Followers

Jumaat, Julai 24, 2009

Izinkan Hamba Berbeza Pendapat..

Pada 1 Ogos 2009 akan diadakan satu perhimpunan bagi mendesak kerajaan supaya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).. Kepada sesiapa yang tak ada kerja bolehlah turut serta, kepada kawan2 yang berstatus pelajar anda perlu menanggung risiko atas perbuatan anda sekiranya anda turut serta dalam demonstrasi tersebut..tiada siapa yang boleh menafikan hak anda untuk turut serta dalam apa jua demonstrasi atas dasar kebebasan bersuara, tapi ada batasnya..

Rakan hamba Mr. Din dari Kelantan tapi mengaku orang Perlis dalam blognya http://terjunkelangit.blogspot.com telah menulis agak panjang dan macam agak lebar jugak la mengenai ISA..jadi kali ni hamba nak menulis mengikut penakulan hamba sendiri mengenai isu ini..

Secara peribadi hamba melihat orang yg sungguh beriya-iya sangat supaya ISA ni dihapuskan ialah orang yang bercita-cita nak membuat anarki dalam negara kita ni..Mengikut andaian hamba, mereka sebenarnya mempunyai hasrat sekiranya ISA dimansuhkan maka mereka bolehlah membuat apa sahaja kerana selama ini ISA telah menghalang mereka..Mereka inilah yg boleh dikategorikan sebagai pemimpin-pemimpin yang melihat bahawa ISA telah menghalang mereka untuk mencapai kuasa mutlak supaya berada di tangan mereka..

Sebenarnya perkara yang telah menghalang mereka selama ini untuk mencapai impian ialah DYMM Yang Di-Pertuan Agong & Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan, dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)..

Kita semua sedia maklum bahawa ISA ini adalah satu senjata kepada pihak pemerintah bagi menghalang pengaruh komunis, gerakan subversif & jugak golongan yang merbahaya kepada keselamatan negara..Suka atau tidak kita kena mengakui bahawa ISA sangat berguna kepada kita rakyat Malaysia yang cinta akan keamanan & keharmonian..

Buat apa kita semua nak takut dengan ISA ni? Apa kena mengena kita semua dengan ISA? Hamba sebagai rakyat biasa berstatus bangsa pendatang dari Banjarmasin Kalimantan Indonesia tidak berasa terancam dengan ISA ni..Adakah dengan adanya ISA ni kita semua hidup dalam kesusahan & tak bebas untuk berhibur, beriadah atau hak kita untuk mendapat pendidikan dinafikan dengan adanya ISA? Adakah ISA ni menafikan hak kita untuk beragama, nak masuk jadi ahli tabligh? Sebenarnya banyak lagi persoalan yang perlu dilontarkan kerana hamba sebagai rakyat biasa mempunyai banyak persoalan & mempunyai banyak jawapan berdasarkan andaian..

Hamba tertarik dengan apa yg diperkatakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas iaitu YB Datuk Ibrahim Ali yang juga Presiden Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) kerana beliau melihat ISA sebagai keperluan kepada Malaysia..Kita tidak boleh menafikan hak Datuk Ibrahim Ali walaupun banyak pihak mengelarkan beliau sebagai YB Katak..Beliau pernah ditahan di bawah ISA pada tahun 1974 selama 26 bulan & kemudian di bawah Operasi Lalang pada tahun 1987..satu kenyataan beliau yg agak menarik ialah, "saya tak menyesal ditahan dibawah ISA kerana saya berani buat maka saya berani tanggung"..

Hamba berpendapat ISA perlu dikekalkan supaya tidak wujud anarki seperti di negara-negara lain..Walaupun begitu kerajaan perlu membuat penambahbaikkan terhadap ISA supaya akta ini tidak menafikan hak seseorang yang ditahan, serta tidak memusatkan kuasa ISA ini dibawah seorang sahaja..Jika boleh wujudkan satu Suruhanjaya yang bebas daripada politik untuk mengendalikan akta ini..Hamba berani menyatakan disini bahawa jika sekiranya kerajaan pimpinan YAB. Dato' Sri Mohd. Najib Razak memansuhkan ISA maka tidak mustahil Malaysia akan turut menyertai negara2 yang tidak aman, tidak tenteram & tidak diyakini oleh pelabur..

*Demonstrasi jalanan yang dilakukan sama ada pihak kerajaan mahupun pembangkang merupakan satu tindakan yang merugikan..berapa banyak peniaga yang mengalami kerugian disebabkan demonstrasi jalanan..berapa banyak juga urusan rasmi yang tergendala disebabkan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas disebabkan demonstrasi jalanan? Berfikirlah secara bijaksana bukan secara emosi..

**Ini hanya pendapat peribadi & tidak mewakili mana2 institusi mahupun pertubuhan..

***Berbeza pendapat adalah kawan berfikir yg baik..

2 ulasan:

  1. Saudara Syukri,

    Yang penting ialah hak untuk dibicarakan. Setiap orang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
    Kamunting dan Guatanamo Bay tak ada bezanya.

    BalasPadam
  2. Sebab tu lah kena buat rombakan atau penambahbaikan kat ISA..mansuh atau buat undang2 baru yg lebih 'mesra rakyat'...

    BalasPadam