Followers

Isnin, November 16, 2009

"Pemain tak kenal pengadil.."


Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam 1 Malaysia Merevolusikan Minda..

Beberapa blog rakan-rakan sedang hangat memaparkan perkara berkaitan Pilihanraya Kampus (PRK) tetapi saya kurang berminat menulis berkenaan perkara tersebut buat masa ini.

Kali ini saya ingin menulis berkenaan apa yang saya dan rakan-rakan Candu Minda bincangkan semasa di meja makan.

Kumpulan "Candu Minda" ditunjangi empat orang lelaki yang berasal daripada negeri yang berlainan. Keempat-empat mereka merupakan anak jati Batu Pahat, Johor - Gombak, Selangor - Machang, Kelantan - dan yang paling jauh ialah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Walaupun kami berlainan loghat bahasa, berbeza major dan minor di universiti, berbeza usia (bulan tak sama), berbeza fahaman, berbeza pendirian terhadap sesuatu isu, tetapi kami mempunyai persamaan iaitu bersetuju untuk tidak bersetuju terhadap perkara yang perlu untuk tidak dipersetujui.

"Pemain tak kenal pengadil..", sengaja saya pilih tajuk ini untuk memperkatakan sesuatu isu yang bukan berkaitan bola sepak.

Semasa sedang menunggu makanan tiba, kami membuka tajuk perbualan mengenai betapa sukarnya belajar semasa di peringkat SPM dan STPM berbanding di universiti.

Secara peribadi saya mengatakan bahawa pelajar SPM dan STPM bertungkus-lumus belajar bagi memahami apa yang dipelajari. Kesemuanya itu dipelajari dalam tempoh masa setahun setengah atau dua tahun. Kemudian menjawab soalan peperiksaan yang disediakan dalam tempoh masa 3 jam. Semasa zaman persekolahan kesemua nota disuap oleh cikgu. Setiap kali musim cuti, akan ada kelas tambahan.

Di zaman sekolah cikgu akan menyayangi pelajar yang pandai, cerdik dan cemerlang dalam pelajaran. Itu adalah lumrah yang perlu diterima. Belajar dengan rajin supaya dapat gred A. Itulah yang di minta oleh mereka. Kerana bukan sahaja untuk reputasi sekolah tetapi juga pelajar itu sendiri.

Kita belajar selama 2 tahun di peringkat SPM dan setahun setengah di peringkat STPM. Kemudian menjawab soalan dalam temph masa 3 jam. Buku yang tebal menjadi rakan paling akrab. Mengulangkaji bersama sudah menjadi aktiviti tetap sebelum peperiksaan.

Apabila tiba masa menjawab soalan peperiksaan, kesemua yang dipelajari selama 2 tahun atau setahun setengah dicurahkan dalam tempoh masa 3 jam atau kurang daripada itu.

Kemudian, kesemua jawapan itu akan ditanda dan disemak oleh orang yang kita tidak kenali. Sama ada kita lulus atau gagal adalah terletak pada pemeriksa kertas jawapan yang kita tidak kenali nama serta jantinanya.

Apabila keputusan keluar, kita akan berpuas hati jika mendapat apa yang dihajati dan sebaliknya.

Bernasib baik dapat pula menyambung pelajaran ke universiti. Dalam tempoh beberapa bulan belajar, perlu menduduki peperiksaan seperti mana zaman persekolahan dahulu.

Tetapi zaman persekolahan dan zaman universiti adalah berbeza. Persamaannya cuma satu, iaitu tempat belajar atau menuntut ilmu.

Jika zaman persekolahan kertas jawapan kita ditanda dan diadili oleh mereka yang kita tidak kenali. Tetapi kini berbeza. Kerana apa? Kerana kita tahu individu yang akan mengadili kertas jawapan kita itu.

Saya terbaca di dalam sebuah blog yang saya sudah lupa pemiliknya. Penulis menulis berkenaan rasa tidak puas hatinya terhadap pengampu yang mengampu pensyarah demi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Saya harap tidak berlaku di USM. Di blog tersebut menyatakan bahawa mana-mana pelajar yang dikenali dan mesra dengan pensyarah akan mendapat A di dalam peperiksaan. Bermulalah sesi pensyarah meminta nombor matrik pelajar yang ingin di bantu. Mungkin perkara ini berlaku di tempat lain, dan bukannya di USM.

Saya juga terdengar perbualan dua individu yang saya tidak kenali semasa berada di dalam lift. Mereka mengatakan bahawa cukup kecewa terhadap pensyarah mereka kerana pensyarah awal-awal lagi sudah memberikan gred "GAGAL" kepada mereka walaupun mereka belum menduduki peperiksaan. Kerana apa? Kerana semasa pembentangan tugasan, salah seorang daripada mereka ini mengulas secara kritikal sesuatu isu yang tidak digemari oleh pensyarah. Maksudnya pelajar tadi berfikir di luar kotak tanpa terikat dengan arahan. Itu saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya mendengar perbualan mereka tanpa menyampuk.

Saya juga kerap mendengar keluhan rakan-rakan khasnya daripada universiti lain. Mereka mengatakan bahawa idea mereka tidak boleh diterima kerana tidak tercatat di dalam buku. Mengapa perlu mengikut buku? Buku hanya panduan sahaja. Sewajarnya panduan itu digunakan untuk kita mengolah idea yang baru. Idea yang lebih kreatif dan menunjukkan kematangan seseorang mahasiswa dan mahasiswi.

Saya cukup tertarik apabila rakan saya menceritakan bahawa dia terpaksa menulis tugasan berkaitan kes kematian individu di dalam tahanan pihak polis dan perlu menyalahkan pihak polis (PDRM). Jika menyokong PDRM maka mereka akan gagal. Apabila sesuatu tajuk tugasan di beri maka pelajar akan mengulas daripada pelbagai perspektif, sama ada positif atau negatif. Tetapi jika sudah diberikan garis panduan supaya tugasan itu perlu dikhaskan untuk menentang pihak PDRM atau pihak-pihak berkaitan maka pada saya bakat atau idea yang ada pada pelajar itu akan tersekat. Dimanakah kebebasan mengeluarkan pendapat atau idea?

Memandangkan nasib kita sebagai pelajar adalah di tangan pihak-pihak berkenaan, maka pada saya kita perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Ikutlah garis panduan buat sementara waktu.

Kadangkala saya fikir 'darjat' dan 'martabat' pelajar SPM dan STPM lebih tinggi daripada mahasiswa dan mahasiswi. Peperiksaan diadili dengan penuh etika kerana pelajar tidak mengenali 'pengadil', 'pengadil' juga tidak mengenali 'pemain'.

*Teringat kata-kata kecewa daripada ahli Candu Minda, "jawapan aku sama dengan dia, tapi kenapa gred berbeza? Aku tau la dia bla bla bla bla".

5 ulasan:

  1. Salam "Fair Play"...

    Benar...Saya juga pernah menulis cerita yang hampir sama seperti entry kali ini...Ia berkenaan pensyarah...Dan saya lebih fokus pada 'carry mark'...

    Baiklah...Saya secara total menyokong entry saudara kali ini...Memang payah jadi student U...X kira mana2 U pn...Saya percaya, yang bodek lebih,markah akan lebih...

    Saya mengalami masalah yang sama sebenarnya...Masalah saya juga mungkin dikongsi oleh lain2 anggota Suksis dan Palapes yang bergelar pelajar SENI!!!

    Mula-mula lagi kami telah diingatkan..."JANGAN MASUK SUKSIS ATAU PALAPES...KALAU PENSYARAH TAHU, TERUK...."

    Bengang...Diperli..."KALAU POINTER TAK BAGUS, KORANG NK KERJA POLIS??TENTERA??"

    Kerana tahu tindakan itu tidak disukai pensyarah, kami mengambil alternatif lain...Iaitu...RAHSIAKAN KEANGGOTAAN... Itu cara paling bijak tetapi menyusahkan...

    Kenapa ia menyusahkan??? Sudah 2 semester saya berjaya merahsiakan identiti tetapi baru-baru ini pensyarah terserempak dengan saya ketika lengkap berUNIFORM!!! apa nak jadi??? Ntah..

    Tunggu result semester ni jela...

    BalasPadam
  2. Salam saudara..

    rasanya ini komen saudara yg paling panjang..

    terima kasih kerana menyokong saya. kadang2 saya berfikir, siapakah yg bermasalah sebenarnya? adakah kita yg berstatus pelajar atau pensyarah? tindakan paling JAHIL adalah memberi amaran melarang menyertai suksis atau palapes. ini kali pertama saya dengar.

    kenapa perlu diperli sedemikian rupa? ada juga polis berkelulusan PhD. lebih hebat daripada pensyarah yg hanya tahu menghina dan bersikap perkauman.

    walau apa pun saya simpati dengan saudara.. tunggu dan lihat apakah keputusan yg saudara dapat kesan daripada pemakaian UNIFORM tu..

    apabila tiba masanya, mereka yg berstatus ***** itu akan menerima balasan. saya sedang menunggu untuk berdepan dengan mereka yg gemar menghina orang melayu dan bersifat perkauman serta menghina raja2 melayu..

    "Revolusi Minda"

    BalasPadam
  3. Unite we for the right..

    Aku pun sokong la... Sebab bagi aku, ini dah macam dah menghina martabat universiti sebagai gedung ilmu atau pentas untuk berdebat dan bertukar pendapat dan idea. Apa guna belajar di university? Kalau semua nak mengampu dan membodek sahaja.. Aku tau pensyarah adalah manusia.. Tapi mana profesionalisme mereka sebagai ahli akedemik?

    Bila pelajar membuat sesuatu yang diluar lingkung, bermakna ini pelajar terbabit adalah seorang yang kritis dan kreatif..

    Kalau pelajar university pun kena ikut skema jawapan, baik dia belajar setakat tingkatan lima.. Salah ke seorang pelajar memberi pendapat dan idea mereka? Mengkritik apa yang salah?

    Ini dibiarkan akan menjadikan pelajar kita sebagai mesin yang diprogramkan dan bukan sebagai insan yang berdaya saing dan berkualiti..

    Baik tak payah buat universiti..

    BalasPadam
  4. Lupa pula... Hidup budak STPM!!!!!!!!!!

    We will be the great one in the future..

    BalasPadam
  5. secara peribadi - pemikiran bekas pelajar lulusan STPM sememangnya agak kritis dan kritikal.. - Candu Minda.

    sebenarnya universiti adalah tempat paling sesuai untuk mencungkil bakat pelajar yg bakal menjadi pemimpin masa depan bagi menggantikan pemimpin2 yg bakal kehabisan idea.

    di dalam subjek Teori & Kaedah Sains Politik - pemimpin pelapis akan mengambil alih kepimpinan daripada pemimpin lama yg sudah kekeringan idea dan digantikan dengan orang baru yg ada idea baru.

    remie, masa STPM kita belajar Pengajian Am. disebabkan ikut apa yg dipelajari itulah aku pertikai beberapa pelaksanaan peraturan sekolah sebab tak tercatat dalam buku peraturan. yg bagusnya, tindakan aku tu dihargai oleh pihak atasan seperti pengetua & guru2 kanan, tapi dikutuk oleh cikgu2 'kelas bawahan' yg tertutup minda mereka. bila mereka marah aku pun cakap yg aku cuma ikut buku (P.Am)..kesilapan mereka ialah tidak mengetahui bahawa setiap peraturan boleh dibuat dengan hanya mengumumkannya semasa perhimpunan tanpa meminda apa2 bahagian di buku peraturan. - peraturan tambahan.

    kesan daripada tindakan aku yg bergelar sebagai ketua pengawas si pengkritik & pemberontak itu - buku peraturan sekolah kini berwajah baru & agak tebal dengan peraturan2 yg sukar hendak di sanggah. ada kebaikkan jugakan?

    seandainya kita ni pensyarah, janganlah kita menyekat kebebasan pelajar2 kita yg hendak berfikiran kreatif, kritis, & sebagainya. Biarkanlah mereka berfikir di luar kotak. jangan hanya mengikut buku yg dikarang oleh mereka yg berkepentingan sahaja.

    sebagai pelajar USM, aku memang perlu berfikir sebagai seorang pelajar USM. Gaya pemikiran sebagai pelajar major Sains Politk dan minor Sejarah. kadangkala perlu berfikir sebagai anak jati negeri Johor. sekiranya perlu berfikirlah seperti rakyat negeri pulau pinang. berfikir sebagai seorang Muslim dan rakyat Malaysia yg bertanggungjawab.

    kadang2 berfikirlah sebagai bangsa pendatang kerana aku "Anak Banjar".. (x abis2 dgn banjar..)

    Hidup budak STPM!!!

    BalasPadam