Followers

Isnin, Januari 25, 2010

Laporan polis - terima kasih atas sokongan anda semua..

Salam.. Salam Sejahtera..

Di sini ialah berkenaan dengan perkara yang berkaitan penulis blog yang bijak, cerdik dan berpendirian biadab.

Petang tadi (24 Januari 2010) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Semarang, Yang Berhormat Datuk Samsolbari Jamali menghantar mesej kepada saya dan menyatakan bahawa pihak yang berkenaan di Johor sudah membuat laporan polis terhadap penulis blog Aduka Taruna.

YB. Datuk Samsolbari Jamali yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam Johor juga menulis bahawa tindakan penulis blog tersebut sebagai tidak bertanggungjawab. Penulis blog tersebut perlu berfikir terlebih dahulu sebelum menulis sesuatu yang amat biadab itu. Penulis itu tidak tahu perkara yang sebenar.

Lantaran daripada itu juga YB. turut memaklumkan bahawa pihak Pemuda UMNO telah membuat laporan polis yang sama terhadap penulis blog tersebut.

Terima kasih kepada rakan-rakan daripada negeri-negeri yang lain kerana bersama-sama menyokong mempertahankan kedaulatan dan maruah Al-Marhum Baginda Sultan Iskandar.

Terima kasih semua..

Wassalam..

1 ulasan: