Followers

Khamis, Julai 23, 2009

Tagoh Baratan..(Teguh Semuanya..)

Pertubuhan Silat Gayong Gerak Serentak Malaysia

Hamba nak cerita pasal silat pulak yg pada suatu ketika hamba hampir2 nak ceburkan diri secara serius dalam bidang ni..tapi hamba ada alternatif lain untuk jadi bijaksana dalam hal2 macam ni..meh baca sama2

Silat ini telah ddaftarkan di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan nama Persatuan Silat Gayong Gerak Serentak Batu Pahat pada tahun 1998 dengan no. pendaftaran 0546/98. Walaubagaimanapun, silat ini telah pun ditubuhkan pada awal tahun 1973 di bawah naungan Majlis Kebudayaan Batu Pahat.


Silat ini diasaskan oleh Mahaguru Hj. Jaffar bin Hj. Abd. Hamid bertempat di kediaman beliau sendiri. Sehingga kini kediaman beliau yang beralamat di TL 34, Pt. Ulong Darat, Sri Medan, Batu Pahat menjadi pejabat dan rumah rasmi Pertubuhan. Selain daripada kegiatan silat, kediaman beliau juga menerima tetamu untuk tujuan perubatan dan urutan tradisional.

Silat ini berasal dari Pesantren Gunong Jati, Indonesia. Ianya dipelopori oleh anak-anak raja Banjar dan hanya diperturunkan kepada anak-anak Banjar sahaja dengan nama Silat Sendeng Singkir. Silat ini telah dibawa ke Tanah Melayu pada kurun ke-16 oleh anak-anak raja Banjar yang berhijrah ke Tanah Melayu dan menukar gelaran nama mereka menjadi orang kebanyakan.

Bagi membolehkan suku-suku kaum melayu lain mempelajarinya, Mahaguru Hj. Jaffar telah menukar nama Silat Sendeng Singkir kepada Silat Gayong Gerak Serentak yang mana telah diadun daripada silat-silat Banjar, Jawa, Bugis, Melayu dan Cina.

Dinamakan Silat Gayong Gerak Serentak adalah bersempena dengan gabungan silat yang telah dirangkumkan menjadi jurus-jurus maut dan berbahaya, yang bergerak secara serentak iaitu gerakan sepantas kilat. Gerakan pembelaan dan serangan dalam silat ini membolehkan tidak membatalkan solat seseorang ketika dalam keadaan darurat. Gayong pula adalah menjadi asas dalam pergerakan silat Banjar. Walaupun menggunakan nama Gayong, jurus dan buah dalam silat ini adalah lebih cenderung kepada gaya serangan Sendeng, yang mana prinsip utamanya ialah “menepis serangan dengan serangan”.

Antara ilmu silat yg akan dipelajari ialah :

  1. Silat Gayong Banjar
  2. Silat Sendeng Singkir
  3. Silat Sendeng Tunggal
  4. Silat Sendeng Seminggu
  5. Silat Macan Banjar
  6. Silat Olahraga
  7. Buah Pukul & Penebat
  8. Kunci & Pelepas
  9. Silat Seni & Persembahan.


Silat adalah salah satu warisan pusaka bangsa Melayu selain daripada bahasa dan pakaian yang semakin hari semakin dicemari dan dilupai. Jika pada zaman dahulu silat berjaya mencegah anasir-anasir penjajah, diharapkan pada generasi hari ini silat akan berjaya mencegah anasir-anasir yang tidak sihat dan sekaligus menjana pertumbuhan dan kemajuan bangsa. Satu Malaysia..

*Luaran & dalaman..zahir & batin..rohani & jasmani..PENGISIAN DALAMAN..

1 ulasan:

  1. Cucu Ibrahim Sepupu Mu...2 November 2009 pada 9:06 PTG

    Macam pernah ku lihat lambang dan persatuan nie la...huhuhu...Semoga berjaya berjuang di USM tu..Pencarian yang tiada penghujungnya...

    BalasPadam