Followers

Jumaat, Januari 15, 2010

"Hartawan - Dermawan - Pemalsuan"

Salam.. Salam Sejahtera.. Salam 1 Malaysia..

Pada era kepimpinan yang melaung-laungkan Islam Hadhari, negara kita digemparkan dengan pengumuman oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai hartawan daripada Lubnan yang ingin menyumbang sebanyak RM1 bilion bagi membina pusat penyelidikan dan rawatan kanser untuk Majlis Kanser Negara (Makna).

Saya ulangi RM1 bilion ya bukannya RM1 Malaysia..

Kini lelaki daripada Lubnan yang bernama Elie Yousseff Najem ini kembali mendapat publisiti daripada media kerana memiliki wang palsu.

Jika anda hendak tahu apa yang dilakukannya eloklah anda membaca akhbar ataupun menonton berita di televisyen. Jangan tengok hiburan je.

Siapa sebenarnya lelaki yang berumur 50 tahun ini?

Mengapakah jutawan-jutawan dan bilionair-bilionair di negara kita ini tidak mahu memberikan 'sumbangan' seperti mana yang 'ingin' dilakukan oleh Elie Yousseff Najem ini?

Dia yang berstatus 'hartawan' pun ada niat hendak menderma mengapa pula tidak jutawan-jutawan dan bilionair-bilionair kita?

Niat dia dah ada tapi mungkin ada banyak halangan. Ada niat lain la tu..

Memandangkan hari ini semuanya hendak nombor satu (1), saya berharap selepas ini ada yang bermurah hati akan menderma untuk membina 'INSTITUT JANTUNG NEGARA 1 MALAYSIA' (IJN1M) yang lebih 'MESRA' dengan golongan yang tidak berkemampuan.

2 ulasan:

  1. Make that money! Duit.. Do it!
    Jawapan Positif= Hartawan malaysia mungkin tak suka kecoh-kecoh kalau nak menderma.. Baru ikhlas namanya. Betul tak?

    Jawapan negatif= Sedangkan IJN pun nak di swastakan... Nak derma?Baik kahwin satu lagi...Sunnah nabi...

    BalasPadam