Followers

Khamis, Januari 21, 2010

Mahasiswa/i BEBAS memilih BEBAS..

Salam.. Salam Sejahtera..

Akhirnya saya BEBAS untuk menulis mengenai apa yang saya inginkan. BEBAS.. BEBAS.. BEBAS dan BEBAS..

Apa yang di jangka pada semester lepas hampir menjadi kenyataan. Kini segalanya hampir menjadi menjadi realiti. Ingat ya, realiti dan bukannya fantasi..

Jika di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang lain sedang hangat mengenai Gelombang Tsunami, tidak terkecuali di IPTA di sebuah negeri utara semenanjung Malaysia yang tidak beraja ini.

Walaupun tenang tapi dasarnya sedang berkocak. Keladak semakin mengeruhkan air yang tenang itu.

Jika mengikut pengamatan saya, mungkin dan tidak mustahil puak-puak 'haluan kiri' akan meraih sokongan yang agak luar biasa. Hal ini tidak mustahil dan mungkin jika terdapat beberapa tindakan yang drastik maka usaha 'haluan kiri' ini akan terhalang.

Jika mahasiswa dan mahasiswi hanya disajikan dengan calon-calon yang berlambangkan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa mengapa tidak kita menambah sajian tersebut dengan menyajikan sesuatu yang lebih elok dan berkhasiat untuk para mahasiswa dan mahasiswi.

Saya memandang dari sudut kaca mata seorang yang BEBAS. Saya tidak mahu dikenali sebagai puak Aspirasi mahupun puak M. Saya menyokong penuh mereka yang BEBAS dalam menyalurkan pandangan dan idea-idea yang bernas tanpa gerun dengan sesiapa.

Kini semuanya inginkan keBEBASan.. BEBAS untuk semua mahasiswa dan mahasiswi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan