Ismail. Buku ini merupakan karya penulisan berbentuk novel yang menceritakan mengenai politik dalaman Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO, yang juga merupakan tulang belakang kepada Barisan Nasional.

Buku atau novel setebal 303 muka surat ini menunjukkan jalan cerita yang agak menarik dan jalan ceritanya di susun dengan penuh kreatif. Di samping itu, turut diselitkan juga beberapa kata hikmat yang menyentuh hati pembaca serta kata-kata falsafah yang agak rasional.

"Politik Hantu" memaparkan cerita mengenai perebutan kuasa dalam UMNO Bahagian Tanjung Tiga. Diceritakan mengenai perebutan jawatan yang di rancang bagi menggantikan ketua yang sudah 'lupa diri'. Walaupun begitu, apa yang menarik di sini ialah perebutan jawatan tersebut memperlihatkan calon yang ingin merebut jawatan tersebut terpaksa membelanjakan wang yang banyak iaitu di antara RM50,000 hingga RM200,000. Wang-wang tersebut digunakan untuk di beri kepada wakil-wakil di peringkat cawangan UMNO dan untuk melancarkan jentera kempen calon yang bertanding.

Watak-watak di dalam novel ini ialah :

  1. Datuk Hashim (Ketua Bahagian / ADUN)
  2. Badrul (Timbalan Ketua Bahagian)
  3. Wali (Naib Ketua Bahagian)
  4. Habsah (Ketua Wanita)
  5. Rasul (Ketua Pemuda)
  6. Roseaida (Ketua Puteri)
  7. Halim (Pegawai Khas Datuk Hashim)
  8. Datuk Ghafur (AJK Bahagian / Ahli Parlimen)
  9. Ahmad Bashir (Bekas Ketua UMNO Bahagian & ADUN / di gelar Mahaguru Politik)
  10. Pak Sharif (bekas Ketua UMNO Bahagian & ADUN / di gelar Pakar Rujuk)

dan beberapa watak pembantu yang lain.

Konflik berlaku apabila Badrul yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian selama 3 penggal di minta oleh Wali, Habsah, Rasul, Roseaida serta Mahaguru Politik iaitu Ahmad Bashir untuk melawan Datuk Hashim selaku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Tiga. Di sini jelas memperlihatkan bahawa wujud konflik jiwa terhadap Badrul sama ada ingin mempertahankan prinsip dirinya ataupun melawan demi untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi.

Atas sebab itulah maka Badrul meminta nasihat daripada Mahaguru Politik Ahmad Bashir yang sememangnya ingin menghancurkan kerjaya politik Datuk Hashim sebab berdendam kerana ditewaskan oleh Datuk Hashim suatu ketika dahulu. Motif Ahmad Bashir adalah balas dendam.

Badrul juga turut mendapatkan nasihat daripada Pak Sharif yang juga merupakan bekas ADUN. Pak Sharif seorang veteran UMNO yang sayang kepada parti tersebut. Dia berjuang demi agama, bangsa dan tanah air, dan bukannya demi wang. Kebanyakkan nasihat yang diperolehi daripada Pak Sharif adalah merupakan nasihat yang benar-benar bernas dan mencerminkan tahap kebijaksanaan Pak Sharif.

Bagaimanakah klimaks novel ini? Adakah Badrul akan melawan Datuk Hashim dan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Tiga? Adakah Badrul akan melanggar prinsipnya untuk mendapatkan jawatan dengan menggunakan wang Ringgit? Nasihat siapakah yang Badrul akan turuti? Adakah nasihat Mahaguru Politik Ahmad Bashir atau nasihat Pak Sharif yang sudah tua itu?

Jika anda inginkan jawapan, silalah cari dan baca buku/novel ini. "POLITIK HANTU".

Selasa, November 17, 2009

Hilangkah bisa ular yang menyusur akar??



Salam.. Salam Sejahtera.. Salam Revolusi Minda..

Adakah ular yang menyusur akar akan hilang bisanya???

Hari ini 17 November 2009, selepas solat Asar yang agak terlewat saya menunaikannya, saya berada dalam keadaan yang amat tenang. Tiba-tiba teringat pesanan guru yang suatu ketika saya anggapnya sebagai insan biasa yang tiada beza seperti insan lain.

"Syukri, ular yang menyusur akar tak akan hilang bisanya.."

Inilah nasihat yang diberikan kepada saya. Atas sebab apa nasihat ini ditujukan kepada saya? Kerana suatu ketika saya adalah seorang yang mudah melenting, mudah naik angin, akan mengkritik semula orang yang mengkritik saya dan pelbagai lagi yang seangkatan dengannya.

Selepas emosi saya distabilkan, fikiran dimatangkan, pelbagai motivasi diserapkan ke dalam jiwa dan pelbagai pengisian lain yang dilakukan, saya cuba untuk berubah.

Seandainya dahulu tiada pengisian jiwa, tiada motivasi daripada kaunselor yang berwibawa, tiada rakan yang menyokong saya, sudah tentu Syukri hari ini adalah Syukri yang terlalu menonjol dengan perkara-perkara yang negatif di universiti seperti menjadi 'pembangkang'.

Secara peribadi saya tidak berminat menulis mengenai perkara ini. Tetapi atas rasa tanggungjawab, saya perlu lakukannya sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan.

Saya tujukan artikel ini kepada rakan-rakan yang memiliki KOMITMEN di universiti. Khas untuk Yang Di Pertua (YDP), dan penyandang-penyandang jawatan lain.

Apabila kita menjadi pemimpin kita tidak akan terlepas daripada menjadi bahan kutukan daripada pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan kita. Ini adalah lumrah. Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang yang ada disekeliling kita.

Kepada semua yang mempunyai gelaran YDP, anda perlu menerima hakikat bahawa anda adalah Yang Di Perguna. Hal ini adalah satu realiti dan bukannya fantasi. Anda adalah kuli kepada mereka yang anda pimpin. Anda perlu berkhidmat untuk mereka yang anda pimpin.

Saya juga kerap dikritik. Berdasarkan pengalaman, pada saya kita perlu mendengar kritikan itu dari perspektif yang positif dan elakkan memandang kritikan itu dari perspektif yang negatif.

Saya tertarik status di YM rakan saya yang bergelar YDP sebuah organisasi di USM dan beliau berasal dari Batu Pahat. Ayatnya lebih kurang begini, "Saya dimanipulasi??". (maaf jika ayat ini salah). Berdasarkan pengamatan saya, beliau sendiri tidak mengetahui mengapa ada individu yang melabel beliau sebegitu rupa. Seperti yang telah saya nyata tadi, adalah sesuatu yang amat sukar untuk memuaskan hati semua pihak.

Suatu ketika saya di label sebagai manusia yang tidak boleh di kritik. Kita kena terima dengan hati dan fikiran yang terbuka kesemua teguran dan kritikan daripada pihak lain hatta daripada orang gila. Saya kata kita kena terima kritikan daripada orang gila kerana mereka mungkin gila tetapi mereka tidak bodoh seperti mana mereka yang mengkritik secara memBABI buta.

Sebagai contoh, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia selama lebih 22 tahun. Sepanjang beliau menjadi PM, pelbagai kritikan di lempar terhadap beliau. Gelaran yang tidak elok pun ada juga seperti Maha Firaun, Ultra Melayu, Hidung Besar dan banyak lagi. Tetapi beliau menerimanya dengan terbuka.

PM kita sekarang, Datuk Sri Mohd. Najib Tun Razak dikaitkan dengan perempuan Mongolia tetapi beliau tetap tenang dan tidak melenting.

Jika hendak menjadi jutawan anda boleh mencontohi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau cukup agresif apabila terdapat cerita mengenai beliau yang kurang disenangi maka beliau akan mengambil tindakan saman berjuta-juta terhadap pihak tersebut. Di sini tidak wujud kebebasan untuk bersuara jika bersuara secara berlebih-lebihan akan di saman.

Walau apa pun, kita kena menerima teguran dan kritikan dengan minda yang terbuka. Jika dahulu saya di kritik dan di fitnah, maka kini tibalah masanya untuk saya membalas kritikan-kritikan tersebut secara sopan. Fitnah?? Itu urusan pihak berkenaan dengan Allah S.W.T.

Kepada anda semua yang mempunyai KOMITMEN, sama ada anda YDP, NYDP, EXCO, atau pelbagai lagi jawatan ciptaan manusia, ingatlah bahawa kita semua adalah insan biasa.

Berfikirlah di luar kotak.

SALAM REVOLUSI MINDA..

Terima Kasih - Kongsi Informasi..

Salam Sejahtera, Salam Aspirasi, Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia..

SHE101 - Hubungan Etnik, jam 9 pagi adalah peperiksaan terakhir untuk semester ini. Rasa fikiran agak lapang buat seketika.

Bercuti untuk sebulan dengan program yang agak 'kucar kacir' kesan kepercayaan terhadap pengarah projek yang diamanahkan di Batu Pahat, Johor. Asyik nak harap insan yang bernama Syukri pun tak boleh. Kena cungkil bakat yang lain juga.

Tanpa disedari, semester yang agak panjang di atas kertas rupanya cukup singkat di alam realiti. Berada di tahun 2 semester 1 rupanya cukup pantas masa berlalu.

Semester yang bermula pada 6 Julai 2009 sudah hampir ke penghujungnya iaitu pada 21 November 2009 (ada yang balik awal).

Pada saya inilah semester yang paling aman dan tenang sebagai seorang siswa. Kerana apa, saya merasakan bahawa sem ini seperti 'main-main' dan tidak sibuk atau kucar kacir seperti mana sem-sem yang lepas.

Disebabkan ketenangan itu jugalah, maka pada 12 Julai 2009 saya cuba untuk membuat blog. Sebenarnya blog ini adalah cubaan saya yang ketiga. Dua lagi blog saya sudah di padam kerana terlalu 'skema' dan agak 'kritikal' dalam mengkritik perkara-perkara tertentu.

Dengan wujudnya blog ini sekurang-kurangnya saya dapat menggunakan masa yang terluang untuk menulis, mengemukakan idea, menegur atau mengkritik pihak-pihak tertentu yang masih berada ditakuk lama, membuat kritikan sosial, politik dan pelbagai lagi.

Suatu ketika saya cukup memandang sepi blog sebagai medium menyebarkan maklumat. Tetapi selepas terpengaruh dengan Remie dan Nox @ Shahril, maka wujudlah blog syukri2103 ini. Terima kasih kepada rakan-rakan Candu Minda.

Sepanjang saya memiliki 'lesen' blog ini pelbagai maklumat dan kritikan yang diterima. Saya hargai kesemuanya itu.

Ramai juga rakan-rakan berstatus mahasiswa dan mahasiswi USM yang memiliki blog. Secara peribadi saya lebih gemar kepada penulisan yang berbentuk ilmiah kerana sekurang-kurangnya dapat menambah informasi. Pada saya mereka yang berani menulis berkenaan perkara yang serius adalah seorang yang berani berdepan dengan cabaran untuk mempertahankan hujah yang telah mereka tulis.

Rakan Candu Minda, Bro Shahril memiliki pengetahuan yang saya sendiri tidak ada, dan beliau telah berkongsi perkara itu di dalam blognya. Sama juga halnya dengan Izzuddin. Walaupun gaya penulisan Izzuddin kadangkala agak kritikal tetapi kesemuanya adalah realiti.

Walaupun begitu ada juga yang menjadikan blog sebagai 'Diari Umum'. Maaf saya tidak suka bermuka-muka. Pada saya adakah perlu kita menulis di dalam blog jika sekiranya kita putus cinta? Adakah perlu menulis di blog jika kita sakit hati pada seseorang? Malaysia adalah negara yang demokrasi, jadi sesiapa jua bebas menulis apa sahaja asalkan ia bukannya fitnah. Kisah putus cinta yang dimuatkan di dalam blog kadangkala boleh menjadi pedoman kepada mereka yang sedang berusaha untuk putus cinta.

Seperti kata Dr. Zaini - pensyarah Sains Politik, "Jangan nafikan hak mereka..".

Sewajarnya kita jadikan blog sebagai medium untuk berkongsi-kongsi maklumat. Saya tidak mengetahui apa yang anda ketahui dan anda tidak mengetahui apa yang saya ketahui, oleh sebab itu marilah kita masukkan info yang kita ketahui di dalam blog. (termasuklah putus cinta).

Saya terpaksa mengeluarkan empat artikel di dalam blog saya ini kerana kesilapan fakta, menjadi isu hangat, mendapat kritikan daripada pihak yang tidak boleh menerima kritikan, dan pelbagai lagi. Pada mulanya hanya ingin mengubahsuai sahaja, tetapi atas sebab kesilapan yang tidak disengajakan, artikel itu terus hilang.

Ilmu yang saya perolehi sepanjang semester ini amat bernilai. Di sinilah kita perlu mencungkil bakat dan daya kreativiti kita dalam melakukan sesuatu yang orang lain anggap remeh. Isu yang di tulis bukanlah rekaan, tetapi berdasarkan realiti.

Pada awalnya saya di tegur kerana dianggap sebagai anjing menyalak bukit. Idea dan kritikan dilontar tetapi tiada siapa yang menyambut. Alhamdulillah kesemua yang saya lontar itu telah disambut oleh mereka yang berkenaan. Saya hargai kesemua respon yang di hantar di ruangan komen, email dan YM. Saya juga hargai mereka yang mengutuk di belakang kerana mereka memang suka makan daging saudara seagama dan mungkin suka main belakang.

Walau apa pun, saya tetap saya. Syukri tetap Syukri. Hak tetap hak dan bathil tetap bathil. Jika saya tidak berani hendak mengatakan perkara itu sebagai perkara yang bathil, maka saya akan mendiamkan diri. Jika saya ada keberanian tetapi hormat untuk tidak mengatakan bantahan di hadapan pihak-pihak berkenaan, maka blog ini akan menjadi medium terbaik untuk saya menyatakan bantahan.

Saya tidak akan mengkhususkan blog ini sebagai tempat untuk 'sembang politik' sahaja. Seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini, syukri2103 adalah blog rojak. Segala apa yang terlintas di benak fikiran dan penglihatan maka perkara itu akan disumbatkan dalam bentuk tulisan ke dalam blog ini.

