Followers

Jumaat, Januari 22, 2010

Gelombang Gerakan Bebas di 'ancam'?

Salam.. Salam Sejahtera..

Mengenai Pilihanraya Kampus (PRK)..

Daripada maklumat yang diperolehi, saya dapat merumuskan bahawa desas-desus kehadiran GELOMBANG GERAKAN BEBAS (GGB) mula kurang disenangi oleh pihak-pihak yang bertanding di dalam PRK.

Seperti mana yang dimaklumkan kepada saya, pihak GGB telah menerima 'teguran' dan 'nasihat' atau mungkin juga boleh dikatakan sebagai 'ancaman' apabila kehadiran mereka dikatakan bukan dilihat sebagai 'main-main' tetapi adalah serius.

Nampaknya ada pihak yang tidak selesa duduk apabila mengetahui kehadiran GGB ini.

Berikutan 'ancaman' yang diterima oleh GGB (calon), saya dapat menyimpulkan untuk seketika bahawa calon GGB bukanlah calang-calang orangnya.

Bayangkanlah, kalau calon GGB tu orang biasa mesti calon-calon yang HEBAT tu tak akan berjumpa dengan mereka.

Yang utama kini adalah memberi cabaran kepada mereka yang sepatutnya di cabar. Kemenangan adalah prinsip nombor dua.

*Saya suka kepada keBEBASan... Aspirasi universiti adalah Aspirasi saya sebagai Mahasiswa..

**Salam keBEBASan untuk Aspirasi Mahasiswa Bersatu...

2 ulasan:

  1. Salam... Jika mereka boleh tegur GGB, GGB dengan slumber tegur balik... Kah Kah Kah...

    BalasPadam
  2. salam.. tak apalah sekurang-kurangnya mereka rasa panas dengan kehadiran GGB..nampak serius tapi...........

    BalasPadam