
















"Kecelaruan Gender"


aya petik kenyataan daripada Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), En. Mohamed Maliki b. Mohamed Rapiee di dalam akhbar Utusan Malaysia yang meminta Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Namewee supaya dapat dijadikan pengajaran agar ia tidak berulang.
ee. Kes Namewee jauh berbeza dengan kes Pengetua sebuah sekolah menengah di Kulaijaya, Johor. Juga berbeza dengan kes pegawai Biro Tata Negara (BTN). Kenapa saya katakan kes ini berbeza? Sudah tentulah berbeza kerana Pengetua sekolah itu hanya bercakap isu berkaitan perkauman di hadapan pelajar-pelajar sekolah, manakala pegawai BTN pula bercakap di dalam satu program tertutup. Saya ulangi ya, pegawai BTN itu bercakap di dalam satu program tertutup. Sekali lagi saya ulang, program tertutup. Program tertutup ya. Maknanya segala apa yang diperkatakannya itu adalah tertutup dan tidak disiarkan secara langsung di dalam youtube atau blog untuk disensasikan segala apa yang diperkatakannya itu.
Terima kasih kepada seluruh saf kepimpinan Ikatan Mahasiswa/i Johor (IKMAR), Universiti Sains Malaysia (USM) kerana menganjurkan program 'alternatif' kepada anak-anak Johor yang tidak dapat kembali ke Johor untuk merayakan Hari Raya Aidil Adha di kampung halaman. Terima kasih juga kepada Prof. Madya Dr. Mohamad Nasir Mohamad Ibrahim dan keluarga kerana sudi menjadikan kediaman beliau sebagai lokasi program diadakan. Alhamdulillah terubat juga kesedihan di hati kerana ada pengganti di sini.
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam..
Sama ada disedari ataupun tidak, isu ini sebenarnya cukup menarik. Pada 30 Julai 2010 yang lalu saya telah menulis mengenainya dan disiarkan diruangan forum Utusan Malaysia. Pada keesokan harinya pula, Yang Berhormat Datuk Saifuddin Abdullah yang juga merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi telah menggulas mengenainya juga diruangan forum yang sama Utusan Malaysia.
Beberapa persepsi sempit mengenai politik juga berjaya dirungkai dalam sesi perbahasan oleh pelajar-pelajar jurusan Sains Politik yang menjadi ahli dewan dan pemerhati dewan. Persepsi sempit mengenai politik berjaya diperbetulkan, namun begitu penjelasan itu mungkin berjaya membuka mata ahli-ahli DPP yang selama ini berpandangan sempit sahaja.Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka!