Followers

Rabu, Januari 20, 2010

Kesedaran anak muda - Iluminati - Freemason..

Salam.. Salam Sejahtera..

Saya tidak mahu menulis panjang lebar kali ini sebab terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan.

Abaikan seketika mengenai Pilihanraya Kampus. Abaikan juga mengenai desas-desus Pilihanraya di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Abaikan juga untuk seketika mengenai kempen merokok yang gagal, dan pelbagai lagi isu yang perlu diabaikan untuk seketika sahaja.

Sebenarnya saya cukup bangga dan bersyukur kerana petang tadi (20 Januari 2010) saya melihat dan mendengar sendiri wujudnya kesedaran di dalam jiwa anak-anak muda yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ini.

Walaupun mereka baru tahun satu (1) di IPTA, tetapi mereka berbincang mengenai iluminati, mengenai Freemason, mengenai konspirasi Yahudi dan yang seangkatan dengannya.

Mungkin mereka menyedari perkara ini selepas mendengar ceramah mengenai perkara itu yang diadakan oleh sebuah persatuan di IPTA.

Perkara yang membanggakan saya ialah salah seorang daripada mereka sempat berhujah dengan menggunakan buku yang bertajuk "Freemason....", saya lupa tajuk penuh buku tersebut.

Saya hanya memerhati dan mendengar sahaja segala yang dibincangkan oleh mereka.

Isu ini amat menarik. Alhamdulillah, nampaknya bukan hanya saya dan rakan-rakan sahaja yang menggemarinya tetapi ada juga generasi lain turut melakukan perkara yang sama.

Sehingga kini saya masih belum mempunyai kesempatan untuk menulis mengenai perkara ini kerana mempunyai komitmen yang lain.

Mungkin anda semua masih ingat, saya pernah menyiarkan sesuatu lambang konvensyen sebuah parti politik yang agak mirip dengan iluminati.

Kepada TV3, apa jadi dengan Anugerah Juara Lagu? Jangan cuba menipu dengan mengatakan ia hanya kebetulan sahaja. Sudah jelas lagi bersuluh. Unsur-unsur iluminati itu kalian siarkan atau jadikan ianya sebagai tema semasa AJL. Dahsyat sungguh..

Jangan perbodohkan mereka yang sedia tahu mengenai perkara ini.

Anda fikir-fikirkanlah..

2 ulasan:

  1. ada documentary about the freemason, illumanati, the new world order, the agenda.

    www.wakeupproject.com, tekan the arrival, ada 48 parts.

    BalasPadam
  2. documentary yang membuka mata terhadap agenda freemason, syaitan, illuminati, dan memberi kesedaran.

    BalasPadam