Followers

Rabu, November 11, 2009

'Modal Insan' yang merugikan...

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Reformasi Minda...

Bagi mengisi masa yang terluang, terlintas idea melalui pembacaan di akhbar. Bukan kritikan keras mahupun sindiran pedas, tetapi hanya sekadar selingan mengisi kekosongan tatkala suasana panas.

Saya bukanlah seorang yang meminati bola sepak. Saya tidak mengenali nama-nama pemain bola sepak tempatan kerana tidak berminat mengenainya. Mereka juga tidak mengenali saya.

Secara peribadi saya menyokong Johor FC dan KL PLUS. Sudah banyak kali terlepas menonton perlawanan yang melibatkan KL PLUS semasa bekerja di PLUS - Plaza Tol Yong Peng Utara.

Di dada akhbar memaparkan berita yang cukup menarik. Apakah yang menarik itu? Menteri Belia dan Sukan mengumumkan bahawa sebanyak 224 kerusi, pintu pagar dan tandas dilaporkan rosak dan kerosakan ini membabitkan kerugian yang bernilai RM214,000. Bukankah kerugian sebanyak itu melibatkan wang rakyat? Tidak mengapa kerana FAM mengaut keuntungan dalam penjualan tiket.

Walaupun saya tidak meminati bola sepak tetapi saya cukup tertarik dengan sikap para penyokong yang bertindak keterlaluan. Penyokong Kelantan bertindak secara agresif apabila pasukan Kelantan tewas kepada pasukan Negeri Sembilan.

Keputusan 3 - 1 jelas menaikkan kemarahan penyokong Kelantan. Gelombang Merah jelas mendominasi Stadium Nasional Bukit Jalil berbanding penyokong Negeri Sembilan.

Tindakan penyokong pasukan Kelantan yang membakar kain rentang dan kerusi adalah tindakan yang amat keterlaluan. Botol air mineral, batu dan mercun juga mereka lontar ke padang sesuka hati. Tindakan ini amat bahaya kepada semua.

Di dalam perkara ini saya tidak menyalahkan sepenuhnya penyokong pasukan Kelantan. Pihak pengurusan stadium juga perlu dipersalahkan kerana membenarkan mercun di bawa masuk ke dalam stadium.

Sebelum perlawanan diadakan pihak berkaitan hanya memberi amaran sahaja supaya mercun tidak dibawa masuk ke dalam stadium. Hanya sekadar amaran sahaja tetapi tiada tindakan. Nasib baik hanya mercun, jika ada dalam kalangan mereka yang membawa bom lagi susah.

Tindakan segelintir penyokong Kelantan yang berfikiran cetek dan jahil ini telah mencemarkan imej Serambi Mekah.

Kerugian sebanyak RM214,000 itu boleh digunakan untuk tujuan-tujuan yang lain. Mungkin boleh dijadikan sebagai bantuan terhadap mangsa banjir di Kelantan.

Tindakan segelintir penyokong Kelantan ini mengingatkan saya suatu peristiwa di India yang pernah dipaparkan di akhbar suatu ketika dahulu. Kisah tersebut berkaitan dengan penonton filem membakar panggung wayang kerana tidak berpuas hati dengan ending filem tersebut.

Inilah mentaliti dunia ke-3. Apabila kalah maka akan merusuh dan membuat kekecohan, tetapi apabila menang tidak pula bertindak sedemikian.

Ubahlah sikap tersebut. Jangan memalukan imej Serambi Mekah. Setelah lebih 18 tahun kepimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, adakah ini 'Modal Insan' yang dilahirkan? Saya yakin hanya sebahagian sahaja yang rosak.

Saya tertarik dengan beberapa blog yang mengaitkan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan dan Kelantan. Mereka menggelar perlawanan tersebut sebagai perlawanan antara Negeri Sekular dengan Negeri Islam.

Mereka mengatakan Modal Insan Negeri Sekular lebih bermoral berbanding Negeri Islam.

*Kepada rakan-rakan anak Kelantan, saya hanya mengkritik sikap sebahagian atau segelintir sikap penyokong Kelantan yang bertindak secara memBABI buta..

**InsyaAllah anda yang membaca ini adalah seorang yang rasional dan bukannya emosional..

6 ulasan:

  1. Wah, kalau dikirakan sebiji kerusi tu kos dia RM500! Betul ke?

    Nilai modal mana pulak ni?

    BalasPadam
  2. sebiji kerusi kos RM500 tu apa yang diperkatakan menteri masa menggulung penghujahan di Dewan Rakyat..tah mana dia cedok..ikut suka hati je

    FAM dah jelaskan kerugian cuma RM138,150 sahaja dan bukannya RM214,000.

    ikut kiraan lebih RM75,000 daripada kerugian sebenar..ni Ketua Audit Negara kena buat siasatan..jangan jadi macam laptop harga RM3,000 dibeli dengan harga lebih RM30,000

    BalasPadam
  3. Menteri tu mana belajar Kira-kira atau ilmu hisab dulu..Dia belajar matapelajaran Kelentong, main petik, pusing balik, teknik berfiqir cara Cukong, dan Adope songlap.. Hahahaha

    BalasPadam
  4. Aik mana satu jumlah yang betul? RM138,150 atau 214,000? Kenapa artikel anda tak dinyatakan jumlah yang sebetunya terus?

    Rusuhan besar siapa2 sahaja boleh lakukan. Bukan hanya orang Kelantan. Dalam kes bola sepak tu, mungkin wujudnya provokasi dari segelintir sahaja, tapi apabila berhadapan dengan jumlah yang ramai ni, maka ia mudah merebak.

    Macam mana pula modal insan yang buat demontrasi bantah ISA baru2 ini? Semua modal insan 1Malaysia.

    Tapi biasalah, akibat nila setitik, rosak santan sebelanga.

    BalasPadam
  5. haha beremosi nampaknya..

    artikel ini ditulis selepas menteri berkenaan menyatakan kerugian sebanyak RM214,000.. Kemudian FAM menjelaskan kerugian ialah RM138,150..

    saya hanya merujuk rusuhan yang berlaku semasa perlawanan akhir Piala Malaysia sahaja..tidak melibatkan perkara-perkara lain. saya tidak menyatakan bahawa semua penyokong kelantan merusuh tetapi hanya segelintir sahaja.

    saya juga merujuk kepada sebahagian modal insan kelahiran kelantan yang gagal di bentuk..

    berkenaan demonstrasi bantah ISA itu juga modal insan..saya maksudkan selepas 18 tahun pemerintahan Islam - Serambi Mekah, adakah itu modal insan yang dilahirkan..rakyat kelantan sememangnya terkenal dengan sikap kerajinan berusaha mencari rezeki terutamanya golongan wanitanya, tetapi yang saya ingin maksudkan adalah sikap atau sifat kesabaran di dalam diri yang belum dapat di pupuk dalam jiwa anak-anak muda.

    artikel ini bukan hendak menghina kelantan atau sebagainya tetapi ingin melihat budaya "di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung" diamalkan.. budaya merusuh selepas pasukan yang di sokong mengalami kekalahan tidak sewajarnya diamalkan..

    saya ulang, hanya segelintir penyokong kelantan yg bertindak jahil.. lebih 3/4 stadium dipenuhi penyokong baju merah, cuba bayangkan apa akan jadi jika semua penyokong yang berbaju merah merusuh serentak? polis pun tak dapat kawal..hanya segelintir sahaja..

    BalasPadam