Followers

Ahad, Januari 17, 2010

Pihak Ketiga yang berkaliber..

Salam dan Salam Sejahtera..

Saya tertarik dengan pandangan daripada beberapa orang rakan ketika kami sedang duduk di 'Persidangan Meja Makan'.

Untuk makluman 'persidangan' itu diadakan di Batu Pahat dan di Pulau Pinang.

Suatu ketika, ramai orang yang melabel Kerajaan Malaysia di bawah teraju Barisan Nasional sebagai zalim dan lebih mengutamakan kroni. Sehinggakan ada dalam kalangan mereka dengan penuh emosi ingin mencuba untuk menukar kerajaan yang sedia ada ini kepada Pakatan Rakyat. (Untuk makluman Pakatan Rakyat masih belum didaftarkan secara rasmi).

Suatu ketika juga ramai yang bercakap mengenai negara kita akan menuju ke arah sistem dua parti, iaitu hanya akan ada dua parti yang akan bertanding di dalam Pilihanraya Umum. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Forum yang diadakan juga jelas menunjukkan keseriusan perkara ini.

Mereka mengatakan bahawa jika rakyat sudah bosan dengan Barisan Nasional (BN) maka rakyat boleh mengalihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Jika pada Pilihanraya Umum yang akan datang sistem ini diwujudkan, maka kita hanya ada dua pilihan sahaja. Hanya mampu memilih sama ada BN ataupun PR. Itu pun jika tidak ada calon Bebas.

Sehingga hari ini, secara peribadi saya selesa dengan kepimpinan BN menerajui Kerajaan Malaysia. Saya belum terfikir hendak menukar kerajaan yang sedia ada.

Isu-isu yang wujud sama ada di pihak BN mahu pun PR saya lihat sebagai percaturan politik yang agak sempit.

Seandainya suatu hari nanti kita perlu menukar Kerajaan Malaysia yang sedia ada ini, saya berpendapat kita perlu memilih pihak ketiga sebagai ganti.

Mengapa pihak ketiga?

Kita perlu memilih mereka yang tidak menyokong BN atau pun PR. Kita sudah mengetahui corak pentadbiran BN sama ada di peringkat Negeri mahu pun Persekutuan. Kita juga sudah dapat melihat corak pentadbiran PR di beberapa Kerajaan Negeri.

Persoalannya siapa yang lebih layak? Sehingga hari ini saya masih yakin dengan yang sedia ada ini. Belum tentu apa yang kita ada pada hari akan kita kecapi pada masa-masa yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan