Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Reformasi, Salam Revolusi Minda dan Salam Satu Malaysia..
Apa yang ingin saya paparkan di sini bukanlah isu baru tetapi isu yang pernah hangat suatu ketika di negara kita. Isu hangat dan kembali dingin. Kembali hangat dan kemudiannya dingin semula. Apabila sesuatu isu hangat diperkatakan maka banyaklah pihak yang menyibukkan diri melakukan kerja, apabila isu mulai dingin maka tiada lagi isu yang dipaparkan di media.
Kali ini kita abaikan sketsa politik negara yang merimaskan buat seketika. Abaikan kisah agama yang dipersenda oleh mereka yang membuat keuntungan keatasnya. Abaikan juga kisah kapitalisme yang menindas golongan bawahan. Abaikan gejala sosial yang membelenggu kita. Abaikan juga peperiksaan yang memeningkan kepala. Abaikan dan abaikanlah segalanya. Abaikan hanya buat seketika..
Saya ingin bertanya kepada anda semua, pernahkah anda terserempak dengan kanak-kanak yang meminta sedekah? Jika pernah sila anggukkan kepala anda dan jika tidak pernah sila gelengkan kepala anda.. Ok saya dah tahu jawapan anda itu..
Pernahkah kita terfikir anak siapakah mereka ini? Dimanakah ibu bapa mereka? Mengapa mereka dibiarkan berkeliaran tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa? Adakah mereka ini menjadi mangsa kepada sindiket meminta sedekah? Ada banyak lagi persoalan yang boleh difikirkan.
Jawapan yang paling sesuai untuk persoalan di atas ialah kanak-kanak ini sebenarnya menjadi mangsa kepada sindiket meminta sedekah.
Pada bulan Ramadhan yang lalu saya dan rakan saya telah pergi ke KOMTAR. Maklumlah kami ketika itu mengalami tahap kebosanan yang melampau di hari minggu. Ketika menaiki satu jejantas berdekatan KOMTAR, ada beberapa orang kanak-kanak yang menunggu di situ untuk meminta sedekah. Timbul rasa kasihan di hati pada masa itu. Maklumlah bulan Ramadhan elok juga nak bersedekah. Tetapi, tiba-tiba saya dan rakan saya ternampak seorang lelaki yang turut berada di jejantas itu seakan-akan memerhati pergerakan kanak-kanak tersebut. Niat di hati hendak bersedekah terpaksa di tunda ke suatu masa yang lain.
Ketika hendak balik, kami melalui jejantas yang sama. Kanak-kanak dan orang yang disyaki memerhati pergerakan kanak-kanak tersebut masih di situ. Kesimpulan ekspres yang saya buat masa itu ialah "maaf, tiada peruntukan kewangan untuk mu..".
Rasa simpati itu tetap ada, tetapi jika wang itu digunakan untuk kanak-kanak tersebut saya masih boleh terima. Tapi sebaliknya yang berlaku. Pihak sindiket pula yang meraih keuntungan di atas penat lelah kanak-kanak meminta sedekah.
Persoalan yang ingin saya ketengahkan di sini ialah, adakah pihak-pihak yang berkenaan tidak nampak perkara ini? Butakah mereka kerana tidak nampak kanak-kanak yang kita sedia maklum mereka ini di bawah umur? Dimanakah pihak berkuasa? Adakah pihak-pihak yang berkaitan tidak nampak masalah ini kerana mereka tidak menggunakan laluan yang 'dikuasai' oleh kanak-kanak ini?
Isu kanak-kanak yang dipergunakan oleh sindiket meminta sedekah ini sebenarnya pernah hangat suatu ketika dahulu. Hangat di media massa. Apabila isu ini hangat maka satu muka surat khabar dikhususkan untuk memaparkan berita mengenai perkara ini. Hangat-hangat tahi ayam, bila kita leka 'tahi ayam' itu pun kembali sejuk dan hilang begitu saja.
Adakah kanak-kanak yang meminta sedekah ini tidak mempunyai ibu bapa? Jika tiada bagaimana pula mereka boleh lahir ke dunia ini.. Adakah mereka ini di culik dan kemudiannya dijadikan 'pekerja' oleh pihak sindiket peminta sedekah? Mungkin juga mereka ini di culik dan mungkin juga mereka ini mangsa kes penculikan yang belum dapat diselesaikan oleh pihak polis.
Sebenarnya isu kanak-kanak meminta sedekah ini bukan sahaja berlaku di kawasan sekitar KOMTAR Pulau Pinang, tetapi turut berlaku di kawasan-kawasan lain. Kuala Lumpur lagi dahsyat..
Apa yang saya tulis ini bukanlah mengkritik agensi kerajaan yang tidak menjalankan tugas tetapi sekadar menyatakan perkara yang terlintas di mata dan fikiran saya dan rakan-rakan. Kami tiada kuasa dan pengaruh untuk mengatasi masalah ini. Kami hanya sekadar menulis apa yang terlintas di depan mata kami. Jika baik sesuatu perkara itu maka kami akan puji dan hargainya, jika tidak kami akan melakukan sebaliknya dengan beradab.
Saya yakin negara kita memiliki peruntukan undang-undang untuk mengatasi masalah ini, dan saya juga yakin pihak penguatkuasaan dan pelaksana undang-undang tersebut gagal memainkan peranan mereka.
Langkah terbaik ialah 'menahan' kesemua kanak-kanak yang meminta sedekah ini dan tempatkan mereka di rumah anak-anak yatim. Berikan mereka pendidikan yang sempurna seperti mana kanak-kanak lain di negara ini. Ingatlah, mereka juga berhak untuk berjaya..
Apakah yang perlu dilakukan terhadap mereka yang mempergunakan kanak-kanak ini? Macam biasalah, tangkap...tangkap...tangkap...dan tangkap... Kemudian lepas daripada tahanan mereka pun kembali kepada kerjaya tersebut. "Pi Mai Pi Mai Tang Tu.."
Mungkin selepas ini rakan-rakan saya khasnya Brother Sharil, Remie dan Izzuddin akan menambah serba sedikit mengenai isu ini di blog mereka.
Anda juga boleh melontarkan idea, kritikan, saranan atau sebagainya di ruangan komen.. Bukannya di ruangan YM..

cerita ni mengingatkan saya kepada perkara sama yg berlaku, tp sgt dekaaaat dgn kita beberapa bulan yg lalu.
BalasPadamlokasinya di bazaar ramadhan di hadapan kompleks RST.bezanya, bukan kanak-kanak, tetapi warga emas. pada mulanya sy saksikan hanya seorang yang duduk meminta sedekah di tgh2 jalan. selang beberapa hari, sy sudah jangkakan, ia bertambah kepada 3 orang.
sy perhatikan wajah mereka, sy yakin bukan org tempatan kerana wajah mereka iras-iras cina, mungkin dari indo-china (kemboja, vietnam, laos)...yg pasti bukan org jawa...
sy x tau apa nasib mereka selepas itu, sama ada ditangkap, atau terus dijadikan alat kpd pihak yg cuba meraih simpati umat islam di kala bulan puasa.
sindiket sebegini mmg wujud...
Ye,saudara Aziz. Saya amat setuju dengan anda.. Ada warga emas yang diragui bangsanya. Ada yang berpura-pura bisu atau mengalami kecacatan yang lain. Saya rasa mereka masih bebas sebab saya ada melihat sesetengah daripada mereka di pasar malam Sg. DUa..
BalasPadamSyukri, tunggu aku punya laporan yang sama tentang Kes ini...
aziz, ko ni orang jawa ke?? tak habis2 dengan jawa ko..
BalasPadamsaya perasan juga mengenai hal yg berlaku di depan kompleks RST, maklum la hampir setiap petang turun ke bazar ramadhan..bahagian depan dan tengah bazar memang ada peminta sedekah. pada mula seorang kemudian menjadi 3 kalau saya tak silap..
nasib mereka kini menjadi tanda tanya..jika mereka yg meminta sedekah ini ditahan oleh pihak berkuasa atau jabatan kebajikan, lagi elok..insyaAllah keadaan mereka akan lebih baik berbanding sebelumnya..
mungkin juga mereka ini bukan di tangkap oleh sindiket yg ingin mengambil kesempatan di dalam kesempitan mereka, tetapi mereka juga salah seorang 'pekerja' sindiket tersebut.. hanya Dia yg tahu..
remie..aku tunggu edisi siasat dan terjah daripada ko..brother sharil dengan izzuddin mana? tak kan senyap je kot...idea ni dah dibincang dalam mesyuarat meja bulat antara kita..
ek eleh syukri..lu selalu cakap pasal orang banjar, tak kan la aziz tak boleh cakap pasal orang jawa..kecoh la lu..
BalasPadamorang jawa bangga dengan "asam jawa", orang banjar bangga sebab garam tu masin..Banjarmasin (nama tempat).
(sebelum ada orang hentam aku, elok aku hentam diri sendiri dulu..)
haa....sedar pun diri....
BalasPadamaku bru nk kutuk ko td...
kalau berani kutuk la..
BalasPadamaku nak tengok kekuatan pasukan ko tu..
masih ingat ksh d komtar satu ketika dlu???
BalasPadamsahabat yg pegi bersama bg duit pd kanak2 yg minta sedekah,
selepas tu sorg lg kanak2 dtg,
masih bg,
kemudian lg sorg datang, terpaksa bg..
saya berpesan pd adik 2 org yg bg sedekah tu, kalo dh start bg, lps ni dia akan pgl geng2 dia plak mcm yg terjadi tu...
kasihan mmg kasihan, tp ada yg mengeksploitasi knk2..yg menjadi mngsa kanak2 dan juga org yg memberi sedekah..
elok jgn bg..silap2 seluruh ahli persatuan mereka kerumun kat mereka yg bg sedekah..
BalasPadam