Kepada rakan-rakan yang tiada komitmen sepanjang cuti semester ini, saya ucapkan selamat bercuti. Hargailah keluarga anda sepanjang cuti ini.

Terima kasih, wassalam.

Isnin, November 16, 2009

Bubar je semua..

Salam Ukhwah, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia..

Hari ini 16 November 2009 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh kosong dan perlu diadakan pilihanraya kecil.

Pilihanraya kecil terpaksa diadakan jika sekiranya penyandang kerusi terbabit iaitu Datuk Abu Hassan Sarif gagal di dalam rayuannya.

Speaker DUN Kedah iaitu Datuk Dr. Abdul Isa Ismail telah mengumumkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong apabila penyandang kerusi terbabit gagal menghadiri persidangan DUN dua hari berturut-turut. Namun begitu, pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bertindak mengenepikan arahan speaker DUN Kedah.

Di dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu calon Barisan Nasional memenangi kerusi DUN terbabit dengan majoriti yang kecil iaitu sebanyak 495 undi.

Jika penyandang kerusi DUN Kota Siputeh gagal dalam rayuannya, maka kita akan melihat satu lagi siri pilihanraya kecil. Pertandingan itu sudah tentulah melibatkan BN (UMNO) dan PAS.

Jika ditakdirkan kita sekali lagi akan melihat pelbagai kekecohan, pembongkaran kisah peribadi, kisah dalam kain, kisah silam, fitnah, pergaduhan, penghinaan, kedayusan penyokong fanatik, lakonan ahli-ahli politik dan pelbagai lagi senario.

Elok Parlimen di bubar dan buat pilihanraya umum lebih awal. Semua DUN pun perlu dibubarkan (kecuali Sarawak) supaya rakyat dapat memberikan mandat kepada sesiapa yang dikehendakinya. Tak habis-habis dengan siri pilihanraya kecil. Naik muak!

Tunggu dan lihatlah..

"Pemain tak kenal pengadil.."


Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia Merevolusikan Minda..

Beberapa blog rakan-rakan sedang hangat memaparkan perkara berkaitan Pilihanraya Kampus (PRK) tetapi saya kurang berminat menulis berkenaan perkara tersebut buat masa ini.

Kali ini saya ingin menulis berkenaan apa yang saya dan rakan-rakan Candu Minda bincangkan semasa di meja makan.

Kumpulan "Candu Minda" ditunjangi empat orang lelaki yang berasal daripada negeri yang berlainan. Keempat-empat mereka merupakan anak jati Batu Pahat, Johor - Gombak, Selangor - Machang, Kelantan - dan yang paling jauh ialah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Walaupun kami berlainan loghat bahasa, berbeza major dan minor di universiti, berbeza usia (bulan tak sama), berbeza fahaman, berbeza pendirian terhadap sesuatu isu, tetapi kami mempunyai persamaan iaitu bersetuju untuk tidak bersetuju terhadap perkara yang perlu untuk tidak dipersetujui.

"Pemain tak kenal pengadil..", sengaja saya pilih tajuk ini untuk memperkatakan sesuatu isu yang bukan berkaitan bola sepak.

Semasa sedang menunggu makanan tiba, kami membuka tajuk perbualan mengenai betapa sukarnya belajar semasa di peringkat SPM dan STPM berbanding di universiti.

Secara peribadi saya mengatakan bahawa pelajar SPM dan STPM bertungkus-lumus belajar bagi memahami apa yang dipelajari. Kesemuanya itu dipelajari dalam tempoh masa setahun setengah atau dua tahun. Kemudian menjawab soalan peperiksaan yang disediakan dalam tempoh masa 3 jam. Semasa zaman persekolahan kesemua nota disuap oleh cikgu. Setiap kali musim cuti, akan ada kelas tambahan.

Di zaman sekolah cikgu akan menyayangi pelajar yang pandai, cerdik dan cemerlang dalam pelajaran. Itu adalah lumrah yang perlu diterima. Belajar dengan rajin supaya dapat gred A. Itulah yang di minta oleh mereka. Kerana bukan sahaja untuk reputasi sekolah tetapi juga pelajar itu sendiri.

Kita belajar selama 2 tahun di peringkat SPM dan setahun setengah di peringkat STPM. Kemudian menjawab soalan dalam temph masa 3 jam. Buku yang tebal menjadi rakan paling akrab. Mengulangkaji bersama sudah menjadi aktiviti tetap sebelum peperiksaan.

Apabila tiba masa menjawab soalan peperiksaan, kesemua yang dipelajari selama 2 tahun atau setahun setengah dicurahkan dalam tempoh masa 3 jam atau kurang daripada itu.

Kemudian, kesemua jawapan itu akan ditanda dan disemak oleh orang yang kita tidak kenali. Sama ada kita lulus atau gagal adalah terletak pada pemeriksa kertas jawapan yang kita tidak kenali nama serta jantinanya.

Apabila keputusan keluar, kita akan berpuas hati jika mendapat apa yang dihajati dan sebaliknya.

Bernasib baik dapat pula menyambung pelajaran ke universiti. Dalam tempoh beberapa bulan belajar, perlu menduduki peperiksaan seperti mana zaman persekolahan dahulu.

Tetapi zaman persekolahan dan zaman universiti adalah berbeza. Persamaannya cuma satu, iaitu tempat belajar atau menuntut ilmu.

Jika zaman persekolahan kertas jawapan kita ditanda dan diadili oleh mereka yang kita tidak kenali. Tetapi kini berbeza. Kerana apa? Kerana kita tahu individu yang akan mengadili kertas jawapan kita itu.

Saya terbaca di dalam sebuah blog yang saya sudah lupa pemiliknya. Penulis menulis berkenaan rasa tidak puas hatinya terhadap pengampu yang mengampu pensyarah demi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Saya harap tidak berlaku di USM. Di blog tersebut menyatakan bahawa mana-mana pelajar yang dikenali dan mesra dengan pensyarah akan mendapat A di dalam peperiksaan. Bermulalah sesi pensyarah meminta nombor matrik pelajar yang ingin di bantu. Mungkin perkara ini berlaku di tempat lain, dan bukannya di USM.

Saya juga terdengar perbualan dua individu yang saya tidak kenali semasa berada di dalam lift. Mereka mengatakan bahawa cukup kecewa terhadap pensyarah mereka kerana pensyarah awal-awal lagi sudah memberikan gred "GAGAL" kepada mereka walaupun mereka belum menduduki peperiksaan. Kerana apa? Kerana semasa pembentangan tugasan, salah seorang daripada mereka ini mengulas secara kritikal sesuatu isu yang tidak digemari oleh pensyarah. Maksudnya pelajar tadi berfikir di luar kotak tanpa terikat dengan arahan. Itu saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya mendengar perbualan mereka tanpa menyampuk.

Saya juga kerap mendengar keluhan rakan-rakan khasnya daripada universiti lain. Mereka mengatakan bahawa idea mereka tidak boleh diterima kerana tidak tercatat di dalam buku. Mengapa perlu mengikut buku? Buku hanya panduan sahaja. Sewajarnya panduan itu digunakan untuk kita mengolah idea yang baru. Idea yang lebih kreatif dan menunjukkan kematangan seseorang mahasiswa dan mahasiswi.

Saya cukup tertarik apabila rakan saya menceritakan bahawa dia terpaksa menulis tugasan berkaitan kes kematian individu di dalam tahanan pihak polis dan perlu menyalahkan pihak polis (PDRM). Jika menyokong PDRM maka mereka akan gagal. Apabila sesuatu tajuk tugasan di beri maka pelajar akan mengulas daripada pelbagai perspektif, sama ada positif atau negatif. Tetapi jika sudah diberikan garis panduan supaya tugasan itu perlu dikhaskan untuk menentang pihak PDRM atau pihak-pihak berkaitan maka pada saya bakat atau idea yang ada pada pelajar itu akan tersekat. Dimanakah kebebasan mengeluarkan pendapat atau idea?

Memandangkan nasib kita sebagai pelajar adalah di tangan pihak-pihak berkenaan, maka pada saya kita perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Ikutlah garis panduan buat sementara waktu.

Kadangkala saya fikir 'darjat' dan 'martabat' pelajar SPM dan STPM lebih tinggi daripada mahasiswa dan mahasiswi. Peperiksaan diadili dengan penuh etika kerana pelajar tidak mengenali 'pengadil', 'pengadil' juga tidak mengenali 'pemain'.

*Teringat kata-kata kecewa daripada ahli Candu Minda, "jawapan aku sama dengan dia, tapi kenapa gred berbeza? Aku tau la dia bla bla bla bla".

Jumaat, November 13, 2009

Kuasa

Salam Sejahtera.. Salam Ukhwah..

Apabila menyebut tentang politik lazimnya di dalam minda kita secara automatik akan merujuk ia kepada kuasa. Kuasa politik.

Walaupun definisi politik ini cukup luas, tetapi ramai dalam kalangan kita lebih suka dan mungkin lebih mengetahui bahawa politik itu hanya merujuk kepada kuasa.

Sudah agak kerap saya menyatakan kepada rakan-rakan dan agak kerap juga saya mengulas di dalam blog-blog dan forum-forum di alam maya bahawa setiap daripada kita adalah insan politik, penggerak kepada politik, pelakon-pelakon politik, dan yang berkaitan dengannya.

Sebut sahaja politik maka di dalam benak fikiran kita akan merujuk kepada UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC, PBB, dan pelbagai parti politik lagi yang wujud di Malaysia ini.

Kerap kali saya menyatakan bahawa, apabila seseorang itu tidak mempunyai kuasa maka ia akan cuba untuk mendapatkan kuasa. Apabila ia sudah memiliki kuasa, maka tidak mustahil ia akan menyalahgunakan kuasa tersebut.

Saya gunakan perkataan "tidak mustahil" kerana perkara yang kita tidak sangka akan berlaku tetap akan berlaku atas kehendak-Nya.

Suatu ketika kita memaki hamun orang lain kerana menyalahgunakan kuasa, dan kita pula cuba untuk menjatuhkan mereka supaya kita dapat memberikan keadilan kepada semua. Akan tetapi, selepas kita memperolehi kuasa kita pula yang menyalahgunakannya untuk kepentingan kroni-kroni kita.

Adakah seseorang itu akan diberikan hadiah jika ia tidak mempunyai kepentingan timbal balas? Seorang lelaki memberikan seorang perempuan hadiah yang bernilai dengan harapan pihak perempuan dapat memberikan kasih sayang kepadanya. - Hanya sekadar contoh.

Sebuah syarikat memberikan sumbangan kepada pemimpin dan adakah sumbangan atau tajaan itu tidak mempunyai timbal balas? Adakah syarikat itu akan memberikan hadiah jika sekiranya seseorang itu tidak mempunyai jawatan? Mengapa tidak diberikan sumbangan menunaikan fardhu haji kepada fakir miskin?

Korupsi ada di mana-mana. Wang diberikan semasa pemilihan pucuk pimpinan parti dengan harapan penerima akan mengundinya, itu adalah rasuah. Politik Wang.

Sepanjang pemilihan parti, pengundi diberikan hadiah tetapi tidak di minta untuk mengundi pihak pemberi hadiah, itu di anggap pemberian yang meragukan. Ada bibit-bibit rasuah kerana jika pengundi itu bukan bergelar pengundi, adakah ia akan mendapat hadiah?

Janganlah apabila pihak musuh mengamalkan rasuah maka kita menghentam habis-habisan dan mengeluarkan pelbagai dalil.

Apabila pihak kita terlibat sama dalam penerimaan hadiah daripada pihak lain maka kita pula cuba menegakkan benang yang basah dan mengatakan sumbangan itu sebagai budaya di tempat kita. Janganlah bertindak sedemikian seolah-olah syurga itu kita yang punya.

Jangan hanya mengungkap ingin mencontohi pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sahaja. Pemerintahan baginda amat bersih.

Seorang pemuda pernah menyatakan sesuatu kepada Khalifah Umar Abdul Aziz, tetapi baginda mengatakan bahawa usia pemuda tersebut tidak melayakkannya berkata sedemikian, biarlah orang yang lebih berusia daripadanya yang berkata. Lantas pemuda itu pun membalas kata-kata baginda bahawa usia baginda juga tidak melayakkan baginda berada di tempat Khalifah, biarlah orang yang lebih berusia mendudukinya.

Khalifah Umar Abdul Aziz pun boleh menerima teguran, mengapa tidak kita?

Khamis, November 12, 2009

Keranda Terbang - "Masih boleh guna lagi..."

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia Mereformasikan Minda..

Di dalam Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, kerajaan belum memuktamadkan pembelian helikopter bagi tujuan pengangkutan, mencari dan menyelamat serta tempur (SCAR) untuk mengantikan helikopter Nuri.

Pembelian helikopter baru keluaran Eurocopter bagi mengantikan helikopter Nuri telah ditangguhkan sejak setahun yang lalu.

Pada bulan September 2008 yang lalu, Kementerian Pertahanan yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah bersetuju untuk membeli sebanyak 12 buah helikopter Eurocopter EC 725 yang bernilai RM1.6 bilion bagi mengantikan helikopter Nuri yang sudah terlalu lama.

Namun begitu, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menangguhkan pembelian tersebut selepas pemilihan helikopter Eurocopter EC 725 menimbulkan kontroversi daripada pihak pembangkang.

Timbalan Menteri Pertahanan tersebut menyatakan bahawa sebanyak 28 buah helikopter Nuri masih mampu beroperasi sehingga tahun 2015 dengan penyelenggaraan yang baik.

Saya cukup tertarik kerana Timbalan Menteri menyatakan bahawa helikopter Nuri mampu beroperasi sehingga tahun 2015 dengan penyelenggaraan yang baik. Apakah sepanjang tahun menuju ke tahun 2015 itu tidak akan berlaku tragedi helikopter Nuri terhempas disebabkan faktor-faktor helikopter itu sendiri?

Semua yang terjadi adalah kehendak Allah S.W.T, dan bukannya kerja kita sebagai manusia. Tetapi kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mengelak daripada berlakunya tragedi.

Pada tahun 1968, kerajaan Malaysia telah membeli sebanyak 40 buah helikopter Sikorsky S61 Sea King daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat untuk tujuan operasi mencari, menyelamat dan bantuan kemanusiaan.

Kini kita berada pada tahun 2009. Hal ini bermakna helikopter Nuri sudah berusia lebih 40 tahun. Dalam tempoh beroperasi, kita banyak menatap cerita mengenai tragedi helikopter Nuri terhempas. Terhempas yang mengakibatkan kerugian aset dan kehilangan nyawa serta kepakaran oleh TUDM. Helikopter Nuri mendarat cemas mungkin lagi banyak berbanding yang terhempas.

Apabila ada laporan berita mengenai helikopter Nuri terputus hubungan dengan pangkalan, maka kita akan mendengar cerita mengenai rekod helikopter Nuri terhempas, rentetan peristiwa tragedi yang dipaparkan di dada akhbar, arahan pihak berkuasa untuk mencari punca tragedi, dan akan berkumandanglah idea-idea bernas supaya helikopter usang yang berusia lebih 40 tahun itu digantikan dengan yang baru.

Tragedi terakhir helikopter Nuri terhempas ialah pada 13 Julai 2007 di Genting Sempah, Pahang. Disebabkan tragedi tersebut, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Kabinet bersetuju untuk menggantikan helikopter Nuri. September 2008 pemilihan helikopter telah dilakukan. Tetapi dasar Perdana Menteri ketika itu yang 'flip flop' itu telah menangguhkan pembelian tersebut.

Sebenarnya pembelian helikopter baru bagi mengantikan Nuri ini perlu dilakukan segera. Jika ditangguhkan tahun demi tahun harga pasaran helikopter akan turut berubah dan ini akan mengakibatkan kenaikkan kos.

Saya masih ingat semasa menonton Buletin Utama, terdapat seorang ahli parlimen wanita daripada wakil pembangkang menyatakan bahawa "kenapa mahu tukar? Helikopter itu boleh guna lagi..".

Maaf, inilah ahli parlimen yang paling BODOH. Helikopter Nuri berusia lebih 40 tahun memang wajar digantikan dengan yang baru. Dia sebagai ahli parlimen sudah berapa kali tukar kereta baru? Anda dan ahli keluarga anda sudah berapa kali tukar motor dan kereta baru? Ada ahli parlimen yang tukar kereta setiap tahun..

Kereta berusia lebih 20 tahun pun banyak masalah apatah lagi helikopter yang berusia lebih 40 tahun.

Jika kita sedang memandu kereta dan tiba-tiba kereta itu rosak, enjin dia 'mati', kita terpaksa berhenti di tepi jalan dan boleh keluar rehat-rehat sambil garu-garu kepala..

Tetapi cuba bayangkan jika kita sedang memandu helikopter Nuri yang dah tua dan usang itu dan tiba-tiba enjin helikopter 'mati' apakah kita boleh berhenti rehat ketepi untuk seketika? Sambil garu-garu kepala? Apakah helikopter tersebut akan tergantung di atas udara? Kalau tergantung tak apa, senang kerja kita.. Ini tidak, silap-silap boleh masuk surat khabar muka depan sebab menjadi mangsa 'keranda terbang'.

Diharapkan pihak kerajaan dapat menggantikan dengan segera helikopter Nuri tersebut. Helikopter Nuri hanya layak ditempatkan di muzium sahaja. Amerika Syarikat pun sudah tidak menggunakannya lagi.

Ganti sebelum berlakunya tragedi sekali lagi..

*teringat pada abang TUDM yang buat pameran di Dewan Budaya USM semester lepas.. "Abang, kenapa helikopter Nuri jatuh terhempas ke bawah?". Abang tu punyalah jawab dengan serius, "sebab masalah teknikal..dah usang..kesilapan manusia..". Tapi pada saya jawapan yang paling tepat sebab "Helikopter Nuri sudah lama di atas..". Kesian abang tu, dah la dia penat, kena layan saya yang loyar buruk pulak..

Rabu, November 11, 2009

'Modal Insan' yang merugikan...

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Reformasi Minda...

Bagi mengisi masa yang terluang, terlintas idea melalui pembacaan di akhbar. Bukan kritikan keras mahupun sindiran pedas, tetapi hanya sekadar selingan mengisi kekosongan tatkala suasana panas.

Saya bukanlah seorang yang meminati bola sepak. Saya tidak mengenali nama-nama pemain bola sepak tempatan kerana tidak berminat mengenainya. Mereka juga tidak mengenali saya.

Secara peribadi saya menyokong Johor FC dan KL PLUS. Sudah banyak kali terlepas menonton perlawanan yang melibatkan KL PLUS semasa bekerja di PLUS - Plaza Tol Yong Peng Utara.

Di dada akhbar memaparkan berita yang cukup menarik. Apakah yang menarik itu? Menteri Belia dan Sukan mengumumkan bahawa sebanyak 224 kerusi, pintu pagar dan tandas dilaporkan rosak dan kerosakan ini membabitkan kerugian yang bernilai RM214,000. Bukankah kerugian sebanyak itu melibatkan wang rakyat? Tidak mengapa kerana FAM mengaut keuntungan dalam penjualan tiket.

Walaupun saya tidak meminati bola sepak tetapi saya cukup tertarik dengan sikap para penyokong yang bertindak keterlaluan. Penyokong Kelantan bertindak secara agresif apabila pasukan Kelantan tewas kepada pasukan Negeri Sembilan.

Keputusan 3 - 1 jelas menaikkan kemarahan penyokong Kelantan. Gelombang Merah jelas mendominasi Stadium Nasional Bukit Jalil berbanding penyokong Negeri Sembilan.

Tindakan penyokong pasukan Kelantan yang membakar kain rentang dan kerusi adalah tindakan yang amat keterlaluan. Botol air mineral, batu dan mercun juga mereka lontar ke padang sesuka hati. Tindakan ini amat bahaya kepada semua.

Di dalam perkara ini saya tidak menyalahkan sepenuhnya penyokong pasukan Kelantan. Pihak pengurusan stadium juga perlu dipersalahkan kerana membenarkan mercun di bawa masuk ke dalam stadium.

Sebelum perlawanan diadakan pihak berkaitan hanya memberi amaran sahaja supaya mercun tidak dibawa masuk ke dalam stadium. Hanya sekadar amaran sahaja tetapi tiada tindakan. Nasib baik hanya mercun, jika ada dalam kalangan mereka yang membawa bom lagi susah.

Tindakan segelintir penyokong Kelantan yang berfikiran cetek dan jahil ini telah mencemarkan imej Serambi Mekah.

Kerugian sebanyak RM214,000 itu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain. Mungkin boleh dijadikan sebagai bantuan terhadap mangsa banjir di Kelantan.

Tindakan segelintir penyokong Kelantan ini mengingatkan saya suatu peristiwa di India yang pernah dipaparkan di akhbar suatu ketika dahulu. Kisah tersebut berkaitan dengan penonton filem membakar panggung wayang kerana tidak berpuas hati dengan ending filem tersebut.

Inilah mentaliti dunia ke-3. Apabila kalah maka akan merusuh dan membuat kekecohan, tetapi apabila menang tidak pula bertindak sedemikian.

Ubahlah sikap tersebut. Jangan memalukan imej Serambi Mekah. Setelah lebih 18 tahun kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, adakah ini 'Modal Insan' yang dilahirkan? Saya yakin hanya sebahagian sahaja yang rosak.

Saya tertarik dengan beberapa blog yang mengaitkan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Kelantan. Mereka menggelar perlawanan tersebut sebagai perlawanan antara Negeri Sekular dengan Negeri Islam.

Mereka mengatakan Modal Insan Negeri Sekular lebih bermoral berbanding Negeri Islam.

*Kepada rakan-rakan anak Kelantan, saya hanya mengkritik sikap sebahagian atau segelintir sikap penyokong Kelantan yang bertindak secara memBABI buta..

**InsyaAllah anda yang membaca ini adalah seorang yang rasional dan bukannya emosional..

Warisan Orang Hidup - Penglipurlara

Salam Aspirasi, Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia..

Saya betul-betul tenang kerana tiada lagi peperiksaan untuk minggu ini. Pagi tadi (11.11.09) baru sahaja selesai menjawab untuk SPW206 Falsafah Politik. Hanya satu kertas sahaja lagi iaitu SHE101 Hubungan Etnik pada 17.11.09, minggu hadapan.

Semalam semasa membuat ulangkaji bersama rakan-rakan di cafe Aman Damai, ada rakan saya yang bertanya mengenai "Tokoh Warisan Orang Hidup". Mereka bertanya kerana ternampak salah satu gambar di dalam dokumen laptop saya.

Sebagai seorang pelajar, saya perlu menjawab dengan teliti supaya jawapan saya tidak menjadi pertikaian oleh pihak-pihak yang tidak berpuas hati.

Mengikut Akta Warisan Kebudayaan tahun 2005, terdapat empat kategori dalam Daftar Warisan Kebangsaan iaitu Tapak Warisan, Objek Warisan, Warisan Orang Hidup dan Warisan Bawah Air.

Pada 25 Julai 2008, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Mohd Shafie Apdal telah mengumumkan lima tokoh seni budaya sebagai Warisan Orang Hidup.

Kesemua tokoh Warisan Orang Hidup ini diberikan sijil pengiktirafan, bayaran honorarium selain keistimewaan lain seperti layanan kelas pertama di hospital kerajaan.

Salah seorang tokoh yang menerima pengiktirafan tersebut ialah penglipurlara, Ali Badron Sabor atau Pak Ali Badron atau juga dikenali sebagai Ali Badron Tarbus.

Pak Ali Badron yang kini berusia 67 tahun berpengalaman dalam bidang sastera lisan sejak tahun 1960-an. Beliau merupakan penglipurlara yang terkenal dan menjadi rujukan para penuntut dan ahli akademik dalam sastera lisan. Beliau memberitahu saya, pelajar USM turut pergi ke rumah beliau untuk membincangkan perkara berkaitan sastera.
(tidak termasuk saya)

Beliau merupakan pesara guru dan aktif sebagai penceramah di dalam bengkel khusus mengenai sastera lisan di pusat pengajian tinggi, maktab perguruan serta majlis anjuran Majlis Kebudayaan Negeri.

Beliau juga merupakan Pengerusi Kumpulan Teater Sri Penggaram. Beliau terkenal di selatan tanah air terutamanya Johor dengan sastera lisan klasik 'Surat Kapal'.

Keunikan yang ada pada beliau ialah bercerita sambil memukul gendang, beliau mewarisi kebolehan gurunya Pak Arab. Kini, beliau masih aktif sebagai penglipurlara dan sedang mewariskan bakatnya kepada anak muridnya.

Semasa saya ke majlis perkahwinan saudara saya di Ayer Hitam, Johor saya terserempak dengan Pak Ali Badron. Kami duduk semeja dan berbual. Sebagai orang muda saya lebih selesa berbual dengan orang tua seperti dia kerana saya tahu dia ni loyar buruk.

"Umur aku dah 60 lebih..bapak kau baru 50 lebih..kau baru 21 tahun..kalau ikut pangkat aku kena panggil bapak kau tu pak cik..tapi aku ni dah tua tak kan nak panggil bapak kau tu pak cik, panggil nama dah la...kau kena panggil aku abang, barulah aku rasa diri aku ni muda..".

Beliau seorang yang humor. Kami adik-beradik dan saudara-mara memang gusi tak sempat kering kalau dia mula bercakap. Adakalanya apa yang dia kata tu hanya rekaan sahaja tetapi mampu menghiburkan mereka yang mendengar.

Saya masih ingat semasa bapa saya dimasukkan ke wad hospital, Pak Ali Badron datang dan menukar suasana wad yang ketika itu sunyi sepi menjadi gelak tawa mereka yang mendengar celotehnya.

Secara peribadi, saya pening kepala apabila berdepan dengan beliau. Pening sebab banyak ketawa. Pening sebab kadangkala beliau berpantun dan saya terpaksa berfikir mencari idea untuk membalas pantun beliau. "Kalau nak berpantun ikut macam Nordin Ahmad..kajang pak malau bla bla bla bla...", ini yang beliau katakan.

*Orang Batu Pahat kalau tak kenal Cikgu Ali Badron Tarbus tak tahu la nak kata apa.....

Sabtu, November 07, 2009

Isu yang perlu sentiasa dihangatkan..

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Reformasi, Salam Revolusi Minda dan Salam Satu Malaysia..

Apa yang ingin saya paparkan di sini bukanlah isu baru tetapi isu yang pernah hangat suatu ketika di negara kita. Isu hangat dan kembali dingin. Kembali hangat dan kemudiannya dingin semula. Apabila sesuatu isu hangat diperkatakan maka banyaklah pihak yang menyibukkan diri melakukan kerja, apabila isu mulai dingin maka tiada lagi isu yang dipaparkan di media.

Kali ini kita abaikan sketsa politik negara yang merimaskan buat seketika. Abaikan kisah agama yang dipersenda oleh mereka yang membuat keuntungan keatasnya. Abaikan juga kisah kapitalisme yang menindas golongan bawahan. Abaikan gejala sosial yang membelenggu kita. Abaikan juga peperiksaan yang memeningkan kepala. Abaikan dan abaikanlah segalanya. Abaikan hanya buat seketika..

Saya ingin bertanya kepada anda semua, pernahkah anda terserempak dengan kanak-kanak yang meminta sedekah? Jika pernah sila anggukkan kepala anda dan jika tidak pernah sila gelengkan kepala anda.. Ok saya dah tahu jawapan anda itu..

Pernahkah kita terfikir anak siapakah mereka ini? Dimanakah ibu bapa mereka? Mengapa mereka dibiarkan berkeliaran tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa? Adakah mereka ini menjadi mangsa kepada sindiket meminta sedekah? Ada banyak lagi persoalan yang boleh difikirkan.

Jawapan yang paling sesuai untuk persoalan di atas ialah kanak-kanak ini sebenarnya menjadi mangsa kepada sindiket meminta sedekah.

Pada bulan Ramadhan yang lalu saya dan rakan saya telah pergi ke KOMTAR. Maklumlah kami ketika itu mengalami tahap kebosanan yang melampau di hari minggu. Ketika menaiki satu jejantas berdekatan KOMTAR, ada beberapa orang kanak-kanak yang menunggu di situ untuk meminta sedekah. Timbul rasa kasihan di hati pada masa itu. Maklumlah bulan Ramadhan elok juga nak bersedekah. Tetapi, tiba-tiba saya dan rakan saya ternampak seorang lelaki yang turut berada di jejantas itu seakan-akan memerhati pergerakan kanak-kanak tersebut. Niat di hati hendak bersedekah terpaksa di tunda ke suatu masa yang lain.

Ketika hendak balik, kami melalui jejantas yang sama. Kanak-kanak dan orang yang disyaki memerhati pergerakan kanak-kanak tersebut masih di situ. Kesimpulan ekspres yang saya buat masa itu ialah "maaf, tiada peruntukan kewangan untuk mu..".

Rasa simpati itu tetap ada, tetapi jika wang itu digunakan untuk kanak-kanak tersebut saya masih boleh terima. Tapi sebaliknya yang berlaku. Pihak sindiket pula yang meraih keuntungan di atas penat lelah kanak-kanak meminta sedekah.

Persoalan yang ingin saya ketengahkan di sini ialah, adakah pihak-pihak yang berkenaan tidak nampak perkara ini? Butakah mereka kerana tidak nampak kanak-kanak yang kita sedia maklum mereka ini di bawah umur? Dimanakah pihak berkuasa? Adakah pihak-pihak yang berkaitan tidak nampak masalah ini kerana mereka tidak menggunakan laluan yang 'dikuasai' oleh kanak-kanak ini?

Isu kanak-kanak yang dipergunakan oleh sindiket meminta sedekah ini sebenarnya pernah hangat suatu ketika dahulu. Hangat di media massa. Apabila isu ini hangat maka satu muka surat khabar dikhususkan untuk memaparkan berita mengenai perkara ini. Hangat-hangat tahi ayam, bila kita leka 'tahi ayam' itu pun kembali sejuk dan hilang begitu saja.

Adakah kanak-kanak yang meminta sedekah ini tidak mempunyai ibu bapa? Jika tiada bagaimana pula mereka boleh lahir ke dunia ini.. Adakah mereka ini di culik dan kemudiannya dijadikan 'pekerja' oleh pihak sindiket peminta sedekah? Mungkin juga mereka ini di culik dan mungkin juga mereka ini mangsa kes penculikan yang belum dapat diselesaikan oleh pihak polis.

Sebenarnya isu kanak-kanak meminta sedekah ini bukan sahaja berlaku di kawasan sekitar KOMTAR Pulau Pinang, tetapi turut berlaku di kawasan-kawasan lain. Kuala Lumpur lagi dahsyat..

Apa yang saya tulis ini bukanlah mengkritik agensi kerajaan yang tidak menjalankan tugas tetapi sekadar menyatakan perkara yang terlintas di mata dan fikiran saya dan rakan-rakan. Kami tiada kuasa dan pengaruh untuk mengatasi masalah ini. Kami hanya sekadar menulis apa yang terlintas di depan mata kami. Jika baik sesuatu perkara itu maka kami akan puji dan hargainya, jika tidak kami akan melakukan sebaliknya dengan beradab.

Saya yakin negara kita memiliki peruntukan undang-undang untuk mengatasi masalah ini, dan saya juga yakin pihak penguatkuasaan dan pelaksana undang-undang tersebut gagal memainkan peranan mereka.

Langkah terbaik ialah 'menahan' kesemua kanak-kanak yang meminta sedekah ini dan tempatkan mereka di rumah anak-anak yatim. Berikan mereka pendidikan yang sempurna seperti mana kanak-kanak lain di negara ini. Ingatlah, mereka juga berhak untuk berjaya..

Apakah yang perlu dilakukan terhadap mereka yang mempergunakan kanak-kanak ini? Macam biasalah, tangkap...tangkap...tangkap...dan tangkap... Kemudian lepas daripada tahanan mereka pun kembali kepada kerjaya tersebut. "Pi Mai Pi Mai Tang Tu.."

Mungkin selepas ini rakan-rakan saya khasnya Brother Sharil, Remie dan Izzuddin akan menambah serba sedikit mengenai isu ini di blog mereka.

Anda juga boleh melontarkan idea, kritikan, saranan atau sebagainya di ruangan komen.. Bukannya di ruangan YM..

Khamis, November 05, 2009

Fikiranku keliru dan bercelaru..

Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Reformasi Minda..

Saya sudah lama ingin memaparkan klip video di bawah ini, tetapi di dalam blog saya ini mempunyai dua kekangan yang menghalang saya untuk memaparkan klip video tersebut. Selepas saya memadam halangan tersebut, maka saya berkeyakinan untuk memasukkan klip video ini di sini.

Perlu diketahui bahawa hal ini bukanlah propaganda mahupun provokasi, tetapi hanya sekadar untuk kita menilai sambil berfikir.

Apa pandangan anda berkenaan perkara ini?



Saya cukup tertarik dengan gaya ustaz yang cukup bersahaja dalam memberikan ceramahnya. Suatu ketika, beliau kerap muncul di televisyen kerana mempunyai hubungan akrab dengan seseorang yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan. Selepas orang kerajaan itu di pecat daripada kerajaan, beliau pun bersama-sama berjuang dengan orang tersebut.

Sayangnya..banyak perkataan yang digunakan oleh beliau semasa berceramah telah mencemarkan nama beliau sebagai penceramah agama..

Walau apa pun, saya mengagumi cara beliau ketika memberi ceramah atau syarahan kerana tidak bergantung kepada teks.. Kita yang mendengar pun tidak mengantuk seperti mana mendengar ucapan mantan Perdana Menteri yang terkenal dengan Islam Hadharinya..

Seperkara lagi ialah berkenaan dengan apa yang diperkatakan oleh bekas mufti kerajaan negeri Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, iaitu "Kini wujud kelompok manusia yang mempergunakan agama untuk menjadi popular seperti 'orang itu'...ada juga orang yang menggunakan agama demi untuk mengaut keuntungan dalam berceramah..inilah apa yang dikatakan sebagai memperdagangkan agama..".

Habis sahaja ceramah yang penuh dengan kata-kata kesat terhadap pemerintah, para hadirin diminta pula menghulurkan sumbangan ikhlas untuk penceramah..



Tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan kerana mendapat wang ihsan sebagai wang royalti minyak.

Hargai dan contohilah sikap YAB. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersyukur dan berterima kasih apabila Perdana Menteri mengumumkan pemberian wang ihsan kepada negeri Kelantan.

*Cakap mesti bikin dan apa yang dipercakapkan mestilah sama dengan apa yang dibikin..

**Diriku keliru dan bercelaru..

Selasa, November 03, 2009

Adduhhh.. Sensitifnya hal ni...

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah berkenaan dengan hal yang agak sensitif. Sensitif dari aspek yang pelbagai, kerana melibatkan banyak pihak terutamanya pihak yang berada di sekeliling kita.

Sebenarnya saya tidak mahu menulis mengenai perkara ini, tetapi setelah 'tercabar' dek cabaran rakan maka saya rasa perlu untuk menulisnya. Saya bukanlah gemar menyahut cabaran yang tidak berapa mencabar seperti ini, tetapi cabaran itu dilontarkan oleh mereka yang ingin melihat pandangan peribadi saya terhadap isu ini.

Saya tidak menujukan perkara ini khusus kepada individu mahupun kumpulan. Saya nyatakan hal ini sebagai satu peringatan untuk diri saya dan kita semua sebagai Satu Malaysia. Saya dahulukan permohonan maaf seandainya ada yang terasa dengan hal ini.

