Followers

Khamis, November 12, 2009

Keranda Terbang - "Masih boleh guna lagi..."

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia Mereformasikan Minda..

Di dalam Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, kerajaan belum memuktamadkan pembelian helikopter bagi tujuan pengangkutan, mencari dan menyelamat serta tempur (SCAR) untuk mengantikan helikopter Nuri.

Pembelian helikopter baru keluaran Eurocopter bagi mengantikan helikopter Nuri telah ditangguhkan sejak setahun yang lalu.

Pada bulan September 2008 yang lalu, Kementerian Pertahanan yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah bersetuju untuk membeli sebanyak 12 buah helikopter Eurocopter EC 725 yang bernilai RM1.6 bilion bagi mengantikan helikopter Nuri yang sudah terlalu lama.

Namun begitu, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menangguhkan pembelian tersebut selepas pemilihan helikopter Eurocopter EC 725 menimbulkan kontroversi daripada pihak pembangkang.

Timbalan Menteri Pertahanan tersebut menyatakan bahawa sebanyak 28 buah helikopter Nuri masih mampu beroperasi sehingga tahun 2015 dengan penyelenggaraan yang baik.

Saya cukup tertarik kerana Timbalan Menteri menyatakan bahawa helikopter Nuri mampu beroperasi sehingga tahun 2015 dengan penyelenggaraan yang baik. Apakah sepanjang tahun menuju ke tahun 2015 itu tidak akan berlaku tragedi helikopter Nuri terhempas disebabkan faktor-faktor helikopter itu sendiri?

Semua yang terjadi adalah kehendak Allah S.W.T, dan bukannya kerja kita sebagai manusia. Tetapi kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mengelak daripada berlakunya tragedi.

Pada tahun 1968, kerajaan Malaysia telah membeli sebanyak 40 buah helikopter Sikorsky S61 Sea King daripada Sikorsky Aircraft Corporation, Amerika Syarikat untuk tujuan operasi mencari, menyelamat dan bantuan kemanusiaan.

Kini kita berada pada tahun 2009. Hal ini bermakna helikopter Nuri sudah berusia lebih 40 tahun. Dalam tempoh beroperasi, kita banyak menatap cerita mengenai tragedi helikopter Nuri terhempas. Terhempas yang mengakibatkan kerugian aset dan kehilangan nyawa serta kepakaran oleh TUDM. Helikopter Nuri mendarat cemas mungkin lagi banyak berbanding yang terhempas.

Apabila ada laporan berita mengenai helikopter Nuri terputus hubungan dengan pangkalan, maka kita akan mendengar cerita mengenai rekod helikopter Nuri terhempas, rentetan peristiwa tragedi yang dipaparkan di dada akhbar, arahan pihak berkuasa untuk mencari punca tragedi, dan akan berkumandanglah idea-idea bernas supaya helikopter usang yang berusia lebih 40 tahun itu digantikan dengan yang baru.

Tragedi terakhir helikopter Nuri terhempas ialah pada 13 Julai 2007 di Genting Sempah, Pahang. Disebabkan tragedi tersebut, Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengumumkan Kabinet bersetuju untuk menggantikan helikopter Nuri. September 2008 pemilihan helikopter telah dilakukan. Tetapi dasar Perdana Menteri ketika itu yang 'flip flop' itu telah menangguhkan pembelian tersebut.

Sebenarnya pembelian helikopter baru bagi mengantikan Nuri ini perlu dilakukan segera. Jika ditangguhkan tahun demi tahun harga pasaran helikopter akan turut berubah dan ini akan mengakibatkan kenaikkan kos.

Saya masih ingat semasa menonton Buletin Utama, terdapat seorang ahli parlimen wanita daripada wakil pembangkang menyatakan bahawa "kenapa mahu tukar? Helikopter itu boleh guna lagi..".

Maaf, inilah ahli parlimen yang paling BODOH. Helikopter Nuri berusia lebih 40 tahun memang wajar digantikan dengan yang baru. Dia sebagai ahli parlimen sudah berapa kali tukar kereta baru? Anda dan ahli keluarga anda sudah berapa kali tukar motor dan kereta baru? Ada ahli parlimen yang tukar kereta setiap tahun..

Kereta berusia lebih 20 tahun pun banyak masalah apatah lagi helikopter yang berusia lebih 40 tahun.

Jika kita sedang memandu kereta dan tiba-tiba kereta itu rosak, enjin dia 'mati', kita terpaksa berhenti di tepi jalan dan boleh keluar rehat-rehat sambil garu-garu kepala..

Tetapi cuba bayangkan jika kita sedang memandu helikopter Nuri yang dah tua dan usang itu dan tiba-tiba enjin helikopter 'mati' apakah kita boleh berhenti rehat ketepi untuk seketika? Sambil garu-garu kepala? Apakah helikopter tersebut akan tergantung di atas udara? Kalau tergantung tak apa, senang kerja kita.. Ini tidak, silap-silap boleh masuk surat khabar muka depan sebab menjadi mangsa 'keranda terbang'.

Diharapkan pihak kerajaan dapat menggantikan dengan segera helikopter Nuri tersebut. Helikopter Nuri hanya layak ditempatkan di muzium sahaja. Amerika Syarikat pun sudah tidak menggunakannya lagi.

Ganti sebelum berlakunya tragedi sekali lagi..

*teringat pada abang TUDM yang buat pameran di Dewan Budaya USM semester lepas.. "Abang, kenapa helikopter Nuri jatuh terhempas ke bawah?". Abang tu punyalah jawab dengan serius, "sebab masalah teknikal..dah usang..kesilapan manusia..". Tapi pada saya jawapan yang paling tepat sebab "Helikopter Nuri sudah lama di atas..". Kesian abang tu, dah la dia penat, kena layan saya yang loyar buruk pulak..

7 ulasan:

  1. Salam...

    Saya suka entry kali ni...Benar dan tepat..Wajar tukar baru...Settle..

    BalasPadam
  2. salam..

    mungkin nak cukupkan jumlah kematian kepada 100 orang baru nak tukar..pembangkang pun jangan asyik nak bangkang je..

    BalasPadam
  3. Salam perpaduan..Unite we for the right...

    Aku pun setuju kalau besi buruk bernama Nuri atau nama penuhnya Sikorsky S-61A-4 yang boleh dikatakan sebagai model komersil pertama bagi model pesawat seperti ini..
    Ramai bekas pegawai tinggi TUDM pun minta benda ni diganti..Kerana juruterbang pertama nuri pun masih hidup..Kalau nak tau, Nuri ni dah 3 kali terhempas dekat dengan kawasan rumah aku.. Paling teruk dekat dengan genting sempah ritu..

    Ala..Pembangkang tu bukannya pernah jadi askar atau naik Nuri ni..Yang dia tahu,cuma bangkang..Dah keje dia sebagai pembangkang.. Diaorang nak berapa ramai lagi Airman kita yang K.I.A atau injured hingga ada yang hilang upaya macam sahabat kita di PPSK tu.. Sebab bukan sedara atau kaum kerabat diaorang.

    Memang malaysia ni bukan negara kuasa tentera..Tapi kalau nak tahu, helikopter bukan guna untuk perang or lain-lain war tactical situation sahaja. Contoh seperti Nuri ini. Ia digunakan macam masa angkut barang bantuan masa banjir, penerbangan ehsan iaitu bawa pesakit yang tenat ke hospital, membawa atau menghantar bekalan ke kawasan pendalaman.

    Memang sesetengah pesawat boleh diubahsuai untuk disesuaikan mengikut zaman. Tapi nuri tak boleh sebab dia sudah menjalani proses pengubahsuai beberapa kali..

    Kalau nak elakkan penyelewengan ketika pembelian pesawat baru, tak payah la cakap banyak.. Pemmbangkang pun belum tentu bersih rasuah kalau diaorang memerintah.. Entah lagi teroookkk agaknya..

    Kalau diaorang kata membazir, apa kata kita tak ada langsung pasukan tentera. Kalau asyik nak kaji, sedar tak sedar mau 1000 orang Airman kita yang mati nanti.. Diaorang bukan kaji bukan sebab kos ke apa.. Kaji sapa yang boleh bagi diaorang tender nak beli helikopter..

    BalasPadam
  4. pembangkang kena jadi pembangkang yang bijak dan bijaksana..bukan jadi pembangkang yang bangang..

    apa yang penting ialah tukar terus Nuri tu kepada helikopter yang baru..jangan bila ada yang terhempas baru sibuk nak tukar, tapi lepas tu senyap dan tangguh, tangguh, dan tangguh lagi..

    kesian dengan kapten kita tu..teringat dia tak nak tengok gambar helikopter dalam laptop the street ruffian..

    BalasPadam
  5. Salam,helikopter baru dan cangih pun jatuh kat kat Anganistan dan Irak.

    Barang boleh pakai lagi.Pakailah kerajaan dah buat kajian bukan pakai arah bodoh2 gitu je.

    Tidak semestinya yang baru tidak akan jatuh.

    BalasPadam
  6. Betul juga rakyat kata tu,kereta lama suruh kerat,helikopter lama tak nak kerat.

    BalasPadam
  7. salam nurimo memang betul tu..barang baru kalau nak rosak tetap akan rosak.

    seperti yg saya katakan, barang lama amat berisiko terutamanya helikopter berusia lebih 40 tahun..bahaya sebab ia di atas dan tidak bahaya ketika ia di bawah..

    rekod mengatakan ada 28 buah helikopter nuri masih digunakan TUDM..mungkin selepas tahun 2015 nuri akan terus digunakan..

    kerajaan pun dah bercadang nak menukar pesawat jet pejuang MiG 29N keluaran russia kerana kos penyelenggaraan yg mahal..kenapa tidak helikopter nuri yg ditukar? helikopter lagi penting daripada jet2 tersebut..masa banjir helikopter amat diperlukan berbanding jet pejuang..

    serah kepada mereka yg bijak dan pandai..

    BalasPadam