Salam.. Salam Sejahtera.. Salam Prihatin..
Pada 13 Januari 2010 bersamaan 27 Muharram 1431 Hijrah, tajuk muka surat depan akhbar Harian Metro ialah "Gara-gara ikut cakap bini - Buang ayah tepi jalan".
Suatu perkara yang amat menyayat hati kita apabila seorang anak sanggup membiarkan bapanya yang baru menjalani pembedahan jantung ditinggalkan di tepi jalan.
Abdul Rahman Talib yang berumur 57 tahun itu baru keluar daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana menjalani pembedahan jantung.
Tidak kesiankah dengan bapa yang masih belum sembuh sepenuhnya?
Adakah kerana mengikut cakap isteri/bini maka bapa yang membesarkan lelaki yang juga merupakan seorang anak sanggup membiarkan bapanya tidur di pondok menunggu bas?
Alhamdulillah kerana masih ada insan yang sudi menumpangkannya tidur di rumah.
Oleh sebab lelaki itu tiada perasaan kasihan dan sanggup melihat bapanya terseksalah maka dia rela melakukannya.
"Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar daripada kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh". Inilah kata-kata daripada bapa yang malang ini.
Siapakah yang tidak menitiskan air mata jika diperlakukan sedemikian rupa? Lebih-lebih lagi yang tergamak melakukan itu adalah darah daging sendiri.
Sedangkan haiwan pun tahu mengasihi antara satu sama lain, mengapa tidak kita sesama manusia?
Saya termenung seketika apabila membaca tajuk berita ini. Saya berdoa supaya saya tidak menjadi seperti ini. Sama ada menjadi anak mahupun bapa yang malang ini.
Di dalam dunia ini kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa, jadi jagalah mereka sementara mereka masih ada. Hormatilah dan taatilah mereka sementara Allah S.W.T masih memberikan kita peluang untuk berbakti kepada mereka.
Sedarlah, suatu masa dan ketika kita juga InsyaAllah akan bergelar ibu dan bapa, maka berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita.
Bagaimana pula jika suatu ketika anak-anak kita (khas kepada lelaki yang membuang bapanya itu..) pula melakukan tindakan yang serupa? Apakah pula perasaan mereka?
Terima kasih dan tahniah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis kerana bertindak pantas membawa lelaki yang bergelar bapa ini ke Rumah Kebajikan Batu Bertangkup, Beseri Perlis.

(dah kena NASI KANGKANG ke!!!!?????)
Dimanakah perasaan belas kasihan di dalam diri mereka?

ingatkan bila tanda2 kiamat dah byk yg muncul,
BalasPadammakin ramai mnusia berpusu2 buat kebaikan,
tpi msih ada juga mnusia yg mcm ni wujud kt muka bumi ni,derhaka kat bapa kandung sendiri plak tu, xfhm betul aku..apapun,semoga si anak segera bertaubat sebelum terlambat.haihh.dunia2.
entahlah..dunia2..semoga si anak sedar kesilapan yg dia buat..
BalasPadamminta di jauhkan lahhh dr kita semua..
BalasPadamamin
Aku tengok orang sepak anak kucing sampai masuk longkang pun, sampai aku patahkan kaki orang tu balik. Inikan pula orang buang mak bapak, kalau aku jumpa, aku tak tau la aku akan buat macamana pula.
BalasPadam