Semasa menjelang hari-hari terakhir peperiksaan STPM pada akhir tahun 2007, seorang rakan saya berketurunan India dan beragama Hindu bertanya sesuatu yang agak mengusutkan kepala saya untuk menjawabnya.

"Syukri, setiap orang Islam wajib tutup auratkan? Kenapa kawan-kawan perempuan kita dia pakai tudung tapi baju dengan seluar mereka ketat..ada tu nampak badan seksi sangat, saya pun malu nak tengok..".

Saya terkedu apabila mendengar soalan cepu logam daripada dia. Suka atau tidak saya kena jawab soalan dia, terpaksalah berfikir sekejap sebab mesti bagi jawapan yang rasional..

Tiba-tiba dapat idea nak menjawab..

"Memang betul apa yang awak cakap tu, sebab tu dah diberitahu yang salah satu tanda kiamat ialah berpakaian menutup aurat tetapi sebenarnya mereka bertelanjang..maksudnya pakai pakaian yang menampakkan susuk badan..bukannya mereka tak tahu perkara ni tapi mereka terpengaruh dengan budaya Barat yang berkarat..".

Kini di universiti sekali lagi saya berhadapan dengan soalan yang sama.. Soalan yang sama diajukan oleh kawan yang bukan beragama Islam.

Memang malu untuk menjawab hal ini, tetapi kita semua adalah pelakon yang berlakon di atas pentas dunia ini. Sudah dinyatakan apa yang akan berlaku pada akhir zaman ini.

Dalam hal berkaitan dengan berpakaian, itu adalah hak masing-masing. "Alah yang ko nak sibuk-sibuk buat apa! Ini hal aku bukannya hal kau, lagi pun kubur kita lain-lain..kau jaga hal kau, aku jaga hal aku..".

Pada saya inilah ayat penamat dalam bab-bab menasihatkan SAUDARA SEAGAMA. Tapi kalau mati beramai-ramai tak ke dikebumikan dalam liang lahad yang besar? Biarlah..

Seperkara lagi ialah berkenaan dengan baju T. Kini kita dapat melihat banyak remaja lelaki khasnya memakai baju T yang mereka kurang peka dengan lambang yang ada di baju T tersebut.

Satu contoh paling mudah, jersi pasukan bola sepak yang tertera lambang Carlsberg. Ramai juga yang saya yakin beragama Islam memakai jersi tersebut. Apabila di tanya mereka akan menjawab "bukannya aku minum pun, cuma pakai baju ni je..". Kalau macam itulah mereka punya tanggapan ini bermakna orang Islam pun boleh memakai lambang Salib walaupun beragama Islam.

Yang mana lebih elok, menutup aurat atau tidak? Jawapannya ialah lebih elok menutup aurat.

Yang mana lebih elok, pakai tudung (pakai purdah dan tudung labuh) tapi mulut macam 'murai' jaja cerita sana sini atau tak pakai tudung tapi baik tutur kata dan pandai menyimpan rahsia. Pada saya elok lagi yang tak pakai tudung ni. Daripada yang pakai tudung litup tapi hipokrit nak buat apa..

Seelok-eloknya pakaian itu sewajarnya mencerminkan keperibadian si pemakai..

*Bak kata Remie dengan Izzuddin (sahabat Candu Minda), kan cantik pakai baju kurung macam..........

Sabtu, Oktober 31, 2009

Budaya membaca akhbar..

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia..

Minggu mengulangkaji adalah minggu yang amat memeningkan, berbeza dengan hari-hari biasa. Suka atau pun tidak, memang kena ulang dan kaji apa yang telah dipelajari selama hampir satu semester ini.

Walaupun pening sebab mengulangkaji tapi masih ada masa untuk baca blog sendiri dan blog-blog lain. Pelik sungguh diriku ini..

Habis saja baca SPU318E Kerajaan Demokratik, saya dapat idea untuk dimasukkan ke dalam blog ini. Apa tajuknya? Mestilah ada kaitan dengan membaca..

Membaca.. Lazimnya budaya membaca sukar dipisahkan dengan mereka yang masih belajar. Orang tua yang dah pencen pun suka membaca juga. Budaya membaca ini sememangnya sinonim dengan kita yang bergelar pelajar.

Saya teringat kata-kata daripada pensyarah Sains Politik iaitu Dr. Zaini Abu Bakar, beliau mengatakan bahawa membaca itu tidak semestinya membaca buku, tetapi melihat perbuatan mahupun duduk memerhati tingkahlaku orang lain itu juga boleh dikatakan sebagai membaca.. Bukannya membaca buku tetapi membaca perkara yang lain.

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah kepentingan kita sebagai pelajar khasnya untuk membaca akhbar. Buku itu semestinya di baca, tetapi akhbar juga perlu dibaca supaya kita mengetahui isu-isu semasa yang terjadi.

Maafkan saya sekiranya saya mengatakan bahawa ramai dalam kalangan pelajar universiti amat ketandusan kefahaman mengenai isu-isu semasa yang terjadi. Apa yang mereka gemari hanyalah berkenaan gosip-gosip para artis berbanding isu-isu semasa negara dan dunia.

Apabila ditanya mengapakah mereka tidak membaca akhbar, mereka akan menjawab "tidak minat..", itu sajalah jawapan yang paling popular setakat ini.

Utusan Malaysia, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, Star, New Straits Times, Sinar Harian dan sebagainya merupakan akhbar-akhbar yang menyiarkan berita negara dan luar negara. Bukan mahal pun harganya cuma RM1.50 dan RM2.00 untuk hari Ahad. Kalau tidak mampu, boleh baca akhbar-akhbar ini di internet. Kini semuanya di hujung jari anda.

"Ala..surat khabar tu semua kerajaan BN yang kawal, semua cerita dia orang..". Memanglah cerita mereka sebab perlu untuk menyebarkan dasar-dasar mereka. Kalau hendak berita mengenai pembangkang anda boleh beli akhbar Harakah dan sebagainya. Kalau dah tak nak baca cakaplah tak nak baca, tak perlu nak berdalih..

Bapa saya mengajar saya membaca surat khabar sejak sekolah rendah lagi. Sejak itu jika saya tidak membaca akhbar dalam sehari umpamanya saya rasa macam 'bodoh' sebab tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar. "Jangan nak baca intisari rancangan je..." inilah yang bapa saya selalu pesan.

Jadikanlah budaya membaca akhbar ini sebagai amalan bagi menambah ilmu pengetahuan. Jika membuat karangan atau esei itu InsyaAllah maklumat yang diperolehi akan membantu kita.

Contohilah sebahagian rakyat negara Jepun dan Korea Selatan, semasa berada di dalam kereta api atau tren mereka menggunakan masa tersebut dengan membaca akhbar ataupun buku. Kita? "Alaahhhh..peninglah kepala bila membaca dalam kenderaan yang bergerak..". Inilah yang selalu kita dengar.

Saya dalam bas bolehlah membaca tapi dalam kereta tak boleh. Kalau dalam bas senang sebab bukan saya yang memandu bas tu, jadi bolehlah membaca..

*Akhbar - Berita Harian - hanya sekadar hiasan.

**Blog ini bukan ditaja oleh Berita Harian.